+++++Blog dalam proses pembikinan semula....terima kasih... +++++++

Saturday, June 28, 2008

PKR pulangkan wang penderma

Utusan Online

SEPANG 27 Jun - Wang sumbangan syarikat-syarikat swasta untuk sambutan 100 hari pentadbiran kerajaan campuran Selangor yang telah dimasukkan ke dalam akaun Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan dipulangkan semula kepada pendermanya.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, pihaknya terpaksa akur kepada peraturan yang ada demi menghormati semua pihak jika benar wang tersebut ada disalurkan ke dalam akaun PKR.

''Kita membuat keputusan, wang itu akan dipulangkan kepada mereka (syarikat-syarikat swasta) untuk menyatakan bahawa terdapat peraturan yang perlu diikuti jika benar wang itu ada disalurkan ke dalam akaun PKR.

"Dalam apa-apa yang kita lakukan kita sentiasa menghormati antara satu sama lain dalam mengendalikan amanah yang diberikan oleh rakyat," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan satu mesyuarat di Pejabat Daerah Sepang bersama Exco Kerajaan Negeri Selangor untuk membincangkan hal-hal berkaitan pembaharuan negeri itu di sini hari ini.

Khalid mengulas kekecewaan Dewan Pemuda Pas Selangor dengan tindakan penganjur sambutan itu yang memasukkan wang sumbangan syarikat-syarikat swasta untuk sambutan 100 hari tersebut ke dalam akaun PKR yang diakui sendiri oleh Menteri Besar itu.

Semalam, Gerakan Rakyat Anti Korupsi (Gerak) menegaskan bahawa pihaknya akan membuat laporan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) berhubung perkara itu sekiranya berlaku penyelewengan hasil sumbangan tersebut.

Mengulas lanjut, Khalid berkata beliau juga sedia untuk disiasat Badan Pencegah Rasuah (BPR) demi menunjukkan ketelusan dan keterbukaannya dalam memimpin Selangor.

"Pejabat Menteri Besar adalah terbuka dalam usaha menentukan ketelusan dan adanya tanggungjawab serta membuktikan tidak ada penyelewengan dalam kerja-kerja yang kita lakukan," katanya.

Bagaimanapun, Khalid berkata, PKR masih mengalu-alukan sumbangan daripada syarikat-syarikat swasta untuk menyalurkan derma kepada parti itu tetapi meminta mereka mengelakkan sebarang kontroversi.

"Lain kali dalam perkara-perkara lain kalau ada pemberian daripada mereka, kita terima tetapi kita tidak mahu ada kaitan dengan apa-apa yang kami akan lakukan di masa hadapan," katanya.

0 comments:

Carian dalam Tau Takpe

masukkan je apa-apa yg nak dicari

Tau takpe

Blog arkib berita dari pelbagai media dan blog-blog sebagai simpanan dan rujukan pemilik blog. Segala catatan pendapat dan pandangan adalah dari sudut kacamata dan tafsiran pemilik blog ini sendiri melalui pemerhatian dan kajian berkenaan isu dan fakta yang dikumpulkan. Anda dialu-alukan memberikan pendapat dan berkongsi idea dalam memantapkan blog ini.

- OrangKita (OK) -

Video mesti tengok!!!

| Web blog Tau Takpe dipaparkan sejak 20 Mac 2008 | Copyright 2007 © template by delang[at]delang-d.blogspot.com | Paparan terbaik dengan Firefox |