+++++Blog dalam proses pembikinan semula....terima kasih... +++++++

Thursday, April 10, 2008

Hakim sokong mohon maaf pada Salleh

Malaysiakini

Apr 9, 08 12:09pm

Ketua Hakim Negara, Datuk Abdul Hamid Mohamad hari ini menyokong cadangan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim supaya kerajaan memohon maaf kepada Tun Salleh Abas dan lima hakim Mahkamah Agung yang dipecat pada tahun 1988.

Beliau yang sebelum ini enggan mengulas cadangan Zaid akhirnya menyatakan pendirian beliau itu hari ini.

judges conference 090408 abdul hamid smileBagaimanapun, Abdul Hamid (foto), yang dilantik sebagai ketua hakim negara November lalu, berkata keputusan muktamad mengenainya adalah di tangan kerajaan.

Minggu lalu, Zaid yang bertanggungjawab jawab terhadap hal ehwal perundangan berkata, kerajaan patut memohon maaf kepada Salleh dan lima lagi hakim Mahkamah Agung yang telah dipecat dan digantung perkhidmatan mereka.

Para pemerhati menganggap pemecatan Salleh menjadi punca utama berlakunya krisis kehakiman di negara ini yang masih belum dapat diselesaikan.

Abdul Hamid juga bersetuju bahawa persepsi negatif rakyat terhadap badan kehakiman bukan ekoran "apa yang berlaku" beberapa bulan lalu, tetap merupakan longgokan "apa yang berlaku sejak dua dekad lalu".

Beliau menegaskan demikian dalam ucapannya di persidangan hakim-hakim 2008 di Putrajaya hari ini. Ia dihadiri oleh hampir 200 hakim Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan.

Tulis sendiri penghakiman

Salleh, yang dinaikkan pangkat sebagai Ketua Hakim Negara pada 1984 dan telah mengendalikan beberapa kes berprofil tinggi, dipecat atas dakwaan salah aku selepas perbicaraan tribunal pada Ogos 1988.

judiciary forum lingam tape 171107 salleh abbas palace of justicDua Hakim Mahkamah Agung yang sebelum itu membenarkan perintah injunksi terhadap tribunal kepada beliau, urut dipecat.

Menurut Bernama, dalam ucapannya, Abdul Hamid turut mengulas amalan beberapa hakim yang tidak menulis sendiri penghakiman mereka tetapi meminta pegawai penyelidik masing-masing mendraf penghakiman itu.

Beliau menganggapnya sebagai perbuatan salahlaku dan mungkin menggalakkan rasuah.

Menurutnya, badan kehakiman Malaysia tidak sepatutnya
menggunapakai sistem yang diamalkan di Amerika Syarikat iaitu kerani hakim endraf penghakiman hakim.

"Penghakiman adalah perkara yang patut dibanggakan oleh setiap hakim. Ia esuatu yang amat peribadi. Ia mencerminkan pengetahuan, intelektual, ejujuran, kuasa analitikal kita, keupayaan kita mengupas isu, keupayaan kita terfikir dengan bernas atau sebaliknya, keupayaan kita menyatakan sesuatu dengan jelas atau sama ada kita sendiri keliru, penguasaan bahasa kita, cara enulisan kita, malahan seluruh ciri diri kita," katanya.

"Saya tidak faham kenapa ada hakim yang tidak cukup bangga untuk
menghasilkan penulisan karya agung mereka sendiri," kata Abdul Hamid dan menambah jika pegawai penyelidik yang mendraf penghakiman itu, jadi bagaimana beliau (pegawai penyelidik) membuat pemerhatian terhadap tingkahlaku para aksi bagi pihak hakim.

Katanya, apabila penghakiman ditulis bagi pihak hakim, wujud dorongan bagi hakim untuk hanya meletakkan tandatangan mereka bagi mengurangkan statistik penghakiman tidak bertulis dan malahan mungkin menggalakkan rasuah di pihak pegawai yang mendraf penghakiman itu.

Abdul Hamid berkata kualiti kerja yang dihasilkan juga adalah pada tahap pegawai penyeldidik yang mendraf penghakiman itu yang biasanya pegawai baru.

Tubuh suruhanjaya

Abdul Hamid juga bersetuju bahawa sebuah suruhanjaya ditubuhkan untuk mengendalikan urusan pelantikan jawatan tinggi dalam badan kehakiman.

courtBagaimanapun, beliau menegaskan bahawa keputusan tersebut terletak di tangan kerajaan.

"Saya telah banyak kali diminta memberikan pandangan saya berhubung cadangan itu. Biar saya katakan di sini. Saya berpendirian yang ia merupakan keputusan dasar yang perlu dibuat oleh Badan Eksekutif.

"Jika Badan Eksekutif percaya ia akan membantu dalam mengenal pasti calon yang betul, jika ia akan membantu menebus tanggapan negatif terhadap Badan Kehakiman, jika ia akan membantu menebus tanggapan negatif terhadap Badan Eksekutif dalam pelantikan hakim-hakim, jika ia akan membantu memulihkan keyakinan rakyat terhadap Badan Kehakiman dan Badan Eksekutif yang berkaitan dengan Badan Kehakiman, kenapa tidak?" katanya.

Abdul Hamid berkata Badan Eksekutif dan Badan Kehakiman perlu memastikan tokoh yang betul dilantik sebagai anggota suruhanjaya atau jawatankuasa yang akan diberikan tanggungjawab untuk melantik hakim dan pegawai kanan kehakiman yang lain dalam Badan Kehakiman.

"Mereka perlu terdiri daripada kalangan orang yang berintegriti, berpengetahuan, tidak rasuah, adil dan tiada kepentingan tersembunyi. Mereka tidak boleh mempunyai agensi tersendiri. Mereka juga tidak boleh menjadi saluran untuk melobi bagi jawatan hakim," katanya.

0 comments:

Carian dalam Tau Takpe

masukkan je apa-apa yg nak dicari

Tau takpe

Blog arkib berita dari pelbagai media dan blog-blog sebagai simpanan dan rujukan pemilik blog. Segala catatan pendapat dan pandangan adalah dari sudut kacamata dan tafsiran pemilik blog ini sendiri melalui pemerhatian dan kajian berkenaan isu dan fakta yang dikumpulkan. Anda dialu-alukan memberikan pendapat dan berkongsi idea dalam memantapkan blog ini.

- OrangKita (OK) -

Video mesti tengok!!!

| Web blog Tau Takpe dipaparkan sejak 20 Mac 2008 | Copyright 2007 © template by delang[at]delang-d.blogspot.com | Paparan terbaik dengan Firefox |