+++++Blog dalam proses pembikinan semula....terima kasih... +++++++

Monday, May 12, 2008

Ahmad Sarji Dipilih Tokoh Melayu Terbilang

Bernama



MELAYU TERBILANG… Presiden UMNO Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menyampaikan Anugerah Melayu Terbilang kepada Pengerusi Perbadanan Nasional Berhad (PNB) Tan Sri Ahmad Sarji (kiri) sempena Sambutan Ulang Tahun UMNO ke-62 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur. Foto: Bernama

KUALA LUMPUR, 11 Mei (Bernama) -- Pengerusi Permodalan Nasional Berhad Tan Sri Ahmad Sarji Abdul Hamid yang dipilih sebagai Tokoh Melayu Terbilang mahukan orang Melayu memiliki lima bentuk minda untuk menjamin daya tahan dan kejayaan mereka di masa depan.

Minda tersebut ialah minda berdisiplin, minda sintesis, minda kreatif, minda menghormati dan minda beretika.

"Saya juga berharap pertubuhan Melayu khususnya parti Umno akan menjalankan penyelidikan tentang cara memperkasakan akal fikiran atau minda orang Melayu," katanya dalam ucapan selepas menerima anugerah tersebut daripada Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, pada majlis sambutan ulang tahun ke-62 Umno, di sini hari Ahad.

Ahmad Sarji, 70, yang juga Pengerusi Institut Kefahaman Islam Malaysia pernah menerima anugerah Tokoh Maal Hijrah pada 1999 kerana sumbangan beliau dalam pentadbiran dan pengurusan hal ehwal Islam di negara ini.

Antara sumbangan anak kelahiran Tapah, Perak itu ialah dalam penyusunan semula struktur Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri dan pengwujudan Perkhidmatan Bersama Pegawai Hal Ehwal Islam dan Perkhidmatan Gunasama Kehakiman Syarie.

Beliau dilantik sebagai Ketua Setiausaha Negara pada 1990.

Ahmad Sarji yang ditemui pemberita kemudiannya berkata beliau berbangga menerima anugerah itu daripada Umno, iaitu parti politik terbesar di negara ini dan mempunyai rekod yang cemerlang.

"Saya berharap anugerah ini akan menimbulkan perangsang kepada generasi akan datang supaya berkhidmat dengan patuh dan menganggap tugas adalah sebagai amanah besar," katanya.

Beliau berkata generasi akan datang juga perlu memahami falsafah perjuangan Umno yang mendaulatkan institusi Raja Berpelembagaan dan meneliti bagaimana Umno merancang pelan-pelan pembangunan demi kesejahteraan rakyat dan negara.

"Umno bukan sahaja sebuah parti politik tetapi juga mempunyai banyak teknokrat dan banyak profesional serta polisi yang mereka rancang itu adalah hasil kecerdasan akal fikiran pemimpin-pemimpin Umno dan mendapat kerjasama dengan institusi dan lembaga-lembaga dalam tatanegara," katanya.

-- BERNAMA

0 comments:

Carian dalam Tau Takpe

masukkan je apa-apa yg nak dicari

Tau takpe

Blog arkib berita dari pelbagai media dan blog-blog sebagai simpanan dan rujukan pemilik blog. Segala catatan pendapat dan pandangan adalah dari sudut kacamata dan tafsiran pemilik blog ini sendiri melalui pemerhatian dan kajian berkenaan isu dan fakta yang dikumpulkan. Anda dialu-alukan memberikan pendapat dan berkongsi idea dalam memantapkan blog ini.

- OrangKita (OK) -

Video mesti tengok!!!

| Web blog Tau Takpe dipaparkan sejak 20 Mac 2008 | Copyright 2007 © template by delang[at]delang-d.blogspot.com | Paparan terbaik dengan Firefox |