+++++Blog dalam proses pembikinan semula....terima kasih... +++++++

Tuesday, July 8, 2008

AMK dakwa Khairy terdesak tonjol diri

Malaysiakini

Jul 8, 08 2:34pm

Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) mempertikaikan keikhlasan Naib Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin yang didakwanya semakin galak menunjukkan belang menjelang perhimpunan agung Umno.

Exco AMK, Ramlan Roes berkata ia termasuk usahanya untuk berterusan mencabar Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya bersumpah dengan menjunjung al-Quran untuk menafikan dakwaan liwat terhadap ketua umum PKR itu.

khairy jamaluddinSebaliknya, beliau menyifatkannya sebagai usaha terdesak Khairy (foto) untuk menonjolkan diri sebagai calon ketua Pemuda Umno yang berwibawa dan radikal " walhal beliau sendiri menerima undi tidak percaya di kalangan akar umbi Pemuda Umno di bahagian Rembau".

"Cabaran Khairy itu hanya memalitkan imej beliau di saat Datuk Seri Anwar sendiri telah menyatakan komitmen untuk melawan kes ciptaan Umno ini habis-habisan dan bersedia mengemukakan pembuktian dan alibi yang kukuh dan sahih," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

"Apakah beliau (Khairy juga) sanggup sama bersumpah bahawa beliau tidak terlibat dalam pelbagai dakwaan skandal penyelewengan ekonomi dan politik yang melibatkan 'tingkat 4′ pejabat perdana menteri?

"Apakah Khairy berani bersumpah bahawa beliau tidak menerima sebarang laporan perisikan tentera berkenaan kes pembunuhan mendiang Altantuya Shaariibuu?" soal Ramlan.

Justeru, Ramlan mengingatkan Khairy supaya terlebih dahulu menyahut seruan AMK sebelum ini yang menggesa Datuk Seri Najib Tun Razak, Tan Sri Musa Hassan dan Abdul Gani Patail untuk turut sama bersumpah mengikut syarat yang digariskan mengikut hukum syarak dan bukannya mencemuh dan mencela orang lain.

"AMK suka menasihatkan Khairy agar kembali ke pangkal jalan dan lebih menumpukan usaha beliau memperbaiki nasib masyarakat Rembau, daripada menonjolkan imej politik murah yang ditolak majoriti rakyat Malaysia," katanya.

0 comments:

Carian dalam Tau Takpe

masukkan je apa-apa yg nak dicari

Tau takpe

Blog arkib berita dari pelbagai media dan blog-blog sebagai simpanan dan rujukan pemilik blog. Segala catatan pendapat dan pandangan adalah dari sudut kacamata dan tafsiran pemilik blog ini sendiri melalui pemerhatian dan kajian berkenaan isu dan fakta yang dikumpulkan. Anda dialu-alukan memberikan pendapat dan berkongsi idea dalam memantapkan blog ini.

- OrangKita (OK) -

Video mesti tengok!!!

| Web blog Tau Takpe dipaparkan sejak 20 Mac 2008 | Copyright 2007 © template by delang[at]delang-d.blogspot.com | Paparan terbaik dengan Firefox |