+++++Blog dalam proses pembikinan semula....terima kasih... +++++++

Monday, May 12, 2008

Ibu tunggal kini terbela di bawah kerajaan Pakatan Rakyat

Harakahdaily

Nyza Ayob | Foto Nasir Sudin

Sun | May 11, 08 | 4:56:44 pm MYT

KUALA LUMPUR, 11 Mei (Hrkh) - Sebaik sahaja Pakatan Rakyat mentadbir Selangor, bantuan yang disalurkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Pusat Zakat kepada ibu tunggal tidak lagi dipengaruhi sebarang campur tangan politik.

ImageDemikian ditegaskan Ahli Dewan Undangan Negeri Hulu Klang, Saari Sungib. Beliau berkata demikian sewaktu ditemui di Majlis Meraikan Ibu Tunggal Bersama Adun Hulu Klang di Dewan MPAJ AU2, Taman Keramat, dekat sini hari ini. Kira-kira 500 ibu tunggal di Dun Hulu Klang hadir pada majlis tersebut.

Jelasnya, pihaknya akan membantu ibu tunggal dengan mendaftarkan mereka terus kepada kerajaan negeri termasuk menyediakan bantuan guaman kepada mereka.

"Apabila kerajaan negeri mempunyai polisi mengenai bantuan kepada golongan seperti ini, memudahkan bagi proses pelaksanaan tersebut kerana kita telah mempunyai senarai penerima,"katanya.

Jelas Saari, berdasarkan soalan yang dikemukakan beberapa ibu tunggal dalam sesi soal jawab bersamanya, kebanyakan mereka tidak mengetahui hak mereka sedangkan hak tersebut sudah dilindungi undang-undang.

"Contohnya apabila terdapat golongan ibu tunggal yang mengadu tidak mendapat nafkah daripada bekas suami, pihak saya akan mendapatkan nombor telefon suami dan menasihatinya supaya melaksanakan tanggungjawab.

"Walau bagaimanapun sekiranya bekas suami tetap tidak melaksanakan tanggungjawab tersebut, saya akan menggunakan khidmat peguam kami untuk Imagemempertahankan hak bekas isterinya bagi memastikan mahkamah mengambil tindakan yang sewajarnya,"katanya yang mengakui telah mengadakan perjumpaan dengan pihak mahkamah Gombak berkenaan masalah tersebut.

Katanya, jika sebelum ini sebarang kes yang melibatkan ibu tunggal banyak tertangguh kerana dikatakan melibatkan campur tangan politik.

Sehubungan itu katanya, beliau telah mengadakan 'reformasi besar-besaran' dalam memperkasa pengurusan dan pentadbiran mahkamah.

"Terdapat sesetengah kes yang melibatkan pihak Umno tidak dapat diselesaikan mahkamah kerana dikatakan arahan daripada pihak atasan Jais. Akhirnya mahkamah tidak dapat bertindak disebabkan kes-kes tersebut melibatkan pihak berpengaruh yang cuba campur tangan dalam pengurusan mahkamah,"katanya.

Sementara itu Saari menyatakan, sukarelawan juga boleh memainkan peranaan dalam membantu sesebuah intitusi seperti Pusat Zakat dalam memperlicinkan kerja serta pengagihan zakat dapat disalurkan kepada mereka yang sepatut menerimanya.

"Jika sebelum ini Pusat Zakat menyatakan tidak mempunyai kakitangan yang cukup dalam melaksanakan tugas mereka . Perkara ini dapat diselesaikan dengan memberi latihan kepada sukarelawan bagi menjalankan tugas seperti bancian bagi mengenal pasti pihak yang layak menerima zakat,"katanya.

ImageTambahnya lagi, jika sebelum ini golongan yang tidak berkemampuan termasuk ibu tunggal hanya layak mendapat salah satu daripada bantuan yang disalurkan sama ada Pusat Zakat atau Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Bagaimanapun katanya, pihaknya cuba membuat perubahan agar mereka mendapat bantuan daripada kedua-dua institusi tersebut.

Jelasnya, jumlah bantuan yang akan disalurkan daripada kedua-dua institusi tersebut juga akan dinaikkan berdasarkan paras kemiskinan yang digariskan dalam manifesto Barisan Alternatif sewaktu pilihan raya. - mks.

0 comments:

Carian dalam Tau Takpe

masukkan je apa-apa yg nak dicari

Tau takpe

Blog arkib berita dari pelbagai media dan blog-blog sebagai simpanan dan rujukan pemilik blog. Segala catatan pendapat dan pandangan adalah dari sudut kacamata dan tafsiran pemilik blog ini sendiri melalui pemerhatian dan kajian berkenaan isu dan fakta yang dikumpulkan. Anda dialu-alukan memberikan pendapat dan berkongsi idea dalam memantapkan blog ini.

- OrangKita (OK) -

Video mesti tengok!!!

| Web blog Tau Takpe dipaparkan sejak 20 Mac 2008 | Copyright 2007 © template by delang[at]delang-d.blogspot.com | Paparan terbaik dengan Firefox |