+++++Blog dalam proses pembikinan semula....terima kasih... +++++++

Thursday, April 10, 2008

Kontraktor 60% rakyat Terengganu – Mad Said sindir Idris

Buletin Online




Ditulis oleh SM Noor
Thursday, 10 April 2008

The image “http://buletinonline.net/images/berita/madsaidjuihderis.gif” cannot be displayed, because it contains errors.

Kuala Terengganu - Mad Said kata Semua kontraktor yang hendak laksanakan projek pembangunan di Terengganu, mesti mengambil 60 peratus pekerja rakyat negeri.

Beliau berkata syarat baru itu, berkuatkuasa sertamerta adalah langkah kerajaan negeri untuk memberi lebih banyak peluang kerja kepada rakyat Terengganu dan diharap dapat mengurangkan kadar kemiskinan.

Beliau telah memaklumkan kepada SUK Mokhtar Nong dan Lembaga Tender Negeri supaya memastikan selepas ini, syarat tersebut mesti dipatuhi.

"Ini kerana, kita dapati banyak projek yang dikeluarkan selama ini tidak memberi peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan.

"Apa yang kita lihat sekarang, di tapaktapak projek pada masa kini, kebanyakan pekerjanya merupakan warga Indonesia, Bangladesh, India, Thailand dan Vietnam walaupun yang mendapat kontrak itu adalah rakyat tempatan," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat pertama exco kerajaan negeri di Wisma Darul Iman.

Dengan kenyataan itu, Mad Said menyindir Idris Jusoh dan menafikan semua kenyataan Idris sebelum ini tentang penglibatan rakyat tempatan bekerja di projek-projek.

Mengulas lanjut, Mad Said berkata pada masa ini, ramai rakyat tempatan gagal mendapat pekerjaan walaupun sebelum ini, pembangunan rancak dilaksanakan di Terengganu.

Beliau berkata keadaan itu menyebabkan rakyat negeri itu terpaksa berhijrah ke luar termasuk ke Kuala Lumpur dan Singapura untuk mencari rezeki.

"Kerja banyak (di Terengganu)... tetapi anak tempatan tak dapat peluang. Perkara ini perlu diperbetulkan," katanya.

Bagi memastikan syarat itu dipatuhi, Mad Said kata kerajaan negeri cadang menubuhkan sebuah pasukan petugas khas yang terdiri daripada JKR, Bahagian Sumber Manusia kerajaan Negeri, JKKK serta beberapa badan untuk memantau dari semasa ke semasa.

Beliau berkata kerajaan negeri akan menarik balik projek yang diberikan jika kontraktor terbabit gagal mematuhi syarat yang ditetapkan itu. - sumber Bernama

0 comments:

Carian dalam Tau Takpe

masukkan je apa-apa yg nak dicari

Tau takpe

Blog arkib berita dari pelbagai media dan blog-blog sebagai simpanan dan rujukan pemilik blog. Segala catatan pendapat dan pandangan adalah dari sudut kacamata dan tafsiran pemilik blog ini sendiri melalui pemerhatian dan kajian berkenaan isu dan fakta yang dikumpulkan. Anda dialu-alukan memberikan pendapat dan berkongsi idea dalam memantapkan blog ini.

- OrangKita (OK) -

Video mesti tengok!!!

| Web blog Tau Takpe dipaparkan sejak 20 Mac 2008 | Copyright 2007 © template by delang[at]delang-d.blogspot.com | Paparan terbaik dengan Firefox |