+++++Blog dalam proses pembikinan semula....terima kasih... +++++++

Wednesday, May 7, 2008

Mercy Malaysia Hantar Misi Bantuan Ke Myanmar

Bernama

KUALA LUMPUR, 7 Mei (Bernama) -- Mercy Malaysia akan menghantar pasukan bantuan terdiri daripada empat anggota ke Yangon, Myanmar, bagi menilai keadaan di negara ini ekoran bencana taufan tropika Nargis yang mengorbankan kira-kira 15,000 nyawa manakala 41,000 lagi hilang setakat ini.

Dalam kenyataannya Selasa malam, Mercy Malaysia berkata pasukan itu yang diketuai oleh anggota jawatankuasa eksekutifnya Dr Heng Aik Cheng, akan disertai oleh Timbalan Ketua Operasi Bantuan Mercy Malaysia, Rossimah Mohamed, Pegawai Program Hafidzi Ahmad Bunian serta Ketua Komunikasi dan Kutipan Derma Shamini Darshini.

"Keadaan ini amat serius. Jumlah mereka yang meninggal dunia... dan kami nampak jumlah itu akan terus meningkat manakala perhubungan di kawasan yang terjejas semakin bertambah buruk.

"Kami harap dapat berada di sana seberapa segera bagi menyediakan bantuan yang amat diperlukan seperti tempat berlindung, air bersih, dan rawatan perubatan kecemasan.

Perkara inilah yang dapat menyelamatkan nyawa," menurut kenyataan itu.

Taufan Nargis melanda Myanmar pada 2 Mei dan mengakibatkan kemusnahan besar, manakala beribu-ribu orang kehilangan tempat tinggal.

Pasukan itu juga akan menilai jenis bantuan segera yang diperlukan. Sebagai permulaan, pasukan itu akan menghantar uncang penapisan air, ubat-ubatan, kain tarpal dan kepingan plastik untuk dijadikan khemah sementara.

Mercy Malaysia berkata ia akan membincangkan keadaan di Myanmar dan tindakan selanjutnya yang akan diambil bersama agensi kerajaan dan bukan kerajaan, di peringkat tempatan serta antarabangsa.

-- BERNAMA


0 comments:

Carian dalam Tau Takpe

masukkan je apa-apa yg nak dicari

Tau takpe

Blog arkib berita dari pelbagai media dan blog-blog sebagai simpanan dan rujukan pemilik blog. Segala catatan pendapat dan pandangan adalah dari sudut kacamata dan tafsiran pemilik blog ini sendiri melalui pemerhatian dan kajian berkenaan isu dan fakta yang dikumpulkan. Anda dialu-alukan memberikan pendapat dan berkongsi idea dalam memantapkan blog ini.

- OrangKita (OK) -

Video mesti tengok!!!

| Web blog Tau Takpe dipaparkan sejak 20 Mac 2008 | Copyright 2007 © template by delang[at]delang-d.blogspot.com | Paparan terbaik dengan Firefox |