+++++Blog dalam proses pembikinan semula....terima kasih... +++++++

Thursday, May 22, 2008

"Undi tidak yakin untuk guling BN" Anwar

KLpos

Cetak E-mail
Oleh Bloomberg
Khamis, 22 Mei 2008

PEMIMPIN Pembangkang Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata satu undian tidak yakin terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, adalah 'pilihan terbaik' untuk menggulingkan parti yang memerintah negara itu.

'Anda gunakan cara berperlembagaan untuk membuktikan sokongan majoriti dewan rakyat untuk mengetengahkan usul bagi mengalahkan perdana menteri itu,' kata Datuk Seri Anwar kepada wartawan di Singapura semalam.

Datuk Seri Abdullah, 68 tahun, kini menghadapi lebih banyak tekanan untuk meletakkan jawatan selepas parti campuran kerajaan yang dipimpin beliau, Barisan Nasional (BN), kalah teruk dalam pilihan raya umum 8 Mac lalu.

Keputusan mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad, 82 tahun, untuk keluar daripada Umno Isnin lalu adalah satu daripadanya.

Datuk Seri Anwar, yang memimpin pakatan tiga parti pembangkang utama Malaysia dan memerlukan 30 kerusi lagi dalam parlimen untuk mendapatkan kuasa majoriti, pula sedang cuba memujuk lebih ramai anggota parlimen BN menyertai Pakatan Rakyat, yang memenangi lima daripada 13 negeri dalam pilihan raya lalu.

Beliau, yang mengaku sudah memperolehi sokongan diperlukan bagi menjadi perdana menteri, bagaimanapun berkata beliau tidak akan berkhidmat dalam jawatan itu melebihi sedekad.

'Jika anda tidak dapat membawa perubahan bermakna dalam masa 10 tahun dalam jawatan, sudah tiba masanya untuk beredar,' kata Datuk Seri Anwar.

0 comments:

Carian dalam Tau Takpe

masukkan je apa-apa yg nak dicari

Tau takpe

Blog arkib berita dari pelbagai media dan blog-blog sebagai simpanan dan rujukan pemilik blog. Segala catatan pendapat dan pandangan adalah dari sudut kacamata dan tafsiran pemilik blog ini sendiri melalui pemerhatian dan kajian berkenaan isu dan fakta yang dikumpulkan. Anda dialu-alukan memberikan pendapat dan berkongsi idea dalam memantapkan blog ini.

- OrangKita (OK) -

Video mesti tengok!!!

| Web blog Tau Takpe dipaparkan sejak 20 Mac 2008 | Copyright 2007 © template by delang[at]delang-d.blogspot.com | Paparan terbaik dengan Firefox |