+++++Blog dalam proses pembikinan semula....terima kasih... +++++++

Friday, May 30, 2008

MT UMNO akan putuskan kemasukan bekas anggota yang masuk semula parti - Najib

Utusan Online

30/05/2008 7:51pm

PUTRAJAYA 30 Mei — Permohonan bekas anggota Umno yang ingin menyertai semula parti hanya boleh diputuskan oleh Majlis Tertinggi, kata Timbalan Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini.

Beliau berkata keputusan menerima mereka masuk semula hanya boleh dibuat oleh MT apabila majlis itu bersidang.

"Setakat ini mereka memohon, bererti permohonan mereka itu diterima oleh ibu pejabat Umno dan ibu pejabat akan proses dan Setiausaha Agung akan bentang dalam mesyuarat Majlis Tertinggi nanti,” katanya kepada pemberita selepas menutup pertandingan sukan air peringkat kebangsaan bagi pelatih Program Latihan Khidmat Negara di Kompleks Sukan Air, di sini hari ini.

Timbalan Perdana Menteri berkata demikian ketika diminta mengulas permohonan beberapa bekas pemimpin Parti Keadilan Rakyat untuk menyertai Umno minggu ini.

Ditanya reaksi anggota Umno mengenai perkembangan terbaru itu, Najib berkata:” Ada yang akan setuju dan ada yang bangkang tapi yang penting sekali kita lihat bukan dari segi emosi tapi apakah ini menguntungkan parti atau sebaliknya”. "Kalau kita tengok parti lawan, dia boleh terima macam-macam orang masuk...

orang yang lahir di Melaka boleh jadi Ketua Menteri di negeri yang lain. Ada yang bertanding pinjam simbol pun boleh diterima...parti pembangkang buat macam-macam tak ada timbul persoalan,” katanya.

Najib berkata mengikut peraturan Umno, mereka yang dibuang dari parti boleh menyertai balik Umno hanya setelah memohon memasuki parti itu dan permohonan itu diterima oleh MT.

Ditanya kemungkinan rasa tidak puashati anggota Umno adalah disebabkan beberapa bekas pemimpin PKR itu pernah menentang Umno, beliau berkata mungkin ada yang tidak puas hati tetapi anggota Umno mesti faham bahawa sebagai sebuah parti politik, mereka mesti lihat kepada kepentingan Umno keseluruhannya.

“Memang benar suatu ketika dahulu mereka menentang kita dan mungkin mereka mengeluarkan kata-kata yang menyakiti hati ahli parti tapi mereka sekarang ini telah memberi pengakuan bahawa mereka insaf atas perbuatan mereka selama ini dan mereka sanggup untuk balik ke pangkal jalan dan menyokong Umno sebagai wadah perjuangan mereka dan menyumbang ke arah menguatkan parti dan kerajaan yang sedia ada.

“Kalau kita lihat dari sudut berasaskan kepada kepentingan parti, maka amat wajar kita terima masuk mereka dalam parti,” kata Najib.

— BERNAMA

0 comments:

Carian dalam Tau Takpe

masukkan je apa-apa yg nak dicari

Tau takpe

Blog arkib berita dari pelbagai media dan blog-blog sebagai simpanan dan rujukan pemilik blog. Segala catatan pendapat dan pandangan adalah dari sudut kacamata dan tafsiran pemilik blog ini sendiri melalui pemerhatian dan kajian berkenaan isu dan fakta yang dikumpulkan. Anda dialu-alukan memberikan pendapat dan berkongsi idea dalam memantapkan blog ini.

- OrangKita (OK) -

Video mesti tengok!!!

| Web blog Tau Takpe dipaparkan sejak 20 Mac 2008 | Copyright 2007 © template by delang[at]delang-d.blogspot.com | Paparan terbaik dengan Firefox |