+++++Blog dalam proses pembikinan semula....terima kasih... +++++++

Saturday, May 3, 2008

Anwar - 100 tokoh paling berpengaruh

Malaysiakini

Jimadie Shah Othman | May 2, 08 4:51pm

Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dinobatkan sebagai seorang daripada 100 tokoh paling berpengaruh di dunia oleh sebuah majalah terkenal.

Keputusan itu dibuat berdasarkan undian secara dalam talian majalah mingguan antarabangsa Time.

Tokoh-tokoh tersebut dibahagikan dalam lima kategori: pemimpin dan revolusioner, hero dan perintis, ahli sains dan pemikir, seniman dan penghibur, serta jurubina dan titan.

Seratus tokoh paling berpengaruh dipilih daripada 207 tokoh yang dicalonkan.

Dalam majalah itu, Anwar digambarkan sebagai pemimpin Islam yang memperjuangkan sikap toleransi, demokrasi dan hak-hak asasi manusia.

Majalah itu melihat pemimpin pembangkang itu sebagai calon perdana menteri dan tokoh yang menuntut pilihanraya bebas dan adil di Malaysia.

rustam sani book launch 260408 anwar pcTokoh yang mendapat sokongan tertinggi, pereka permainan video terkenal Shigeru Miyamoto, mendapat 2,008,705 undi.

Tempat kedua, artis pop Korea Selatan, Rain (1,568,612 undi) dan diikuti rapat pelakon komedi terkenal Stephen Colbert (918,105).

Tempat keempat dan kelima masing-masing dikuasai Heidi Klum (26,587) dan Tyra Banks (17,011) – kedua-duanya peragawati tersohor.

Anwar, walaupun mendapat undian yang lebih tinggi (42,116) daripada dua jelitawan ini, namun bekas timbalan perdana menteri itu ketinggalan dari sudut purata pemeringkatan, menyebabkan beliau berada di tangga ke-85 dalam senarai tersebut.

Keputusan undian tersebut dimuatkan dalam edisi terbaru majalah itu dan boleh juga dicapai di laman webnya www.time.com.

Selain undian, kriteria lain yang turut dipertimbangkan termasuklah hit di enjin carian Google dan di laman web perkongsian video Youtube.com, selain masukan dalam ensiklopedia Wikipedia.

Time mengeluarkan senarai ini setiap tahun mulai 1999 dan kemudian dihidupkan semula pada 2004.

0 comments:

Carian dalam Tau Takpe

masukkan je apa-apa yg nak dicari

Tau takpe

Blog arkib berita dari pelbagai media dan blog-blog sebagai simpanan dan rujukan pemilik blog. Segala catatan pendapat dan pandangan adalah dari sudut kacamata dan tafsiran pemilik blog ini sendiri melalui pemerhatian dan kajian berkenaan isu dan fakta yang dikumpulkan. Anda dialu-alukan memberikan pendapat dan berkongsi idea dalam memantapkan blog ini.

- OrangKita (OK) -

Video mesti tengok!!!

| Web blog Tau Takpe dipaparkan sejak 20 Mac 2008 | Copyright 2007 © template by delang[at]delang-d.blogspot.com | Paparan terbaik dengan Firefox |