+++++Blog dalam proses pembikinan semula....terima kasih... +++++++

Wednesday, May 14, 2008

Isyarat 'hijrah' semakin jelas

KLpos

Cetak E-mail
Oleh Mohd Sayuti Omar
Selasa, 13 Mei 2008

UCAPAN Ahli Parlimen Kalabakan, Abdul Ghafur Salleh di Parlimen pagi tadi sungguh sentimental dan emosional. Ada maksud yang tesirat di sebaik ucapan berterus terang ahli Parlimen berkenaan.

Seperti mana katanya, apa yang diungkapkan bukan kerana beliau kecewa atau sengaja berbuat demikian tetapi ianya lahir dari lubuk hati sebenarnya yang perlu diberikan perhatian serius.

Jika diamati secara menghalusi nada ucapan Abdul Ghafur ada kesenimbungan dengan apa yang diucapkan oleh rakannya ahli Parlimen Kiamanis, Anifah Aman minggu lalu.

Bahkan, Abdul Ghafur mengakui bukan sahaja beliau, tetapi (Ahli Parlimen Sabah) sanggup untuk tinggal bukan saja di rumah teras bahkan di rumah kampung sekali pun mereka sanggup.

Maknanya mereka bersedia untuk meninggalkan kemewahan yang dijanji oleh kerajaan BN dan bersedia untuk bersusah payah dengan pembangkang.

Abdul Gharuf berkata demikian apabila merujuk kepada ucapan Anifah Aman yang minggu lalu yang menngatakan kemungkinan ahli Parlimen Sabah akan berhijrah kepada pembangkang sekiranya perlu dan tidak merasa sayang untuk meningalkan BN yang baginya menyakitkan hati.

Anifah ketika menjawab pertanyaan dibangkitkan Ahmad Zahid Hamidi, yang ingin tahu apakah beliau (ahli Parlimen Sabah) sanggup meninggalkan rumah banglow (BN) untuk tinggal di rumah teres (Pakatan Rakyat), sambil menempelak balik Zahid mengatakan apa guna berada di dalam banglow kalau diletakkan di tepi tandas.

Ucapan Hanifah itu jelas mengenai pendirian wakil rakyat Sabah dan ianya ditafsirkan bahawa ahli Parlimen Sabah kini dalam bersiap sedia untuk bersama Pakatan Rakyat sekiranya mereka terus dianaktirikan.

Abdul Ghafur dalam ucapan semasa menyokong titih ucapan Yang di-Pertua Agong itu memberi reaksi yang sama menjelaskan ahli Parlimen Sabah akan melakukan jika perlu untuk berbuat begitu. Namun beliau lebih apologitik bila mana meminta kerajaan Persekutuan meneliti dan mengkaji apa yang dibangkitkan.

Abdul Ghafur mengungkit soal Sabah dianaktirikan, layanan double standard dalam membawa pembangunan infrastruktur dan pendidikan. Begitu juga peruntukan tiga kerusi menteri kepada ahli Parlimen Sabah yang merupakan kerusi tidak penting sebagai penghinaan kepada rakyat Sabah.

Ia katanya berbeza dengan layan ke atas sebuah negeri di Semenanjung di mana tujuh peruntukan menteri penting diberikan. Adalah dipercayai beliau merujuk kepada Johor.

Abdul Ghafur ternyata kecewa dengan tindakan itu lantas mencabar PM agar merombak semula Kabinet dan memperuntukkan jawatan menteri penting kepada Sabah. "Kita cabar agar Kabinet dirombak dan disusun semula,” ujarnya disambut dengan tepukan meja ahli Parlimen.

Selain daripada membangkitkan isu tersebut ahli Parlimen Kalabakan itu juga meminta agar royalti minya untuk Sabah dinaikan 20 persatus daripada kadar sekarang hanya 5 peratus dan wang itu dimasukkan terus ke dalam tabung pembangunan Sabah. Cadangan itu sejajar dengan tawaran pembangkang sekiranya ahli Parlimen Sabah menyokong Pakatan Rakyat royalti minyak sebanyak 20 peratus akan diserahkan kepada Sabah.

Dalam nada mengancam Abdul Ghafur berkata tidak mustahil kalau segala permintaan dan tuntutan-tuntutan itu tidak dipenuhi, ahli Parlimen BN Sabah akan berhijrah kepada pembangkang. Dalam hubungan ini jelas beliau, mereka tidak perlu menyertai pembangkang sebaliknya boleh mencari makenisme lain misalnya menubuhkan parti baru kemudian bergabung dengan Pakatan Rakyat.

Apakah ucapan Abdul Ghafur yang tidak ada non stop meluahkan perasaan rakyat Sabah itu berupa amaran dan isyarat jelas dan terakhir kepada kerajaan BN bahawa mereka sesungguhnya sudah hiulang sabar dan sedang bersiap sedia dan memerhati perluang untuk berhijrah kepada pembangkang?

Dan apakah isyarat itu menandakan dakwaan Anwar Ibrahim kononnya ada 30 ahli MP Sabah akan menyertai Pakatan Rakyat sudah hampir tiba, dan antara mereka ialah ahli Parlimen Kalabakan (Abdul Ghafur) dan Kimanis (Hanifah Aman)?

Memerhati kepada suhu politik kini yang semakin panas dan perkembangan politik akhir-akhir ini yang sukar untuk diteka, ia memberi bayangan seolah-olah apa yang didakwa Anwar Ibrahim itu sudah hampir sangat ketibaanya?

BERITA BERKAITAN

Penulis dilahirkan di Kampung Gual Nibong, Gual Periok, Pasir Mas Kelantan pada Feb, 1960. Mendapat pendidikan dan pengalaman kewartawanan di Indonesia awal tahun 1980-an. Berkecimpung dalam dunia kewartawan/penulisan buku politik sejak lebih 20 tahun. Sehingga kini telah menghasilkan lebih 45 buah buku politik semasa. Antara buku yang menjadi sebutan "Anwar Ibrahim: Mimpi dan Realiti, "Sumpah dan Airmata Reformis Bangsa:,"Saya Mahafiraun", "Hitam Putih: Darul Arqam" dan lain-lain. Blog beliau boleh dilayari di msomelayu.blogspot.com - Pengarang

BERITA SEBELUMNYA

Ada berita besar Rabu ini

GEMPAR: Seramai 17 Ahli parlimen Barisan Nasional (BN) dikatakan hampir pasti akan menyertai pakatan pembangkang, Rabu ini.

Menurut sumber yang rapat dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang layak dipercayai, perkara itu bukan lagi perang saraf Penasihat Parti Keadilan Rakyat itu sebaliknya satu perkara akan menjadi kenyataan.

Malah menurut sumber itu, seorang ahli perniagaan dari Kuala Lumpur yang bergelar Tan Sri dikatakan terlibat di dalam urusan antara Anwar dan para Ahli Parlimen yang berkenaan.

Sumber itu berkata majoriti daripada 17 Ahli Parlimen BN yang akan menyertai pakatan pembangkang adalah dari Sabah.

Selain itu beberapa orang antaranya adalah dari semenanjung.

Sebelum ini beberapa maklumat yang diperolehi mengatakan Anwar telah mengadakan pertemuan dengan beberapa Ahli Parlimen BN termasuk seorang Presiden sebuah parti komponen BN Sabah semasa berada di Hong Kong baru-baru ini.

Anwar juga sebelum ini dilaporkan memberikan bayangan bahawa pakatan pembangkang akan membentuk kerajaan yang baru paling lewat 16 September depan bersempena dengan hari penubuhan Malaysia.

Anwar sejak pilihan raya umum lalu telah beberapa kali mengeluarkan kenyataan berhubung adanya Ahli parlimen BN yang telah menyatakan kesediaan mereka untuk menyertai beliau membentuk kerajaan baru.

Dakwaan yang dibuatnya itu menjadi bualan yang akhirnya mula dikhuatiri akan menjadi kenyataan ekoran prestasi BN yang buruk selepas pilihan raya umum ke-12 yang menyaksikan BN kehilangan majoriti dua pertiga. Agendadaily

0 comments:

Carian dalam Tau Takpe

masukkan je apa-apa yg nak dicari

Tau takpe

Blog arkib berita dari pelbagai media dan blog-blog sebagai simpanan dan rujukan pemilik blog. Segala catatan pendapat dan pandangan adalah dari sudut kacamata dan tafsiran pemilik blog ini sendiri melalui pemerhatian dan kajian berkenaan isu dan fakta yang dikumpulkan. Anda dialu-alukan memberikan pendapat dan berkongsi idea dalam memantapkan blog ini.

- OrangKita (OK) -

Video mesti tengok!!!

| Web blog Tau Takpe dipaparkan sejak 20 Mac 2008 | Copyright 2007 © template by delang[at]delang-d.blogspot.com | Paparan terbaik dengan Firefox |