+++++Blog dalam proses pembikinan semula....terima kasih... +++++++

Saturday, June 28, 2008

Media Diharap Mendidik Masyarakat Dengan Membuat Laporan Yang Tepat

Buletin Online

PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh SM Noor
Saturday, 28 June 2008


The image “http://buletinonline.net/images/berita7/mediaperlubetul.jpg” cannot be displayed, because it contains errors.

Kuala Terengganu - Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu Dato’ Mustafa Ali mengharapkan pihak media memainkan peranan sebagaimana sepatutnya dan beliau menyatakan bahawa pihak media bukan hanya melaporkan (sesuatu berita atau peristiwa) namun juga berperanan sebagai mendidik (masyarakat).

Beliau juga mengucapkan berbanyak terima kasih kerana pihak wartawan dan pengamal media sudi hadir ke Majlis Media Bersama Pimpinan PAS Terengganu yang diadakan dekat sini kelmarin.

Beliau berharap hubungan baik antara pihak PAS dan wartawan berterusan dan menegaskan beliau tidak pernah menghadapi apa-apa masalah dengan pihak media.

“Saya tidak pernah nak berperang dengan wartawan, tak pernah nak berperang, tegur sekali sekala ada, memang adalah,

“memang saya boleh boleh sebut sungguh, hok saya kata tu betul sungguh, tak betulnya dia (wartawan) buat (tulis) begitu,” kata Mustafa

Sebelum itu, Dato’ Mustaffa menyarankan, wartawan perlu melaporkan sebagaimana yang dinyatakan dan adalah lebih baik bagi para wartawan tidak menyiarkan sesuatu berita itu daripada membuat laporan yang negatif.

Beliau berkata demikian ketika mengulas beberapa pendapat dan pandangan yang berupa persepsi masyarakat terhadap PAS yang telah diutarakan oleh beberapa wartawan yang hadir.

Beliau berkata persepsi yang dinyatakan tersebut, mungkin benar dan mungkin tidak benar, namun sekiranya ia dianggap benar oleh masyarakat, ia akan memberi kesan samada positif atau negatif.

Antara persepsi yang dinyatakan adalah, PAS dianggap sebagai ganas selain dilihat sebagai parti yang meninggalkan perjuangan bangsa, tidak mementingkan perpaduan Melayu dan PAS Kelantan di lihat lebih mesra rakyat daripada PAS Terengganu.

Menurut Dato’ Mustafa persepsi masyarakat yang sedmikian itu terhadap PAS berpunca dari laporan yang disiarkan oleh media terutamanya yang yang menganggap PAS adalah ganas.

”Persepsi ini lahir daripada kejadian-kejadian (yang dilaporkan), kita (PAS) boleh jawab bahawa kejadian itu siapa mula, siapa apa, dan maknanya kita bukan……...tetapi,

“oleh kerana mungkin pelaporan (reporting) yang tidak tepat maka menimbulkan persepsi yang demikian,” jelas beliau.

Beliau tidak menyalahkan para wartawan yang hadir pada majlis itu kerana persepsi sedemikian yang timbul dikalangan masyarakat.

Menurutnya wartawan yang hadir disitu bukanlah orang yang menentukan samada sesuatu berita itu disiarkan atau tidak dalam sesebuah akhbar.

”Saya kena berlaku adil dan tidak akan jadikan wartawan yang ada disini sebagai ‘punching bag’ untuk nak kata begini, begini kerana awak (wartawan yang hadir) bukan orang yang bertanggungjawab,” tambah beliau.

Namun begitu, beliau berkata pada masa-masa yang lalu, sedikit sebanyak ada juga wartawan diperingkat bawah yang melaporkan berita yang tidak tepat dan ia memang disengajakan.

Majlis Ramah Mesra Bersama Media yang diadakan kelmarin adalah julung-julung kalinya diadakan oleh PAS Terengganu memandangkan adanya perubahan pelaporan yang lebih baik dibuat oleh pihak media arus perdana selepas daripada pilihanraya umum kali ke 12 yang lalu.

Majlis tersebut telah mendapat sambutan dikalangan para wartawan yang bertugas di negeri Terengganu. Seramai 32 wartawan dan pengamal media hadir dalam majlis tersebut.

Turut hadir majlis tersebut adalah Dato’ Wan Mutalib Embong, Dato’ Ustaz Abu Bakar Chik, kedua-duanya Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu selain Setiausaha Perhubungan Haji Yahaya Ali dan Pengerusi Kelab Veteran PAS Ustaz Kassim Ahmad.

0 comments:

Carian dalam Tau Takpe

masukkan je apa-apa yg nak dicari

Tau takpe

Blog arkib berita dari pelbagai media dan blog-blog sebagai simpanan dan rujukan pemilik blog. Segala catatan pendapat dan pandangan adalah dari sudut kacamata dan tafsiran pemilik blog ini sendiri melalui pemerhatian dan kajian berkenaan isu dan fakta yang dikumpulkan. Anda dialu-alukan memberikan pendapat dan berkongsi idea dalam memantapkan blog ini.

- OrangKita (OK) -

Video mesti tengok!!!

| Web blog Tau Takpe dipaparkan sejak 20 Mac 2008 | Copyright 2007 © template by delang[at]delang-d.blogspot.com | Paparan terbaik dengan Firefox |