+++++Blog dalam proses pembikinan semula....terima kasih... +++++++

Friday, June 20, 2008

Terengganu Akan Tarik Balik Saman

Buletin Online

PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh WanKay & SM Noor
Thursday, 19 June 2008

The image “http://buletinonline.net/images/berita6/saman090301.jpg” cannot be displayed, because it contains errors.
(Gambar: Sidang media Exco kerajaan Terengganu pimpinan Pas selepas memfailkan saman 'royalti' terhadap Kerajaan Persekutuan dan Petronas)

Kuala Terengganu -Kerajaan Negeri Terengganu akan menarik balik saman terhadap kerajaan Persekutuan dan Petronas sekiranya urusan perbincangan berkaitan penyerahan kembali royalti minyak dengan kerajaan pusat selesai dan kerajaan Terengganu menerima surat rasmi penyerahan tersebut.

Menteri Besar Datuk Ahmad Said berkata demikian selepas mempengerusikan mesyuarat meingguan Exco kerajaan negeri Terengganu di Wisma Darul Iman tengahari ini.

Bayaran tunai lima peratus royalti minyak yang dianggarkan sebanyak RM1 bilion setahun ditarik balik dan dinafikan ianya sebagai ‘royalti’ pada 2000 ketika PAS memerintah Terengganu.

The image “http://buletinonline.net/images/berita6/tunsallehroyalti.jpg” cannot be displayed, because it contains errors. Kerajaan Persekutuan menggantikan bayaran tersebut dengan ‘wang ehsan’ dan mencipta ‘penipuan besar’ dengan memfitnah Allahyarham Tun Razak dengan mengatakan Allahyarham memberikan royalti kepada kerajaan Terengganu ada dasar ‘ehsan’.

(Gambar kiri : Penipuan besar terhadap Allahyaraham Tun Razak - Tun Salleh )

Sehubungan itu, kerajaan Terengganu di terajui Pas pada 8 Mac 2001 menyaman Petronas dan kerajaan Persekutuan bagi menuntut kembali hak rakyat dan kerajaan Terengganu itu.

Tuntutan Pas adalah berdasarkan perjanjian yang telah ditandtangani di antara kerajaan Terengganu dengan kerajaan Persekutuan dan juga dengan Petronas yang dibuat dibawah Akta Kemajuan Petroleum 1974.

Sabtu lepas, Perdana Menteri mengumumkan bahawa kerajaan Persekutuan bersetuju mengembalikan sepenuhnya hak pengurusan royalti minyak sebanyak lima peratus kepada kerajaan Terengganu yang ditarik balik sejak 2000.

Abdullah ketika mengumumkan keputusan itu berkata penyerahan semula royalti itu akan dibuat sebaik sahaja perincian mengenai perkara itu termasuk prosedur penyerahan ditetapkan dengan kerajaan negeri Terengganu

The image “http://buletinonline.net/images/berita6/elitbaruumnotrg.jpg” cannot be displayed, because it contains errors. Mengulas kenyataan tersebut, pada 15 Jun lalu, PAS menyatakan keraguan berkenaan dengan persetujuan Kerajaan Persekutuan untuk mengembalikan semula pengurusan wang royalti minyak Petronas yang juga dikenali sebagai Dana Khas Kerajaan Persekutuan (DKKP) kepada Terengganu.

(Gambar kanan : Elit baru UMNO Terengganu selepas era Idris)

Pesuruhjaya Pas Terengganu, Dato’ Mustafa Ali berkata, Kerajaan Pusat perlu menjelaskan pengumuman kelmarin secara mendalam mengenai maksud ‘pengurusan’ wang royalti minyak Petronas yang dikembalikan kepada kerajaan negeri, sama ada ia membawa maksud mengembalikan semula wang royalti secara muktamad dan sah ataupun menyerahkan pengurusannya sahaja.

Mengulas lanjut, Ahmad berkata kerajaan negeri akan menghantar wakil bagi mengadakan perbincangan dengan kerajaan Persekutuan terutama Menteri Kewangan Kedua Tan Sri Nor Mohamed Yakcob berhubung pengembalian wang royalti itu, dalam tempoh terdekat.

Mengenai saranan sebuah badan bukan kerajaan yang mahukan kerajaan negeri mendapatkan royalti sebanyak 20 peratus, Ahmad berkata: "Persoalan itu tidak berbangkit sama sekali sebaliknya rakyat perlu bersyukur dengan apa yang diperolehi.

0 comments:

Carian dalam Tau Takpe

masukkan je apa-apa yg nak dicari

Tau takpe

Blog arkib berita dari pelbagai media dan blog-blog sebagai simpanan dan rujukan pemilik blog. Segala catatan pendapat dan pandangan adalah dari sudut kacamata dan tafsiran pemilik blog ini sendiri melalui pemerhatian dan kajian berkenaan isu dan fakta yang dikumpulkan. Anda dialu-alukan memberikan pendapat dan berkongsi idea dalam memantapkan blog ini.

- OrangKita (OK) -

Video mesti tengok!!!

| Web blog Tau Takpe dipaparkan sejak 20 Mac 2008 | Copyright 2007 © template by delang[at]delang-d.blogspot.com | Paparan terbaik dengan Firefox |