+++++Blog dalam proses pembikinan semula....terima kasih... +++++++

Thursday, March 27, 2008

MT UMNO terima Ahmad Said

Utusan Malaysia

27/03/2008 9:07pm

KUALA LUMPUR 27 Mac – Majlis Tertinggi (MT) UMNO hari ini memutuskan menerima pelantikan Ahli Dewan Undangan Negeri Kijal, Datuk Ahmad Said sebagai Menteri Besar Terengganu yang baru.

Keputusan itu diambil dalam mesyuarat MT yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di sini hari ini.

Ahmad, 51, menerima watikah perisytiharan pelantikan sebagai Menteri Besar Terengganu daripada Majlis Penasihat Pemangku Raja (MPPR) dalam satu upacara tertutup di Istana Tetamu di Kuala Terengganu pada 23 Mac lalu.

Beliau menerima watikah pelantikan itu daripada Yang Dipertua MPPR, Tengku Sri Panglima Raja Tengku Baderulzaman dengan disaksikan dua lagi anggota majlis iaitu Tengku Sri Laksamana Raja Tengku Sulaiman Sultan Ismail dan bekas Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Abdul Kadir Sulaiman.

Pelantikan itu sekali gus mengetepikan Datuk Seri Idris Jusoh selaku Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu yang sebelum ini telah mendapat watikah pelantikan daripada Perdana Menteri untuk menjadi Menteri Besar bagi penggal kedua.

Pelantikan Ahmad itu mendapat bantahan daripada 22 wakil rakyat Barisan Nasional (BN) Terengganu, yang memenangi pilihan raya umum 8 Mac lepas.




0 comments:

Carian dalam Tau Takpe

masukkan je apa-apa yg nak dicari

Tau takpe

Blog arkib berita dari pelbagai media dan blog-blog sebagai simpanan dan rujukan pemilik blog. Segala catatan pendapat dan pandangan adalah dari sudut kacamata dan tafsiran pemilik blog ini sendiri melalui pemerhatian dan kajian berkenaan isu dan fakta yang dikumpulkan. Anda dialu-alukan memberikan pendapat dan berkongsi idea dalam memantapkan blog ini.

- OrangKita (OK) -

Video mesti tengok!!!

| Web blog Tau Takpe dipaparkan sejak 20 Mac 2008 | Copyright 2007 © template by delang[at]delang-d.blogspot.com | Paparan terbaik dengan Firefox |