+++++Blog dalam proses pembikinan semula....terima kasih... +++++++

Wednesday, May 14, 2008

Beza antara pemimpin Pakatan Rakyat dengan BN

Detik Daily

Posted on Wednesday, May 14 @ 15:53:52 MYT by reformis
Artikel Oleh Azamin Amin

KUALA LUMPUR: Merekalah pemimpin PAS, DAP dan KeADILan yang juga dikenali sebagai Pakatan Rakyat yang dipilih rakyat dan memperjuangkan serta membela jatuh bangunnya nasib rakyat di dalam negara.

Sungguhpun mereka sudah mempunyai jawatan baik sebagai Menteri Besar, Ahli Parlimen mahupun Wakil Rakyat namun sikap dan tindakan mereka sentiasa menarik perhatian ramai dan menyentuh hati semua pihak.

1. Menteri Besar Tuan Guru Dato' Nik Aziz Nik Mat

- Beliau menghapuskan peruntukan Menteri Besar untuk Juadah Hari Raya sebanyak RM 30,000 dan Juadah Berbuka Puasa sebanyak RM 15,000serta memotong bonus / elaun Menteri Besar sebanyak 45 peratus yang dibahagikan 40 peratus kepada parti dan lima peratus kepada Perbendaharaan Negeri. Beliau tidak tinggal di kediaman rasmi Menteri Besar sebaliknya masih menduduki rumah lamanya di Pulau Melaka.

2. Menteri Besar Kedah Ustaz Azizan Abdul Razak

- Menolak peruntukan kerajaan negeri untuk membaik-pulih pagar kediaman rumah beliau kerana tidak mahu menggunakan wang rakyat untuk kepentingan peribadi walaupun telah dinasihati oleh Unit Perancangan Ekonomi Negeri (UPEN) dan pihak polis.

- Beliau masih menggunakan kenderaan lamanya dan tidak mendiami kediaman rasmi Menteri Besar Kedah di Sri Mentaloon sebaliknya terus tinggal di rumah lamanya di Jalan Sultanah, Alor Setar.

3. Ketua Menteri Pulau Pinang

- Lim Guan Eng juga tidak menduduki kediaman rasmi kerana berpendapat agak sukar berpindah-randah setelah jawatan tersebut tidak dipegangnya lagi.

- Beliau menduduki hotel bukan mengikut kadar seorang Menteri Besar walaupun telah diperuntukan malah menaiki kapal terbang kelas ekonomi tidak kelas bisnes.

4.Menteri Besar Selangor

- Menurut beberapa kakitangan awam, Tan Sri Khalid Ibrahim menjamu selera di kantin pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri bersama kakitangan lain dan tidak di 'cafe' khas yang disediakan untuk Menteri Besar dan Exco Negeri.

5. Ahli Parlimen Pakatan Rakyat

- Ahli Parlimen PAS Rantau Panjang Siti Zailah Mohd Yusuf bersama suami menaiki bas di Hentian Putra untuk pulang ke kampung meninjau kawasan.

- Ahli Parlimen Mahfuz Omar tidak mendiami hotel sebaliknya Markas PAS Taman Melewar sekiranya datang ke Kuala Lumpur untuk menghadiri sidang Parlimen dan adakalanya menaiki pengangkutan awam berulang-alik ke Kedah.

- Beberapa ahli parlimen PAS 'berkongsi kereta' untuk datang ke Kuala Lumpur bagi menghadiri sidang Parlimen.

- Adun PAS kawasan Paroi, Negeri Sembilan Taufek Abd Ghani sanggup memotong sejumlah 50 peratus gaji Adun yang diperolehi setiap bulan untuk disalur kepada Pusat Khidmat Masyarakat dan membantu golongan miskin di kawasannya.

- Adun PAS kawasan Cempaka, Selangor Iskandar Samad yang juga merupakan Exco negeri dilihat orang ramai beratur panjang untuk membayar bil di Bangunan SUK.

Kisah dan fakta ini merupakan antara beberapa petikan dan rakaman menarik berhubung dengan sikap dan tingkah laku pemimpin Pakatan Rakyat yang berjaya direkodkan malah terdapat lagi pelbagai kisah menarik ahli-ahli parlimen yang lain yang tidak dapat dicoretkan kesemuanya.

0 comments:

Carian dalam Tau Takpe

masukkan je apa-apa yg nak dicari

Tau takpe

Blog arkib berita dari pelbagai media dan blog-blog sebagai simpanan dan rujukan pemilik blog. Segala catatan pendapat dan pandangan adalah dari sudut kacamata dan tafsiran pemilik blog ini sendiri melalui pemerhatian dan kajian berkenaan isu dan fakta yang dikumpulkan. Anda dialu-alukan memberikan pendapat dan berkongsi idea dalam memantapkan blog ini.

- OrangKita (OK) -

Video mesti tengok!!!

| Web blog Tau Takpe dipaparkan sejak 20 Mac 2008 | Copyright 2007 © template by delang[at]delang-d.blogspot.com | Paparan terbaik dengan Firefox |