+++++Blog dalam proses pembikinan semula....terima kasih... +++++++

Wednesday, April 30, 2008

Timb. Speaker: Ini penjelasan Karpal

KLpos

Cetak E-mail
Oleh Bernama
Rabu, 30 April 2008

KL: Kekeliruan mengenai kertas undi mungkin menyebabkan 17 Anggota Parlimen pembangkang memilih calon Barisan Nasional untuk jawatan Timbalan Speaker Dewan Rakyat semalam, kata Pengerusi DAP Karpal Singh hari ini.

Katanya kertas undi menetapkan mereka mengundi dua calon tetapi sesetengah daripada wakil rakyat tidak sedar bahawa Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia membenarkan mereka memilih seorang calon saja.

Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar (BN-Santubong) mendapat 157 undi untuk jawatan Timbalan Speaker, mengalahkan Datuk Ronald Kiandee (BN-Beluran) yang mendapat 140 undi dan Dr Tan Seng Giar (DAP-Kepong) yang menerima 81 undi.

Dewan Rakyat mempunyai 140 wakil daripada BN dan 82 daripada pembangkang.

Karpal Singh berkata kekeliruan itu juga mungkin disebabkan sesetengah Anggota Parlimen adalah muka baru dan mereka ini kurang faham mengenai proses memilih Timbalan Speaker.

Mengenai identiti satu-satunya wakil rakyat pembangkang yang tidak memilih Dr Tan, beliau berkata pakatan pembangkang mengesyaki seseorang tetapi beliau enggan menamakannya.

Anggota Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali, yang mengisytihar dirinya seorang Bebas walaupun beliau bertanding atas tiket PAS dalam pilihan raya 8 Mac lepas, berkata satu daripada undi beliau adalah untuk Wan Junaidi.

"Yang satu lagi saya tak dapat nak sahkan," katanya.

0 comments:

Carian dalam Tau Takpe

masukkan je apa-apa yg nak dicari

Tau takpe

Blog arkib berita dari pelbagai media dan blog-blog sebagai simpanan dan rujukan pemilik blog. Segala catatan pendapat dan pandangan adalah dari sudut kacamata dan tafsiran pemilik blog ini sendiri melalui pemerhatian dan kajian berkenaan isu dan fakta yang dikumpulkan. Anda dialu-alukan memberikan pendapat dan berkongsi idea dalam memantapkan blog ini.

- OrangKita (OK) -

Video mesti tengok!!!

| Web blog Tau Takpe dipaparkan sejak 20 Mac 2008 | Copyright 2007 © template by delang[at]delang-d.blogspot.com | Paparan terbaik dengan Firefox |