+++++Blog dalam proses pembikinan semula....terima kasih... +++++++

Wednesday, May 21, 2008

Lompat akan jatuhkan Abdullah - Dr M

Harakahdaily

Abdul Halim Mohd Rashid

Wed | May 21, 08 | 5:04:18 pm MYT



KUALA LUMPUR, 21 Mei (Hrkh) - Jika Ahli-Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) boleh melompat menjadi wakil bebas di dalam Parlimen, mereka boleh memaksa Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi meletak jawatan.

Perkara itu dibayangkan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Jika jumlah yang tinggal BN cukup untuk kurangkan penyokong kerajaan supaya tidak ada majoriti lagi, kerajaan pimpinan Abdullah akan jatuh.

"Kerajaan baru hanya boleh didirikan jika dipersetujui oleh ahli-ahli yang keluar BN, kerana mereka memiliki cukup undi untuk menentukan BN atau Pakatan yang menjadi majoriti dalam Parlimen," katanya.

Selepas itu, jika BN menggantikan Abdullah dengan orang lain yang berani, kata bekas Presiden Umno itu, kumpulan yang keluar dari BN boleh sokong BN semula dan BN akan kembali jadi kerajaan.

"Ini adalah satu cara untuk memaksa Dato Seri Abdullah letak jawatan. Kemudian semua yang lompat boleh masuk balik parti masing-masing," kata Dr Mahathir dalam blognya, chedet.com

Beliau yakin, rakyat akan kembali menyokong BN jika Abdullah tidak lagi menjadi Perdana Menteri.

"Percayalah, mereka daripada parti komponen BN yang telah sokong parti lawan (dalam) PRU 12 akan kembali sokong BN apabila Abdullah bukan lagi Perdana Menteri," katanya.

Beliau tidak kelihatan menyokong tindakan Ahli-Ahli Parlimen BN menyertai pembangkang.

"Apa akan jadi pada wakil rakyat BN yang lompat (menyertai Pakatan rakyat)? Mereka tidak akan jadi Perdana Menteri kerana sudah tentu pemimpin Pakatan akan jadi PM. Ahli-ahli Pakatan yang lain juga ingin jadi Menteri dan Timbalan Menteri.

"Berapa tempat yang tinggal pada ahli BN yang lompat? Tentu tidak semua mereka akan dapat tempat. Mereka akan terus jadi pengikut Pakatan sahaja, seperti mereka mengikut Abdullah sebelum mereka lompat," katanya.

0 comments:

Carian dalam Tau Takpe

masukkan je apa-apa yg nak dicari

Tau takpe

Blog arkib berita dari pelbagai media dan blog-blog sebagai simpanan dan rujukan pemilik blog. Segala catatan pendapat dan pandangan adalah dari sudut kacamata dan tafsiran pemilik blog ini sendiri melalui pemerhatian dan kajian berkenaan isu dan fakta yang dikumpulkan. Anda dialu-alukan memberikan pendapat dan berkongsi idea dalam memantapkan blog ini.

- OrangKita (OK) -

Video mesti tengok!!!

| Web blog Tau Takpe dipaparkan sejak 20 Mac 2008 | Copyright 2007 © template by delang[at]delang-d.blogspot.com | Paparan terbaik dengan Firefox |