+++++Blog dalam proses pembikinan semula....terima kasih... +++++++

Monday, May 12, 2008

Mahathir: Video Lingam diguna untuk 'peras ugut'

Malaysiakini

Andrew Ong & Abdul Rahim Sabri | May 11, 08 8:14pm

Mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mendakwa bahawa klip video kontroversi Lingam dibuat untuk tujuan peras ugut.

mahathir hulu langat 120408 press conferenceDr Mahathir berkata, beliau selalu tegaskan bahawa setiapkali seseorang itu membuat rakaman rahsia, niatnya ialah untuk mengugut dan beliau bimbang "kerajaan telah menjadikan percubaan memeras ugut itu, berjaya".

Mahathir menegaskan demikian apabila diminta mengulas mengenai laporan suruhanjaya diraja yang menyiasat skandal klip video Lingam, yang dikemukakan kepada Yang di-Pertuan Agong Jumaat lalu.

Kerajaan telah menubuhkan suruhanjaya tersebut tahun lalu bagi menyiasat klip video yang didakwa menunjukkan seorang peguam terkemuka, Datuk VK Lingam berbual melalui telefon, mengatur pelantikan hakim-hakim, dikatakan dengan bekas ketua hakim negara, Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim.

Klip video tersebut dirakam secara rahsia oleh Gwo Burne - anak ahli perniagaan, Loh Mui Fah. Gwo Burne menang kerusi parlimen Kelana Jaya, Selangor dalam pilihanraya umum 8 Mac lalu.

Mahathir juga mendedahkan bahawa beliau telah membaca satu petikan laporan suruhanjaya diraja itu dan mendakwa ada percubaan untuk membabitkan beliau dalam kes video Lingam.

Katanya, walaupun tiada kaitan secara langsung dengan beliau, tetapi dakwanya, jika dibaca antara baris-barisnya, ada percubaan ke a rah itu (membabitkan beliau).

Kes saman

Dr Mahathir juga mendakwa, ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sengaja mendedahkan video tersebut untuk merosakkan kredibiliti Lingam, yang kebetulan menjadi peguamnya dalam kes saman Anwar.

Bercakap kepada pemberita di Shah Alam hari ini, beliau berkata, Anwar telah "berjaya besar" merosakkan kredibiliti Lingam dan peguam itu kini tidak boleh lagi mewakilinya dalam saman fitnah RM100 juta itu.

look east forum crowdMahathir berkata satu kelemahan dalam siasatan suruhanjaya tersebut ialah kegagalan untuk membangkitkan isu Anwar ‘mengubahsuai' klip video tersebut.

Katanya, Anwar tidak mendedahkan sekaligus keseluruhan pita tersebut tetapi mendedahkannya dalam dua bahagian.

Ini, kata Dr Mahathir, mengganggu bukti dan "kita tidak tahu apa yang disembunyikannya dan pita-pita lain yang ada padanya."

Mantan perdana menteri itu berkata, ia akan digunakan kemudian untuk tujuan memeras ugut.

Kenyataan Muhyiddin


Mengenai laporan yang menyatakan kesediaan Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk bertanding jawatan presiden Umno Disember ini, Dr Mahathir menyifatkannya sebagai satu kenyataan yang berani.

Malah, katanya, ahli Umno yang lain juga sepatutnya menyuarakan pandangan mereka.

Menurut laporan akhbar The Star hari ini, Muhiyiddin turut mengkritik sistem kuota pencalonan yang mensyaratkan jumlah pencalonan yang banyak diperlukan dari 191 bahagian Umno untuk layak bertanding jawatan tinggi parti itu.

"Pemimpin Umno takut kerana sesuatu akan berlaku kepada mereka, sekiranya mereka menyuarakan pandangan mereka.Ahli Umno sepatutnya diberi ruang untuk menyatakan pandangan..

"Saya telah bercakap dengan ramai pemimpin Umno dan menyuruh mereka menyuarakan pandangan mereka kepada presiden, tetapi mereka takut. Ini adalah budaya yang tidak sihat dalam Umno ," tambahnya.

Hal inilah yang menyebabkan Umno kalah dalam pilihanraya baru-baru ini, tambahnya.

Dalam sidang media itu juga, Tun Dr Mahathir menggesa agar sambutan hari lahir umno disambut atas prinsip kenapa Umno ditubuhkan.

"Umno adalah sebuah pertubuhan yang demokratik dan presidennya sepatutnya dipilih oleh ahli-ahlinya (secara demokratik).

"Tetapi apa dapat dilihat hari ini, terdapat usaha untuk menghalang ahli untuk mengadakan mesyuarat agung luar biasa (EGM) walaupun ia sah disisi perlembagaan parti.

Ada bahagian Umno diarahkan membatalkan hasrat mereka untuk mengadakan EGM, kata Dr Mahathir ambil menambah, itu akan menjejaskan semangat demokratik dalam Umno.

0 comments:

Carian dalam Tau Takpe

masukkan je apa-apa yg nak dicari

Tau takpe

Blog arkib berita dari pelbagai media dan blog-blog sebagai simpanan dan rujukan pemilik blog. Segala catatan pendapat dan pandangan adalah dari sudut kacamata dan tafsiran pemilik blog ini sendiri melalui pemerhatian dan kajian berkenaan isu dan fakta yang dikumpulkan. Anda dialu-alukan memberikan pendapat dan berkongsi idea dalam memantapkan blog ini.

- OrangKita (OK) -

Video mesti tengok!!!

| Web blog Tau Takpe dipaparkan sejak 20 Mac 2008 | Copyright 2007 © template by delang[at]delang-d.blogspot.com | Paparan terbaik dengan Firefox |