+++++Blog dalam proses pembikinan semula....terima kasih... +++++++

Wednesday, May 28, 2008

Ezam bukan lagi isu untuk KeADILan


Suara Keadilan


KUALA LUMPUR, 28 Mei (SK)- Kemasukan Pengerusi Gerakan Anti-Korupsi (Gerak) Ezam Md Noor kedalam Umno bukan isu besar buat KeADILan, kata Ahli Parlimen
Balik Pulau Yusmadi Yusoff.

Tegasnya lagi, KeADILan lebih fokus kepada menarik sokongan belia khususnya selepas kemasukan 11,000 anak muda ke dalam Angkatan Muda KeADILan (AMK) di Pulau Pinang baru-baru ini.

“Kemasukan pengerusi Gerak bukan isu bagi kami. KeADLan lebih berminat untuk membincangkan sokongan hebat yang diterima dari segenap lapisan belia,” kata peguam muda itu.

Tambah beliau lagi, KeADILan membuka peluang kepada pemimpin mudabukan seperti Umno yang menyekat peluang anak muda melainkan kroni dan ahli keluarga.

“Hal ini telah terbukti dalam pilihanraya lalu, dan KeADILan melahirkan ramai pemimpin-pemimpin baru yang bakal memberi harpan ke dalam politik Malaysia,” katanya ketika dihubungi Suara Keadilan.

Menyentuh hal yang sama, Naib Ketua AMK Khairul Anuar Ahmad Zainudin berkata kemasukan Ezam tidak memberi impak kepada sayap pemuda
KeADILan itu.

“Ianya tidak memberi sebarang impak kepada KeADILan dengan penyertaan beliau, hanya catatan sejarah sahaja,” katanya tadi ketika diminta mengulas mengenai penyertaan Ezam kedalam Umno.

Menurutnya lagi ahli-ahli KeADILan menyertai parti ini adalah kerana perjuangan bukannya diatas sebab seseorang individu dan jelasnya semua ahli faham mengenai hal itu.

“Sebagai yang telah berjuang, saya hanya mampu mengucapkan kepada Ezam Selamat Maju Jaya keatas Ezam kerana penyertaan beliau kedalam Umno,” katanya.

0 comments:

Carian dalam Tau Takpe

masukkan je apa-apa yg nak dicari

Tau takpe

Blog arkib berita dari pelbagai media dan blog-blog sebagai simpanan dan rujukan pemilik blog. Segala catatan pendapat dan pandangan adalah dari sudut kacamata dan tafsiran pemilik blog ini sendiri melalui pemerhatian dan kajian berkenaan isu dan fakta yang dikumpulkan. Anda dialu-alukan memberikan pendapat dan berkongsi idea dalam memantapkan blog ini.

- OrangKita (OK) -

Video mesti tengok!!!

| Web blog Tau Takpe dipaparkan sejak 20 Mac 2008 | Copyright 2007 © template by delang[at]delang-d.blogspot.com | Paparan terbaik dengan Firefox |