+++++Blog dalam proses pembikinan semula....terima kasih... +++++++

Sunday, May 18, 2008

"Asal bukan Abdullah" Dr M seru Ahli Umno tukar Presiden

KLpos

Cetak E-mail
Oleh Agendadaily, Utusan
Ahad, 18 Mei 2008

JOHOR: Serangan bekas Perdana Menteri terhadap penggantinya diteruskan lagi dan kali ini Tun Dr. Mahathir Mohamad mengajak seluruh ahli UMNO untuk menyingkirkan segera Presiden UMNO, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi demi untuk menyelamatkan parti itu daripada terus musnah.

Beliau turut menyebut nama Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah, Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dan Naib Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin antara nama-nama yang layak menggantikan Abdullah.

Katanya, beliau tidak kisah siapa yang akanmenjadi pengganti asalkan Abdullah disingkirkan segera.

Beliau mengibaratkan UMNO sebagai magnet yang mampu menarik parti-parti komponen lain untuk memperkukuhkan Barisan Nasional (BN).

Bekas Perdana Menteri itu berkata, jika UMNO kuat, ia akan memulihkan keyakinan terhadap BN.

"Berdasarkan pengamatan saya, UMNO yang lemah tidak mungkin dapat menubuh serta memimpin sebuah kerajaan yang berwibawa. Ini kerana UMNO merupakan sebuah parti yang menunjangi pemerintahan negara di bawah naungan BN,'' katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan yang diajukan oleh peserta yang menghadiri Forum UMNO Pasca Pilihan Raya: Suara Hati Rakyat di Hotel M. Suites di sini hari ini.

Forum anjuran Badan Bertindak Gabungan Ahli-ahli Akar Umbi UMNO Johor dengan kerjasama mykmu.net itu dihadiri lebih 1,000 ahli UMNO dari seluruh negeri ini.

Ahli-ahli panel yang turut menjayakan forum itu ialah penulis blog, Datuk A. Kadir Jasin, Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir dan bekas Speaker Dewan Undangan Negeri Johor, Datuk Zainal Abidin Zin.

Turut sama ialah bekas Ahli Parlimen Parit Sulong, Datuk Ruhanie Ahmad manakala Datuk Syed Hussein Alhabshee bertindak sebagai moderator.

Dalam pada itu, Dr. Mahathir turut menasihatkan semua ahli parti supaya bersatu memperjuangkan hasrat dan matlamat parti, bukannya berjuang untuk mengekalkan pemimpin tertentu.

"Parti UMNO tetap kekal, tetapi pemimpin boleh silih berganti,'' katanya

0 comments:

Carian dalam Tau Takpe

masukkan je apa-apa yg nak dicari

Tau takpe

Blog arkib berita dari pelbagai media dan blog-blog sebagai simpanan dan rujukan pemilik blog. Segala catatan pendapat dan pandangan adalah dari sudut kacamata dan tafsiran pemilik blog ini sendiri melalui pemerhatian dan kajian berkenaan isu dan fakta yang dikumpulkan. Anda dialu-alukan memberikan pendapat dan berkongsi idea dalam memantapkan blog ini.

- OrangKita (OK) -

Video mesti tengok!!!

| Web blog Tau Takpe dipaparkan sejak 20 Mac 2008 | Copyright 2007 © template by delang[at]delang-d.blogspot.com | Paparan terbaik dengan Firefox |