+++++Blog dalam proses pembikinan semula....terima kasih... +++++++

Monday, April 14, 2008

Kos Sebenar Pembinaan Taman Tamadun Islam Tidak Lebih dari RM150 juta?

Buletin Online





Ditulis oleh SM Noor
Monday, 14 April 2008

The image “http://buletinonline.net/images/berita/masterplantti.gif” cannot be displayed, because it contains errors.

Kuala Terengganu – Kos Sebenar pembangunan Pulau Wan Man dan pembinaan Taman Tamadun Islam (TTI) adalah tidak melebihi RM 150 juta, buka sebagaimana kos yang diwar-warkan iaitu RM 249.3 juta.

Demikian dinyatakan oleh seorang kontraktor yang terlibat dalam kerja-kerja pembangunan TTI kepada Buletin Online ketika ditemui kelmarin.

Beliau yang meminta identitinya dirahsiakan atas faktor keselamatan mendedahkan bahawa terdapat banyak penyelewengan yang berlaku dalam membangunkan Taman Tema itu.

Beliau berkata antaranya adalah spesifikasi bahan-bahan yang digunakan untuk membina Pusat Konvensyen dan juga Masjid Kristal tidak mengikut spesifikasi asal yang tercatat dalam pelan.

Beliau berkata kos pembinaan Masjid Kristal itu sahaja sebenarnya tidak lebih RM 30juta, bahkan ada laporan yang menyatakan bahawa kos pembinaan masjid tersebut RM 22 juta.

Selain itu beliau berkata, kos pembinaan Pusat Konvensyen adalah RM 9 juta dan Perumahan Khas Imam dan Bilal adalah 3 juta.

Buletin Online difahamkan pembinaan Pusat Konvensyen dan Perumahan Khas Imam dan Bilal dilaksanakan oleh kontraktor Hj. Embong Sdn Bhd.

Manakala beliau berpendapat pembinaan 21 replika yang terdapat dalam kompleks TTI dianggarkan tidak melebihi RM 1.5 juta setiap satu.

Dengan itu menjadikan seluruh pembinaan 21 replika monumen terkenal di seluruh dunia itu adlah berjumlah RM 31.5 juta

Lain-lain pembinaan bagi melengkapkan TTI adalah Lagun, Taman terbuka wakaf, trek joging dan astaka, kawasan memancing Kompleks masuk TTI, Perani,Teropong, Pusat komersi, Pelet dan jalan masuk.

Beliau memberikan anggaran semua pembinaan diatas boleh disiapkan dengan kos paling tinggi RM 70 juta.

Dengan harga dan penilaian yang dibuat, kos sebenar pembangunan Tamadun Islam ada RM 143.5 juta.

Dibawah disenaraikan kos-kos sebagaimana dinyatakan diatas mengikut 6 Fasa jadual pembinaan :

Fasa

Pembinaan

Kos (juta)

1

Masji Kristal
Perumahan Khas Imam & Bilal

RM 30
RM 3

2

Monumen Masjid Mercu Tanda Islam

RM 31.5

3

Pusat Konvensyen

RM 9

4

Lagun, Taman terbuka wakaf, Trek jogging, Astaka &
Kawasan memancing

RM 15

5

Kompleks masuk TTI, Perani, Teropong &
Pusat komersil

RM 30

6

Pelet dan jalan masuk

RM 25

JUMLAH

RM 143.5



Pembangunan TTI dianggap oleh majoriti rakyat Terengganu sebagai satu projek yang membazir kerana kontrovesi kos perbelanjaan yang terlalu tinggi dan tidak munasabah dengan realiti yang ada,

Ia adalah projek Mega kedua yang menjadi kontrovesi selepas pembangunan Pulau Duyong dan acara Lumba Perahu Layar Monsun Cup.

The image “http://buletinonline.net/images/berita/perasmian%20tti.gif” cannot be displayed, because it contains errors. Selain itu Masjid Kristal satu komponen dari TTI juga mengundang pelbagai keluhan dan andaian kerana harganya yang terlalu mahal sedangkan ia tidak dimakmurkan kerana tidak boleh digunakan untuk solat Jumaat.
Perasmian TTI juga menjadu acara paling memeranjatkan kerana diadakan sebanyak dua kali.

Perasmian TTI dibuat oleh Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi, manakala perasmian masjid Kristal disempurnakan oleh DYMM Seri Paduka Baginda Y Di Pertuan Agong, Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin.

Acara perasmian yang agak pelik itu dikatakan telah menyebabkan Tuanku Sultan Mizan menjadi murka kepada bekas Menteri Besar, Idris Jusoh.

Persoalannya, sekiranya kos perbelanjaan membangunkan Pulau Wan Man dan TTI itu hanyalah RM 150 juta, kemanakah perginya RM 150 juta lagi ?

Buletin Online akan berusaha untuk membongkar rahsia kehilangan Dana Khas Persekutuan/Wang Ehsan/Royalti Petroleum sebanyak RM 150 juta yang juga menjadi wang rakyat Terengganu.

0 comments:

Carian dalam Tau Takpe

masukkan je apa-apa yg nak dicari

Tau takpe

Blog arkib berita dari pelbagai media dan blog-blog sebagai simpanan dan rujukan pemilik blog. Segala catatan pendapat dan pandangan adalah dari sudut kacamata dan tafsiran pemilik blog ini sendiri melalui pemerhatian dan kajian berkenaan isu dan fakta yang dikumpulkan. Anda dialu-alukan memberikan pendapat dan berkongsi idea dalam memantapkan blog ini.

- OrangKita (OK) -

Video mesti tengok!!!

| Web blog Tau Takpe dipaparkan sejak 20 Mac 2008 | Copyright 2007 © template by delang[at]delang-d.blogspot.com | Paparan terbaik dengan Firefox |