+++++Blog dalam proses pembikinan semula....terima kasih... +++++++

Sunday, May 25, 2008

PAS bimbang Pulau Pisang akan jadi seperti Pulau Batu Puteh

Harakahdaily

Basiron Abdul Wahab

Sun | May 25, 08 | 12:44:32 pm MYT

TEMERLOH 25 Mei (Hrkh) - PAS Johor bimbang, sebuah lagi pulau dalam wilayah peraian Johor, iaitu Pulau Pisang akan menerima nasib sama seperti Pulau Batu Puteh iaitu jatuh negara ke tangan asing sebagaimana Pulau Batu Puteh diputuskan sebagai milik Singapura oleh Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) baru-baru ini.

Ketua Penerangan PAS Johor, Mazlan Aliman berkata, Pulau Pisang di Pontian itu mempunyai senario sama seperi Pulau Batu Puteh di mana Singapura mengawal rumah apinya semenjak ratusan tahun lalu sehingga ke hari ini.

Malah kata Mazlan, Singapura telah memperlihatkan wujudnya pentadbiran negara itu dengan membina beberapa kemudahan di situ.

Pulau Pisang juga mempunyai kedudukan strategik dan keluasanya jauh lebih besar daripada Pulau Batu Puteh.

Mazlan berkata, PAS tidak mempertikaikan keputusan ICJ dalam membuat keputusan berdasarkan asas-asas perundangan tetapi mempertikaian tingkah laku kerajaan Malaysia dalam menjaga kedaulatan wilayahnya.

Katanya, dalam isu Pulau Batu Puteh itu misalnya, Malaysia tidak memperlihatkan kesungguhan menjaga wilayahnya selama 150 tahun dengan tidak membantah tindakan Singapura membina kemudahan di situ sehingga Singapura berhujah bahawa Pulau Batu Puteh sebagai tidak bertuan. Malaysia katanya, hanya membantah selepas PAS dan NGO serta nelayan menghantar memorendom bantahan kepada kerajaan Singapura melalui wisma Putra sekitar tahun 1990 an, selepas marin negara itu didapati menghalau nelayan daripada menangkap ikan dan berlindung di pulau berkenaan.

Jelas beliau, ekaoran itu Dewan Pemuda PAS Pusat dan Johor berusaha untuk pergi ke pulau berkenaan dengan hasrat untuk memacakkan bendera Malaysia di situ sebagai tanda pulau itu adalah wilayah Malaysia tetapi hasrat PAS tidak kesampaian apabila dihalang oleh polis Malaysia.

Perdana Menteri ketika itu, Dr Mahathir Mohamad memberi alasan kononnya tindakan menghalang pemuda PAS pergi ke Pulau Batu Puteh dibuat atas semangat Asean.

Menurut Mazlan, PAS sangat bimbang selepas ini Singapura akan menggunakan kaedah sama dalam tuntutannya ke atas pulau Pisang dan jika ini berlaku, kemampuan Malaysia dalam mempertahankan Pulau Pisang sangatlah diragukan kerana kerajaan Malaysia sememangnya tidak pernah mengambil serius terhadap kedaulatan.

PAS Johor kata Mazlan, menuntut kerajaan menubuhkan suatu tribunal bagi menyiasat pasukan peguam Malaysia untuk mengenal pasti punca kekalahan memalukan dalam kes Batu Puteh, juga ingin mengetahui apakah pasukan peguam benar-benar serius atau sekadar melepaskan batuk di tangga sahaja dalam menyediakan penghujahan mereka.

PAS juga menuntut supaya Menteri Luar ketika itu, Dato� Syed Hamid Alba dan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Ghani Patail mengambil tanggung jawab penuh di atas kekalahan Malaysia dalam isu Pulau Batu Puteh dengan melepaskan jawatan masing-masing.

"Syed Hamid dan Abdul Ghani Patail wajar mengambil tanggung jawab di atas kekalahan Malaysia dengan meletakkan jawatan masing-masing," ujarnya. Mazlan mencadangkan kerajaan telus dalam isu berkenaan dengan membenarkan dokumen penghakiman ICJ setebal 81 muka surat disebarkan kepada rakyat. "Kita ingin melihat apakah hujah Hakim ICJ ketika menolak penghujahan pasukan Malaysia dalam kes berkenaan," katanya. - mns

0 comments:

Carian dalam Tau Takpe

masukkan je apa-apa yg nak dicari

Tau takpe

Blog arkib berita dari pelbagai media dan blog-blog sebagai simpanan dan rujukan pemilik blog. Segala catatan pendapat dan pandangan adalah dari sudut kacamata dan tafsiran pemilik blog ini sendiri melalui pemerhatian dan kajian berkenaan isu dan fakta yang dikumpulkan. Anda dialu-alukan memberikan pendapat dan berkongsi idea dalam memantapkan blog ini.

- OrangKita (OK) -

Video mesti tengok!!!

| Web blog Tau Takpe dipaparkan sejak 20 Mac 2008 | Copyright 2007 © template by delang[at]delang-d.blogspot.com | Paparan terbaik dengan Firefox |