+++++Blog dalam proses pembikinan semula....terima kasih... +++++++

Friday, May 30, 2008

SU Politik PM dedah kenapa Ezam sertai Umno

KLpos

Cetak E-mail
Oleh Sinar Harian
Jumaat, 30 Mei 2008

SETIAUSAHA Politik Perdana Menteri, Datuk Md Alwi Che Ahmad semalam mendedahkan kenapa bekas Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamad Ezam Mohd Nor bertindak keluar daripada parti itu dan menyertai semula UMNO.

Menurut Alwi, Ezam memberitahunya bahawa keputusan keluar daripada PKR itu kerana tidak lagi yakin dengan kepimpinan Presiden parti itu, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Katanya, Mohamad Ezam juga turut hilang keyakinan dengan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Beliau sudah tidak percaya lagi bahawa PKR yang diterajui Wan Azizah dengan dibantu Anwar Ibrahim mampu memperjuangkan nasib orang Melayu.

"Bahkan, Ezam memberitahu PKR juga sebenarnya sudah lari daripada perjuangan sebenar mereka," kata Alwi ketika dihubungi Sinar Harian semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai penyertaan bekas Mohamad Ezam yang kembali menyertai UMNO Selasa lalu.

Ahli Dewan Undangan Negeri Kok Lanas itu berkata, UMNO Kelantan menyambut baik penyertaan Mohd Ezam ke dalam parti itu.

“Ezam menyertai semula UMNO kerana yakin kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk mengembalikan integriti badan kehakiman negara dan memerangi gejala rasuah.

"Ezam juga yakin dengan perubahan yang dibawa Perdana Menteri yang membawa lebih banyak kebaikan untuk negara dan rakyat," katanya.

Alwi berkata, UMNO mengambil dasar terbuka dan menerima sesiapa yang ingin menyertainya bagi mengukuhkan kedudukan dan kekuatan parti itu.

Katanya, penyertaan daripada ahli parti yang telah keluar mahupun pemimpin parti lain amat dialu-alukan kerana ia bukan sahaja mampu menguatkan kedudukan UMNO tetapi juga meningkatkan perjuangan yang dibawa UMNO selama ini.

“UMNO menerima sesiapa sahaja yang ingin menyertai parti ini. Baik bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik mat mahupun Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa sendiri.

“Tidak ada sebarang sekatan dikenakan. Apa yang paling penting ialah perjuangan mempertahankan dan mengukuhkan kedudukan agama Islam di samping melihat bangsa Melayu dan bangsa-bangsa lain hidup bersatu padu antara satu sama lain,” katanya.

Menurut Alwi, sikap keterbukaan yang diamalkan pucuk pimpinan kini mampu memberikan keyakinan kepada rakyat.

Katanya, rakyat Sabah juga dilihat telah diberikan perhatian, pemberian subsidi terhadap petrol dan pelbagai usaha yang dilakukan kerajaan membuatkan rakyat mula menunjukkan reaksi positif.

Ezam dalam kenyataannya kelmarin berkata, perkembangan terbaru dalam pentadbiran kerajaan Barisan Nasional (BN) telah membuka hatinya untuk menyertai semula UMNO yang ditinggalkannya pada 1999.

Sebelum menyertai Parti Keadilan Nasional (sebelum PKR diwujudkan) pada 1999, Mohamad Ezam, 41, adalah Ketua UMNO Bahagian Petaling Jaya Selatan dari 1993 hingga 1996, Setiausaha Pemuda UMNO Selangor dari 1996 hingga 1998 dan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Petaling Jaya Selatan.

Beliau pernah bertugas sebagai Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan dari 1996 hingga 1998 dan merupakan fellow Institut Kajian Dasar dari 1998 hingga 2005.

0 comments:

Carian dalam Tau Takpe

masukkan je apa-apa yg nak dicari

Tau takpe

Blog arkib berita dari pelbagai media dan blog-blog sebagai simpanan dan rujukan pemilik blog. Segala catatan pendapat dan pandangan adalah dari sudut kacamata dan tafsiran pemilik blog ini sendiri melalui pemerhatian dan kajian berkenaan isu dan fakta yang dikumpulkan. Anda dialu-alukan memberikan pendapat dan berkongsi idea dalam memantapkan blog ini.

- OrangKita (OK) -

Video mesti tengok!!!

| Web blog Tau Takpe dipaparkan sejak 20 Mac 2008 | Copyright 2007 © template by delang[at]delang-d.blogspot.com | Paparan terbaik dengan Firefox |