+++++Blog dalam proses pembikinan semula....terima kasih... +++++++

Monday, June 2, 2008

Dr Mahathir tidak akan lepas jawatan di Petronas

Agenda Daily



Tun Dr Mahathir Mohamad kata jawatan-jawatannya seperti di Petronas dan sebagainya tidak ada kena mengena dengan UMNO.Katanya bekas Perdana Menteri Allahyarham Tun Hussein dulu adalah Pengerusi Petronas sekalipun tidak sertai UMNO (baru).

Katanya beliau sendiri tidak akan letak jawatan walau sudah keluar UMNO kecuali ' ditendang'.

Dr Mahathir berkata demikian masa jawab soalan para wartawan lepas hadiri satu forum politik di Petaling Jaya Sabtu.

Kira-kira 500 orang hadir.Diminta mengulas soal anaknya Datuk Mukhriz akan dihadapkan ke Lembaga Disiplin UMNO kerana langgar disiplin parti bertelingkah dalam akhbar,Dr Mahathir kata beliau tak percaya pada lembaga itu.

Bekas Perdana Menteri itu bagi contoh kesnya masa bertanding nak jadi perwakilan UMNO Kubang Pasu dulu.Katanya walaupun ada laporan berlaku sogokan tetapi lembaga itu kata tak ada kes.


Berikut ialah transkrip sebahagian dari soal jawab semasa sidang akhbar forum itu:


Soalan wartawan: Apakah wajar MT UMNO luluskan kemasukkan Ezam dan bekas ahli PKR kedalam UMNO?.

Dr Mahathir: Mereka dalam keadaan terdesak untuk mendapatkan sokongan, biarlah mereka terima.

Soalan wartawan: berhubung kritikan terhadap kerajaan dan keahlian beliau sebagai ahli UMNO menjejaskan jawatan Penasihat agensi kerajaan?.

Dr Mahathir: That is not related to me being UMNO member actually that was supposed given to me because in the past retired Prime Ministers would given jobs and we never took away the job even though they insist to become UMNO members, Tun Hussein was made a head of ISIS and also Petronas…and when he refused to join the UMNO (Baru) he remains there but off course as far as I concerned they want to take away this things... they are welcome…they can take away my position as Advisor…I m not dependent on that.They give me RM15,000 a months and all that and make such a hue and cry about it.I didn't asked for it in the first place, I also Advisor to Proton and Advisor to Langkawi and Tioman.


Soalan Agendaily : Mungkin soal suruh Tun letak jawatan tidak mungkin berlaku.Apakah Tun sendiri bertindak meletakkan jawatan?

Dr Mahathir :Saya tak nampak kenapa saya sendiri akan lepaskan jawatan bererti itu adalah satu option yang saya simpan, kalau saya berasa saya perlu lepaskan jawatan, saya lepas jawatan tapi saya lebih suka kalau mereka tendang saya keluar.




Soalan Agendadaily : Apakah menjadi satu kewajaran bagi seseorang yang berada dalam jawatan kerajaan mahupun badan berkaitan kerajaan berterusan mengkritik kerajaan untuk terus kekal memegang apa-apa jawatan?

Dr Mahathir: Dulu pun banyak orang kritik kerajaan walaupun mereka ada dalam kerajaan… pegawai kerajaan yang tak boleh kritik kerajaan…ahli politik boleh kritik kerajaan, itu bukan perkara yang luar biasa, kita ada hak untuk kritik kerajaan.

Kalau kita masuk dalam kerajaan cuma untuk sokong kerajaan, tak ada maknalah. Apa yang kita ada dalam kerajaan… cuma nak dapat tempat, kalau kita dalam kerajaan, kalau kerajaan buat benda yang tak betul…menjadi tanggungjawab kita untuk mengkritik supaya dibetulkan kerana kepentingan parti itu sendiri. Sekarang ini kalau kita tak bagi mereka kritik, mereka akan undi parti lawan walaupun mereka masih ahli UMNO.

Saya percaya kalau tidak ada perubahan…yang telah undi parti lawan dalam ikpilihanraya baru ini, akan kekal mengundi parti lawan, yang tak bersetuju dengan kepimpinan sekarang ini akan undi parti lawan dalam pilihanraya yang ke 13.

Dalam pilihanraya yang ke 13 ini semua ini akan mengundi parti lawan, terutama kalau parti lawan cekap, mereka mengadakan pemerintahan yang baik.

Soalan Agendadaily: Bagaimana dengan kemungkinan Lembaga Disiplin UMNO ambil tindakan terhadap Mukhriz, Zaid Ibrahim dan Tajuddin Rahman kerana bertelagah dalam secara terbuka dalam akhbar?.

Dr Mahathir :Saya tidak berapa percayai sangat dengan (Lembaga) Disiplin UMNO ni, dulu kita bagi keterangan ( kes UMNO Kubang Pasu) kepada mereka ada sogokkan wang supaya saya kalah, orang itu sendiri bagi bukti… is no case.

Jadi, itu dia nak buat apa, ikut kehendak Presiden lah kalau Presiden benci pada Mukhriz ambil tindakan kepada Mukhriz...jangan ambil tindakan pada Zaid kerana Zaid adalah ahli UMNO yang terbaik kerana disingkir dari UMNO oleh jawatankuasa itu juga dan tidak ada peluang untuk bertanding dan ada 'suspicion' dia sokong parti lawan (dalam PRU 12) itu adalah 'qualification' untuk menjadi menteri dalam kerajaan termasuk orang yang kalau ada duit dua tiga juta bawa dalam beg pergi ke Australia, untung dapat jadi menteri.

Ada seorang dari Baling jadi Timbalan Menteri…berkempen untuk parti lawan, ini semua 'qualification'…saya harus ingatkan ahli-ahli UMNO, kalau nak jadi menteri sokong parti lawan ataupun buat kerja yang tak betul.- 31/5/2008

1 comments:

Unknown said...

Kalau dah seronok pegang duit banyak... mana mungkin nak lepas begitu saja beb! Sama je dengan isu Mokhzani. Mestilah kepentingan keluarga itu penting, dalam hal ini kelaurga Tun Mahathir sendiri! Kalau betul Mokhzani letak jawatan SIC tu, sangat murni lah tindakan beliau. Baru kita tahu agaknya dia dah cukup kaya.

Carian dalam Tau Takpe

masukkan je apa-apa yg nak dicari

Tau takpe

Blog arkib berita dari pelbagai media dan blog-blog sebagai simpanan dan rujukan pemilik blog. Segala catatan pendapat dan pandangan adalah dari sudut kacamata dan tafsiran pemilik blog ini sendiri melalui pemerhatian dan kajian berkenaan isu dan fakta yang dikumpulkan. Anda dialu-alukan memberikan pendapat dan berkongsi idea dalam memantapkan blog ini.

- OrangKita (OK) -

Video mesti tengok!!!

| Web blog Tau Takpe dipaparkan sejak 20 Mac 2008 | Copyright 2007 © template by delang[at]delang-d.blogspot.com | Paparan terbaik dengan Firefox |