+++++Blog dalam proses pembikinan semula....terima kasih... +++++++

Tuesday, July 8, 2008

Polis: Bala mungkin di luar negara

Malaysiakini

Jul 8, 08 3:35pm

Polis tidak menolak kemungkinan penyiasat persendirian, P Balasubramaniam, yang terbabit dalam kontroversi akuan bersumpah
kes pembunuhan rakyat Mongolia Altantuya Shaaribu, kini berada di luar negara.

p balasubramaniam private investigator altantuya murder casePengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Mohd Bakri Zinin berkata pihaknya telah memaklumkan kepada Interpol selain membuat pemantuan di pintu-pintu masuk dan keluar negara ini bagi mengesan Balasubramaniam (foto).

"Pihak polis masih mencari dan juga ingin mengambil percakapan beliau terutamanya dengan akuan bersumpah yang telah dibuat baru-baru ini.

"Setakat ini kita telah maklumkan kepada Interpol dan juga pihak-pihak berkuasa di pintu masuk dan keluar di Malaysia untuk mengesan orang yang berkenaan," katanya ketika ditemui
pemberita di Kuantan hari ini.

Menurut laporan Bernama, Mohd Bakri berkata pada masa ini pihaknya akan cuba mendapatkan keterangan dari individu-individu yang terakhir berjumpa dengan penyiasat persendirian itu.

Bagaimanapun, beliau berkata, pihaknya tidak berniat memberi tekanan kepada Balasubramaniam sebaliknya hanya ingin menjalankan siasatan dengan kadar segera.

Minta kerjasama

Malah, katanya, pihak polis akan memberikan jaminan keselamatan ke atas beliau seperti yang dilakukan terhadap bekas pembantu peribadi ketua umum PKR, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

"Kalau dia takut, dia boleh datang dengan peguam dan kalau sekiranya dia mohon (jaminan keselamatan), kita akan beri sepenuh kerjasama untuk memberi kawalan keselamatan," katanya.

Ditanya mengenai dakwaan anak saudara penyiasat persendirian itu, R. Sega yang tidak menolak kemungkinan bapa saudaranya itu disembunyikan seseorang, Mohd Bakri enggan mengulas namun menegaskan pihaknya tidak akan menyiasat andaian.

Sementara itu, mengulas mengenai perkembangan siasatan kes dakwaan liwat melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mohd Bakri berkata pihaknya telah merakamkan percakapan 18 saksi termasuk para doktor yang membuat pemeriksaan terhadap Mohd Saiful dan menjangkakan lebih ramai individu akan dipanggil memberi keterangan.

Ditanya sama ada pihaknya akan memanggil Anwar, Mohd Bakri berkata "Kita perlu mengambil keterangan dulu daripada saksi-saksi...kita tengok, kita kaji dan kemudian kita akan ambil tindakan sama (terhadap Anwar)."

Beliau juga memohon agar individu yang terbabit untuk tampil memberi keterangan tanpa perlu memaksa pihaknya mengambil tindakan mengikut Seksyen 111 Kanun Acara Jenayah.

2 comments:

Unknown said...

Baguslah jika biarkan kes ini selesai disiasat oleh pihak polis. Biar siasatan dijalankan tanpa pengaruh dari mana-mana pihak.
Kepada Encik Bala, beri lah kerjasama seperti mana yang dilakukan oleh Encik Saiful. Jangan pula pergi melarikan diri dan bersembunyi. Satu negara sedang menantikan siapakah yang dok mengugut Encik Bala ni.

Sang Pemantau said...

Saudara Haslim....
Tau Takpe.....:)

Carian dalam Tau Takpe

masukkan je apa-apa yg nak dicari

Tau takpe

Blog arkib berita dari pelbagai media dan blog-blog sebagai simpanan dan rujukan pemilik blog. Segala catatan pendapat dan pandangan adalah dari sudut kacamata dan tafsiran pemilik blog ini sendiri melalui pemerhatian dan kajian berkenaan isu dan fakta yang dikumpulkan. Anda dialu-alukan memberikan pendapat dan berkongsi idea dalam memantapkan blog ini.

- OrangKita (OK) -

Video mesti tengok!!!

| Web blog Tau Takpe dipaparkan sejak 20 Mac 2008 | Copyright 2007 © template by delang[at]delang-d.blogspot.com | Paparan terbaik dengan Firefox |