+++++Blog dalam proses pembikinan semula....terima kasih... +++++++

Saturday, May 10, 2008

Hentikan ‘Monsoon Cup’, Gunakan Peruntukan Ratusan Juta Untuk Rakyat

Buletin Online


PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh WanKay & SM Noor
Friday, 09 May 2008

The image “http://buletinonline.net/images/berita4/taknakmcup1.jpg” cannot be displayed, because it contains errors.

ADUN Bukit Tunggal Dr Alias Razak mengesa kerajaan negeri agar menghentikan penganjuran Kejohanan Kapal Layar Piala Monsun (Monsoon Cup) yang bermula sejak tiga tahun lepas kerana ia didakwa gagal memberi manfaat kepada rakyat.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan usul menjunjung kasih titah ucapan Tengku Seri Panglima Raja dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Tengku Baderulzaman Sultan Mahmud kelmarin.

Dalam kesempatan berucap selama 20 minit yang diberikan oleh Yang DiPertua Dewan, Dr. Alias berjaya mengemukakan pelbagai masalah yang dihadapi oleh penduduk Bukit Tunggal khasnya Pulau Duyong.

”Penduduk Pulau Duyong miskin, kaum nelayan, rumahnya berasak-asak, bertemu cucur atap, sekiranya berlaku kebakaran atau kecemasan, kenderaan ambulan dan bomba tidak boleh sampai kerumah,
”dalam keadaan begitu, kita menganjurkan Monsoon Cup yang bertaraf dunia.” Kata Dr. Alias memberitahu DUN tentang kesusahan penduduk Pulau Duyong.

Justeru itu beliau mencadangkan kerajaan membuat pengambilan balik semua tanah di Pulau Duyong seluas 63 hektar (156 ekar) untuk dibuat ‘layout’ baru untuk penduduk tempatan.

”Kita boleh dapat 900 lot lebih, jumlah rumah di Pulau Duyong sekitar 600 lebih, dengan perparitan dan jalan yang baik,
“selebihnya boleh digunakan untuk pembinaan sekolah dan rezab perkuburan.” jelas beliau.

Beliau berkata peruntukan yang digunakan untuk kejohanan itu boleh diagihkan bagi projek pembangunan semula Pulau Duyong termasuk mendirikan rumah kos rendah untuk rakyat.

''Rakyat sebenarnya memerlukan kediaman lebih selesa selain kemudahan mencari rezeki selepas sekian lama menduduki pulau itu dalam keadaan daif,
”mereka tidak memerlukan pembinaan projek mewah kerana faedahnya bukan untuk rakyat, tetapi segelintir golongan tertentu," katanya.

Beliau berkata kerajaan membelanjakan RM 250 juta untuk membangunkan Kelab Teluk Warisan dan RM 300 juta untuk penganjuran Monsoon Cup.

Dr. Alias juga turut mencadangkan kerajaan supaya meningkatkan kehidupan para nelayan di Pulau Duyong.

”Berilah mereka bot laut dalam, satu kumpulan 5,6 orang, bukan mengadakan kejohanan Monsoon Cup,
”lima hari setahun Monsoon Cup, bagaimana dapat meningkatkan pendapatan nelayan dengan penganjuran sukan itu Cuma lima hari setahun” tambah beliau.

Dr. Alias turut melahirkan perasaan kecewa kerana penduduk di Pulau Sekati berhampiran Pulau Wan Man dan Pulau Duyong masih belum menikmati bekalan air bersih walaupun negara telah mencapai kemerdekaan 50 tahun lepas.

Katanya lagi, penduduk terbabit memperoleh air daripada perigi yang digali di halaman kediaman masing masing.

''Tiada usaha dilakukan kerajaan walaupun kawasan sekitar terdapat banyak projek mewah dibangunkan oleh kerajaan," katanya

0 comments:

Carian dalam Tau Takpe

masukkan je apa-apa yg nak dicari

Tau takpe

Blog arkib berita dari pelbagai media dan blog-blog sebagai simpanan dan rujukan pemilik blog. Segala catatan pendapat dan pandangan adalah dari sudut kacamata dan tafsiran pemilik blog ini sendiri melalui pemerhatian dan kajian berkenaan isu dan fakta yang dikumpulkan. Anda dialu-alukan memberikan pendapat dan berkongsi idea dalam memantapkan blog ini.

- OrangKita (OK) -

Video mesti tengok!!!

| Web blog Tau Takpe dipaparkan sejak 20 Mac 2008 | Copyright 2007 © template by delang[at]delang-d.blogspot.com | Paparan terbaik dengan Firefox |