+++++Blog dalam proses pembikinan semula....terima kasih... +++++++

Thursday, April 24, 2008

Najib Tolak Kemungkinan Akan Ada Anggota BN Lain Keluar Parti

Bernama

24 April, 2008 17:25 PM

KUALA LUMPUR, 24 April (Bernama) -- Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini berkata beliau tidak menjangkakan ada di kalangan anggota Barisan Nasional (BN) yang akan mengikuti jejak bekas Timbalan Setiausaha Agung Parti Gerakan, Datuk Lee Kah Choon dengan meninggalkan parti.

Timbalan Perdana Menteri berkata semua anggota BN termasuk dari parti-parti komponen diminta agar taat dan setia kepada parti memandangkan BN telah banyak berjasa kepada negara.

"BN jugalah yang telah memberikan kemenangan kepada mereka dalam pilihan raya baru-baru ini kerana mereka bertanding atas tiket BN.

"Mereka perlu menaruh keyakinan bahawa masa depan negara kita akan lebih terjamin dengan BN," katanya ketika mengulas tindakan Lee yang bertindak meninggalkan Gerakan kerana menerima tawaran dari kerajaan campuran DAP-Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Pulau Pinang.

Lee yang sebelum ini meletakkan semua jawatan di dalam parti, semalam mengisytiharkan dirinya keluar dari Gerakan ekoran menerima dua jawatan utama dalam Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) dan Invest-Penang Berhad.

Beliau dalam kenyataannya berkata penarikan diri itu adalah kerana keputusannya menerima tawaran kerajaan DAP tidak dapat diterima oleh pucuk pimpinan Gerakan.

Najib ketika mengulas keputusan tersebut berkata adalah sesuatu yang malang apabila Lee menerima tawaran itu kerana ia bertentangan dengan dasar BN yang tidak membenarkan anggota mereka menerima tawaran daripada pembangkang.

"Penerimaan tawaran itu menjadikan statusnya sebagai ahli BN tidak boleh dipertahankan lagi kerana kita tidak boleh menerima keadaan yang mana ahli-ahli dari parti komponen BN boleh menerima tawaran kerajaan pembangkang. Ini polisi BN yang sangat jelas," katanya.

Dalam perkembangan lain, Najib berkata dakwaan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa beberapa anggota Parlimen BN di Sabah kini hanya menunggu masa untuk menyertai Pakatan Rakyat hanyalah satu permainan politik beliau.

"Dia boleh dakwa macam-macam, dia akan dakwa macam-macam. Itu semua sebahagian daripada permainan politik yang beliau mainkan," katanya.

-- BERNAMA


0 comments:

Carian dalam Tau Takpe

masukkan je apa-apa yg nak dicari

Tau takpe

Blog arkib berita dari pelbagai media dan blog-blog sebagai simpanan dan rujukan pemilik blog. Segala catatan pendapat dan pandangan adalah dari sudut kacamata dan tafsiran pemilik blog ini sendiri melalui pemerhatian dan kajian berkenaan isu dan fakta yang dikumpulkan. Anda dialu-alukan memberikan pendapat dan berkongsi idea dalam memantapkan blog ini.

- OrangKita (OK) -

Video mesti tengok!!!

| Web blog Tau Takpe dipaparkan sejak 20 Mac 2008 | Copyright 2007 © template by delang[at]delang-d.blogspot.com | Paparan terbaik dengan Firefox |