+++++Blog dalam proses pembikinan semula....terima kasih... +++++++

Friday, April 18, 2008

Henti permit Makkal Osai: Episod balas dendam BN terhadap kaum India - Mahfuz

Harakahdaily

Wan Nordin Wan Yaacob

Thu | Apr 17, 08 | 2:45:37 pm MYT

SEREMBAN, 17 April (Hrkh) - Penutupan akhbar berbahasa Tamil nombor dua negara, Makkal Osai berkuat kuasa sempena tamatnya permit akhbar itu hari ini disifatkan sebagai satu episod pembalasan dendam kerajaan BN ke atas kaum India di negara ini.

Hal ini ditegaskan oleh Ketua Penerangan PAS, Mahfuz Omar ketika dihubungi Harakahdaily hari ini bagi mengulas isu penutupan akhbar tersebut yang telah beroperasi selama lebih 16 tahun.

Mahfuz berkata, tindakan Kementerian Dalam Negeri tidak menyambung permit akhbar itu menutup ruang demokrasi di negara ini, sekali gus membalas dendan ke atas kaum India yang menolak Bn dalam pilihan raya umum 8 Mac lalu.

Menurut Mahfuz, kerajaan bertindak demikian tanpa memikirkan kesan kepada lebih 100 pekerja yang sejak 16 tahun lalu berkhidmat dan mencari nafkah hidup dengan akhbar tersebut.

"Tak kan hanya kerana masyarakat India menolak BN pada pilihan raya lalu, kerajaan terus tidak mahu menyambung permit kahbar tersebut.

"Atau hanya kerana akhbar itu mahu melaporkan secara bebas dan demokratik mengenai perkembangan Pakatan Rakyat, akhbar itu tidak disambung permitnya, ini satu tindakan yang sangat tidak demokratik, tidak adil dan mengongkong kebebasan bersuara di negara ini," katanya.

Selain itu beliau melihat tindakan kerajaan melalui KDN ini hanya akan menyebabkan rakyat bertambah marah dan meluat dengan kepimpinan Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi yang sangat lemah.

Jika perkara sebegini berterusan, maka beliau ingatkan kepada kerajaan BN bahawa rakyat akan menolak terus kerajaan ini pada masa akan datang.

"Jika dahulu Harakah disekat penerbitannya dua kali seminggu kepada dua kali sebulan, waktu itu zaman Tun Dr Mahathir Mohamad yang memerintah.

"Kini PM mendakwa bahawa kerajaannya telus dan terbuka, tetapai Makkal Osai tidak disambung permit penerbitannya, ini lebih tertutup dan tidak terbuka," tegasnya.

Beliau seterusnya melahirkan rasa kesal dengan tindakan KDN itu yang baginya menyulitkan lagi penyampaian maklumat kepada rakyat di negara ini.

Beliau menggesa kerajaan agar mengembalikan semula permit penerbitan kepada Makkal Osai segera selain menimbang tuntutan akhbar-akhbar alternatif lain seperti Harakah dan Suara KeADILan.

Sementara itu Ahli Parlimen Ipoh Barat, M Kulasegaran pula berkata, pengharaman akhbar Makkal Osai menunjukkan kerajaan BN tidak mengambil iktibar daripada kejayaan 'makkal sakhti', atau kuasa rakyat, dalam pilihan raya umum 8 Mac lalu.

"Pengharaman itu tidak boleh diterima kerana ia mencabuli kebebasan asas yang dijamin bawah Perlembagaan Persekutuan," katanya.

"Semua pencinta demokrasi di Malaysia terperanjat dengan pengharaman itu," katanya.

Tambahnya, akhbar harian berbahasa Tamil itu memberikan liputan adil dan bebas kepada semua parti politik, termasuk pembangkang, sehingga ia mendapat pujian pembaca dan masyarakat India negara ini.

Sementara itu KDN dalam satu laporan akhbar hari ini berkata, pihak tersebut membuat keputusan untuk tidak menyambung permit penerbitan akhbar tamil Makkal Osai

Menterinya, Dato' Seri Syed Hamid Albar. bagaimanapun menolak keputusan itu ada kaitan dengan dakwaan Penasihat DAP, Lim Kit Siang bahawa akhbar itu kerap menyiarkan laporan-laporan berita mengenai pembangkang.

"Sebabnya kerana permit akhbar ini sudah tamat dan kita buat keputusan untuk tidak lagi memperbaharuinya," katanya.

Beliau mengulas pendedahan Kit Siang mengenai penggantungan permit akhbar Makkal Osai dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di ibu kota hari ini.

0 comments:

Carian dalam Tau Takpe

masukkan je apa-apa yg nak dicari

Tau takpe

Blog arkib berita dari pelbagai media dan blog-blog sebagai simpanan dan rujukan pemilik blog. Segala catatan pendapat dan pandangan adalah dari sudut kacamata dan tafsiran pemilik blog ini sendiri melalui pemerhatian dan kajian berkenaan isu dan fakta yang dikumpulkan. Anda dialu-alukan memberikan pendapat dan berkongsi idea dalam memantapkan blog ini.

- OrangKita (OK) -

Video mesti tengok!!!

| Web blog Tau Takpe dipaparkan sejak 20 Mac 2008 | Copyright 2007 © template by delang[at]delang-d.blogspot.com | Paparan terbaik dengan Firefox |