+++++Blog dalam proses pembikinan semula....terima kasih... +++++++

Sunday, July 13, 2008

Gelombang Kebangkitan di Kota Bharu & Kota Sarang Semut

anwaribrahimblog

Perhimpunan rakyat di Kota Sarang Semut selesai sabentar tadi. Pidato Tuan Guru Ustaz Hadi dan Menteri Besar Kedah Ustaz Azizan menyangkal tohmahan kalangan yang sengaja mengungkit isu keretakan Pakatan Rakyat. Mereka mengulangi komitmen dalam rangka kerjasama dan mengingatkan umat akan kejahatan dan bahaya fitnah.

Perhimpunan di Kota Bharu pula menyaksikan kebangkitan rakyat Kelantan menuntut perubahan. Puluhan ribu rakyat bersesak untuk mendengar pidato Saifuddin Nasution, Datuk Husam, saya dan Tuan Guru Nik Abdul Aziz.

Saifuddin Nasution memberikan urutan peristiwa - dari gugatan ke atas Pakatan Rakyat, aduan terhadap Musa Hassan dan Gani Patail, kes rasuah dan pembunuhan Altantuya. Maka strategi mengalih pandangan rakyat adalah dengan merekayasa pertuduhan salahlaku seks terhadap saya. Beliau bangkitkan isu biasiswa, pejabat TPM, dan lain-lain.

Datuk Husam mengulas kisah Nabi Yusuf ‘alaihissalam, Siti ‘Aishah dengan al-ifk sebagai pengajaran. Malah dikesalkan sekali betapa pimpinan Umno-BN sanggup meneruskan fitnah keji. Beliau menggesa rakyat supaya istiqamah memperjuangkan keadilan, mempertahankan wadah Pas bersama Pakatan Rakyat.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz menggesa rakyat menolak fitnah dan muslihat Umno yang berterusan. Beliau menegaskan untuk memperkuat Pas bersama rakan-rakan Pakatan Rakyat. Saya menyentuh isu minyak, debat 15 Julai, dan mengapa perubahan kerajaan perlu disegerakan.

Seandainya rakyat umum dapat melihat lautan manusia di majlis di Kota Sarang Semut seperti juga di Kota Bharu malam semalam, mereka akan lebih mengerti maksud kemaraan rakyat!

ANWAR IBRAHIM

0 comments:

Carian dalam Tau Takpe

masukkan je apa-apa yg nak dicari

Tau takpe

Blog arkib berita dari pelbagai media dan blog-blog sebagai simpanan dan rujukan pemilik blog. Segala catatan pendapat dan pandangan adalah dari sudut kacamata dan tafsiran pemilik blog ini sendiri melalui pemerhatian dan kajian berkenaan isu dan fakta yang dikumpulkan. Anda dialu-alukan memberikan pendapat dan berkongsi idea dalam memantapkan blog ini.

- OrangKita (OK) -

Video mesti tengok!!!

| Web blog Tau Takpe dipaparkan sejak 20 Mac 2008 | Copyright 2007 © template by delang[at]delang-d.blogspot.com | Paparan terbaik dengan Firefox |