+++++Blog dalam proses pembikinan semula....terima kasih... +++++++

Friday, April 18, 2008

Pengharaman Makkal Osai: BN Tidak Belajar Dari Kekalahan

Suara Keadilan


Kuala Lumpur, 17 April
- Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) hari ini membantah keras tindakan bacul Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang bertindak mengharamkan penerbitan akhbar Makkal Osai atas sebab-sebab yang tidak diperincikan.

Dalam sebuah kenyataan media, ketuanya Shamsul Iskandar mengatakan bahawa pengharaman ini dipercayai disebabkan oleh beberapa faktor termasuklah laporan khas mengenai Perhimpunan Hindraf 25 November lepas, dan yang terbaru adalah laporan khusus muka depan mengenai acara Black 14 yang bertujuan meraikan pengakhiran sekatan berpolitik ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“AMK menyelar tindakan KDN yang kelihatan bersikap jumud dan menghalang rakyat untuk mendapatkan input-input yang berasaskan kepada fakta sebenar yang tidak mungkin diperoleh di dalam mana-mana media arus perdana.

“Ini membuktikan betapa kerajaan sekarang betul-betul terdesak di sebalik kemelut kepimpinan Barisan Nasional (BN) yang bertelagah hanya kerana mereka dinafikan majoriti dua pertiga di dalam Pilihanraya Umum Ke-12 (PRU-12) 8 Mac lepas” kata beliau.

Menuruth Shamsul, BN tidak belajar daripada keputusan PRU-12 bahawa maklumat alternatif daripada internet lebih dipercayai daripada media arus perdana disebabkan laporan berat sebelah yang sentiasa dihidangkan kepada rakyat. Sekiranya tindakan kerajaan bersifat menghukum dan zalim seperti ini terus dilaksanakan, beliau berkata, ini akan mempercepatkan lagi proses peralihan kuasa kepada Pakatan Rakyat.

“AMK percaya bahawa usaha ini adalah bersifat tekanan dan intimidasi kepada pengamal media agar tidak memberikan ruang untuk Pakatan Rakyat mendapat liputan media yang positif, di sebalik BN sekarang kalut berhadapan krisis dalaman yang parah.

“Perkembangan ini tidak mustahil akan mengesani kedudukan Malaysia di dalam rating kebebasan media yang memperlihatkan kedudukan Malaysia merudum 30 anak tangga di dalam indeks kebebasan media yang dikeluarkan oleh reporters sans frontieres (RSF) bagi tahun 2007.”

AMK menggesa agar KDN menarik balik pengharaman Makkal Osai dengan kadar yang segera dan menghormati prinsip kebebasan media, kata Shamsul.

“AMK juga menyeru rakyat pelbagai kaum khususnya Kaum India memboikot media cetak berbahasa Tamil sebagai tanda protes kepada tindakan KDN. Belajarlah menerima hakikat bahawa selagi rakyat dinafikan berita yang adil dan profesional, selagi itulah rakyat tidak teragak-agak untuk menghukum BN atas langkah songsang mereka” tegas beliau lagi.

admin @ April 17, 2008

0 comments:

Carian dalam Tau Takpe

masukkan je apa-apa yg nak dicari

Tau takpe

Blog arkib berita dari pelbagai media dan blog-blog sebagai simpanan dan rujukan pemilik blog. Segala catatan pendapat dan pandangan adalah dari sudut kacamata dan tafsiran pemilik blog ini sendiri melalui pemerhatian dan kajian berkenaan isu dan fakta yang dikumpulkan. Anda dialu-alukan memberikan pendapat dan berkongsi idea dalam memantapkan blog ini.

- OrangKita (OK) -

Video mesti tengok!!!

| Web blog Tau Takpe dipaparkan sejak 20 Mac 2008 | Copyright 2007 © template by delang[at]delang-d.blogspot.com | Paparan terbaik dengan Firefox |