+++++Blog dalam proses pembikinan semula....terima kasih... +++++++

Friday, May 30, 2008

Isyarat kuat – UMNO bergolak

Utara OnlineArtikel

Oleh UMNO-Reform

 Adakah ini tanda-tanda besar kiamat buat UMNO? Adakah UMNO sudah sampai pada waktunya lantas akan turun dari takhta politik tanah air? Dr Mahathir pengasas UMNO Baru sudah melepaskan keahliannya dan akan hanya kembali pada UMNO setelah Pak Lah meletakkan jawatannya.

Kenapa dan apakah sebab langkah itu di buat oleh Dr Mahathir? Persoalan ini akan menimbulkan seribu satu persoalan lain tanpa ada satu jawapan yang konklusif. Apa yang boleh diulas mengenai perlepasan keahlian itu adalah tindakan drastik Dr Mahathir untuk Pak Lah melepaskan jawatan. Spekulasi akan timbul dan mungkin inilah yang Dr Mahathir mahukan. Spekulasi mengenai kestabilan UMNO kala ini.

Kalau dengan melepaskan keahlian maka Dr Mahathir berharap kedudukan Pak Lah akan tergugat sehingga dia mengambil keputusan untuk melepaskan jawatan Presiden dan Perdana Menteri maka umno-reform.com percaya Mahathir lebih mengetahui. Pak Lah tidak akan melepaskan jawatannya sekarang dan tidak akan tunduk pada desakan biar UMNO diletakan dalam amaran Tsunami peringkat tertinggi. Namun sekiranya berduyun ahli UMNO bertindak untuk melepaskan keahlian dan jawatan maka keadaan itu membungakan kedudukan kritikal buat UMNO.

UMNO akan bergolak. Itu adalah impak perlepasan keahlian oleh Dr Mahathir. Keadaan itu akan meletakkan UMNO dalam keadaan yang terdesak dan ini akan memberi peluang untuk barisan pembangkang muncul untuk menjadi alternatif kepada UMNO dan Barisan Nasional yang semakin lemah. Adakah ini impak yang dimahukan?

UMNO semakin parah

UMNO akan menjadi semakin parah dan sekiranya reformasi dalam UMNO gagal dijalankan maka UMNO akan hanya tinggal kenangan. Persoalannya apa kah bentuk perubahan dan reformasi ini yang mampu dijalankan untuk mengembalikan kedudukan UMNO? Mungkin hanya ada satu cara – yakni kemunculan kepimpinan yang berani untuk mengubah dan mendesak Pak Lah untuk melepaskan jawatan atas kepentingan UMNO. Tapi siapa? Siapakah yang berani bangkit memaklumkan kepada Pak Lah bahawa sekiranya Pak Lah tidak melepaskan jawatan maka UMNO akan merudum dan terus terkubur.

Setakat ini tidak ada ura-ura akan ada yang berani ke hadapan menasihati Pak Lah mengenai isu ini. Nampaknya semua masih diam dan hanya menunggu peralihan kuasa yang tidak akan terjadi tanpa tindakan drastik ahli parti. UMNO terus dilanda malang. Kedudukan UMNO dan Barisan Nasional semakin mengecil dalam arena politik tanah air dan sekiranya ini berterusan maka tidak mustahil UMNO dan Barisan Nasional akan lenyap pada PRU 13 nanti.

Sejujurnya tindakan Mahathir akan memberi impak kuat kepada UMNO. Sokongan terhadap beliau ada dan tindakan ini pasti akan menyulitkan kerajaan memerintah khususnya UMNO dan Barisan Nasional.

Mungkin Pak Lah perlu menimbangkannya

Mungkin kedudukan UMNO yang ada hari ini memerlukan tindakan drastik Pak Lah untuk melepaskan jawatannya. Mungkin ini jalan terakhir atau mungkin ini penghujung karier politik Pak Lah. UMNO sendiri sebenarnya sudah banyak berbelah bagi dengan sokongan terhadap Pak Lah dan Mahathir. Malangnya kedudukan parah ini tidak dihiraukan oleh ahli UMNO secara serius. Ahli UMNO terus selesa dengan Barisan Nasional memegang kerajaan sungguhpun hilang 2/3 majoriti. Keadaan ini seakan tidak membimbangkan mereka kerana pada mereka kepimpinan UMNO akan menyelesaikannya. Mereka lupa bahawa penyelesaian sebaik-baiknya datang dari ahli dan ahli sepatutnya menentukan apa yang terbaik untuk UMNO dan menolak mereka yang akan menjadi liabiliti dalam UMNO.

Bagaimana?

Setakat ini kepimpinan UMNO adalah harapan untuk menyelesaikan masalah ini. Namun mungkin seorang kepimpinan dalam MT sepatutnya bangkit untuk menyuarakan kedudukan parti di bawah pemerintahan Pak Lah dan remedi yang perlu diambil segera.

Mungkin kepimpinan yang ada sekarang adalah Najib – untuk memulakan langkah berani bagi mengubah keadaan UMNO yang sedang semakin nazak. Mungkin ini satu langkah awalan yang perlu diambil oleh Najib.

Bagaimana pun ada yang menasihati, Pak Lah kaji semula dan kalau ramai antara kita ahli UMNO yang mula mendesak peletakan jawatan, maka timbanglah. UMNO semakin parah.

0 comments:

Carian dalam Tau Takpe

masukkan je apa-apa yg nak dicari

Tau takpe

Blog arkib berita dari pelbagai media dan blog-blog sebagai simpanan dan rujukan pemilik blog. Segala catatan pendapat dan pandangan adalah dari sudut kacamata dan tafsiran pemilik blog ini sendiri melalui pemerhatian dan kajian berkenaan isu dan fakta yang dikumpulkan. Anda dialu-alukan memberikan pendapat dan berkongsi idea dalam memantapkan blog ini.

- OrangKita (OK) -

Video mesti tengok!!!

| Web blog Tau Takpe dipaparkan sejak 20 Mac 2008 | Copyright 2007 © template by delang[at]delang-d.blogspot.com | Paparan terbaik dengan Firefox |