+++++Blog dalam proses pembikinan semula....terima kasih... +++++++

Tuesday, June 17, 2008

"Ada lima planet serupa bumi" Saintis

KLpos

Cetak E-mail
Oleh AFP
Selasa, 17 Jun 2008

PARA saintis di Eropah semalam menyatakan bahawa mereka berjaya menemui lima planet mirip bumi yang lebih besar.

Menurut mereka setiap satu planet baru itu bersaiz lima sehingga 30 kali ganda daripada Bumi.

Penemuan itu memberikan gambaran bahawa sekurang-kurangnya satu pertiga bintang mirip dengan fungsi matahari.

"Dalam tempoh setahun atau dua tahun lagi, adalah dipercayai bahawa kita akan mampu menemui planet yang mempunyai habitat yang mengelilingi bintang kecil mirip matahari," kata seorang penyelidik di Balai Cerap Geneva di Switzerland, Setphane Udry.

Beliau juga adalah anggota kumpulan yang berjaya mengesan planet Bumi super itu.

Tiga daripada lima planet Bumi super itu mengelilingi sebuah bintang yang dikenali sebagai HD 40307 dan sejauh 42 tahun cahaya, kata saintis-saintis kumpulan tersebut.

Satu tahun cahaya bersamaan dengan 9.5 trilion kilometer. Planet itu ditemui menerusi sebuah teleskop di pergunungan La Scilla di pinggir gurun Atacama, Chile.

0 comments:

Carian dalam Tau Takpe

masukkan je apa-apa yg nak dicari

Tau takpe

Blog arkib berita dari pelbagai media dan blog-blog sebagai simpanan dan rujukan pemilik blog. Segala catatan pendapat dan pandangan adalah dari sudut kacamata dan tafsiran pemilik blog ini sendiri melalui pemerhatian dan kajian berkenaan isu dan fakta yang dikumpulkan. Anda dialu-alukan memberikan pendapat dan berkongsi idea dalam memantapkan blog ini.

- OrangKita (OK) -

Video mesti tengok!!!

| Web blog Tau Takpe dipaparkan sejak 20 Mac 2008 | Copyright 2007 © template by delang[at]delang-d.blogspot.com | Paparan terbaik dengan Firefox |