+++++Blog dalam proses pembikinan semula....terima kasih... +++++++

Thursday, April 17, 2008

Faiz terkejut kenyataan Sheikh Muszaphar


FAIZ KHALEED


KUALA LUMPUR - "Saya terkejut dengan kenyataan beliau (Dr. Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha) dan ia sama sekali bertentangan dengan matlamat kerajaan."

Demikian reaksi angkasawan kedua negara, Mejar Dr. Faiz Khaleed terhadap pandangan Sheikh Muszaphar yang menyarankan kepada kerajaan agar menghentikan sementara misi penghantaran angkasawan kedua Malaysia ke angkasa lepas.

Sebaliknya, ujar angkasawan pertama negara itu, adalah lebih baik jika kerajaan memberikan perhatian kepada bidang pendidikan dan menarik minat golongan muda.

Mengulas lanjut mengenainya, Faiz berpendapat, Sheikh Muszaphar tidak berhak berkata demikian kerana menurutnya, hanya kerajaan saja yang boleh memutuskan perkara itu.

"Saya rasa kenyataan seumpama itu sepatutnya datang daripada kerajaan dan kerajaan kini masih dalam proses mengkaji sama ada perlu diteruskan Program Angkasawan Kedua yang dijadualkan akan diumumkan dalam masa beberapa bulan lagi," katanya kepada Kosmo! semalam.


SHEIKH MUSZAPHAR


Mengenai kos penghantaran yang dikatakan mencecah hampir RM100 juta yang menjadi kekangan, Faiz berkata, kerajaan perlu melihat usaha memajukan industri angkasa melibatkan pelaburan seperti negara lain di dunia.

Justeru, menurutnya, adalah wajar sekiranya program itu diteruskan dan perlu ada kesinambungannya kerana ia bukan saja menguntungkan malah dapat meningkatkan kajian dan pembangunan.

Ditanya tindakan selanjutnya, Faiz berkata beliau akan mengadakan pertemuan tertutup dengan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr. Maximus Ongkili di Putrajaya hari ini.

0 comments:

Carian dalam Tau Takpe

masukkan je apa-apa yg nak dicari

Tau takpe

Blog arkib berita dari pelbagai media dan blog-blog sebagai simpanan dan rujukan pemilik blog. Segala catatan pendapat dan pandangan adalah dari sudut kacamata dan tafsiran pemilik blog ini sendiri melalui pemerhatian dan kajian berkenaan isu dan fakta yang dikumpulkan. Anda dialu-alukan memberikan pendapat dan berkongsi idea dalam memantapkan blog ini.

- OrangKita (OK) -

Video mesti tengok!!!

| Web blog Tau Takpe dipaparkan sejak 20 Mac 2008 | Copyright 2007 © template by delang[at]delang-d.blogspot.com | Paparan terbaik dengan Firefox |