+++++Blog dalam proses pembikinan semula....terima kasih... +++++++

Saturday, May 3, 2008

Balkis: Laporan BPR terhadap Isteri bekas MB Selangor

KLpos

Cetak E-mail
Oleh Amin Iskandar
Sabtu, 03 Mei 2008

PARTI Keadilan Rakyat (KeAdilan) negeri Selangor membuat laporan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) terhadap isteri kepada bekas MB Selangor (Khir Toyo), Zaharah Kechik.

Laporan dibuat kepada BPR berikutan dengan dakwaan pemindahan dana sebanyak RM 9.9 juta oleh Badan Kebajikan Isteri-isteri Wakil Rakyat Selangor (Balkis) ke akaun Badan Amal dan Kebajikan Isteri-Isteri Menteri (Bakti) Kerajaan Pusat.

Laporan BPR ini diketuai oleh Ketua Penerangan KeAdilan Negeri Selangor, Mohd. Nasharudin Abdul Aziz dan pimpinan negeri Selangor bersama-sama dengan Badrul Hisham Shaharin, Ahli MPT KeAdilan.

Laporan setebal 15 muka surat itu diserahkan oleh Mohd. Nasharudin kepada Pegawai BPR Selangor, Mohd Anuar.

Ketika Nasharudin, Badrul dan dua orang lagi pimpinan KeAdilan membuat laporan rasmi dipejabat Mohd Anuar, Timbalan Ketua Bahagian KeAdilan Bahagian Petaling Jaya, Sarifuddin Budin mengetuai beberapa orang lagi untuk merentangkan “banner” yang berbunyi, “Bapa borek, anak rintik, Suami sebat isteri rembat, Zaharah… Pulangkan dana Balkis”.

Selepas selesai membuat laporan, Mohd Nasharudin yang ditemui wartawan mengatakan bahawa pegawai BPR menasihatinya dan rakan-rakan agar tidak mendedahkan laporan setebal 15 muka surat tersebut.

Selain daripada itu, pegawai BPR menyatakan kepada beliau siasatan terhadap Zaharah Kechik dan Balkis akan dimulakan oleh kerana laporan yang dibuat oleh KeAdilan Selangor tersebut memberikan alasan kepada BPR untuk memulakan tindakan.

0 comments:

Carian dalam Tau Takpe

masukkan je apa-apa yg nak dicari

Tau takpe

Blog arkib berita dari pelbagai media dan blog-blog sebagai simpanan dan rujukan pemilik blog. Segala catatan pendapat dan pandangan adalah dari sudut kacamata dan tafsiran pemilik blog ini sendiri melalui pemerhatian dan kajian berkenaan isu dan fakta yang dikumpulkan. Anda dialu-alukan memberikan pendapat dan berkongsi idea dalam memantapkan blog ini.

- OrangKita (OK) -

Video mesti tengok!!!

| Web blog Tau Takpe dipaparkan sejak 20 Mac 2008 | Copyright 2007 © template by delang[at]delang-d.blogspot.com | Paparan terbaik dengan Firefox |