+++++Blog dalam proses pembikinan semula....terima kasih... +++++++

Tuesday, July 1, 2008

'Tiada apa lagi yang perlu saya katakan' - Rosmah

Mstar Online

01-07-2008 05:37:03 PM

(Mutakhir): KUALA LUMPUR: Datin Seri Rosmah Mansor (gambar), isteri Timbalan Perdana Menteri hari ini berkata, beliau tidak bersalah terhadap dakwaan yang dilemparkan terhadap dirinya berkaitan satu kes bunuh dalam akuan berkanun yang dibuat seorang pengendali laman blog.

Katanya, tiada apa lagi yang perlu dikatakan kerana beliau telah memberikan keterangan kepada polis.

"Tiada apa lagi yang perlu saya katakan. Saya telah memberikan kenyataan saya kepada polis. Itu sahaja," kata beliau semasa diminta mengulas dakwaan itu oleh pemberita selepas beliau merasmikan Persidangan Penerbitan Buku Kanakkanak Asia Pasifik 2008, di sini.

Pengendali blog Malaysia-Today Raja Petra Kamarudin, dalam akuan berkanun yang disiarkan dalam laman webnya barubaru ini, mendakwa Rosmah merupakan antara tiga individu yang berada di tempat kejadian apabila mayat wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu, diletupkan dengan bahan letupan pada 19 Oktober 2006.

Berikutan penyiaran dakwaan itu, satu pasukan penyiasatan khas dari ibu pejabat polis persekutuan di Bukit Aman merakamkan kenyataan daripada Rosmah di kediamannya.

Ditanya sama ada beliau akan menyaman Raja Petra bagi fitnah itu, Rosmah berkata, beliau tidak mahu menumpukan pada isu-isu yang tidak perlu kerana beliau mempunyai banyak perkara lain yang perlu dilakukan demi rakyat dan negara.

"Ia tidak penting. Jika (anda) tidak bersalah, kenapa perlu (anda) tumpukan pada semua dakwaan itu. Saya bukan seorang ahli politik. Saya hanya isteri kepada ahli politik," katanya.

Raja Petra menamakan dua lagi individu yang turut berada di tempat kejadian bunuh berkenaan iaitu Pemangku Kolonel Aziz Buyong, yang beliau katakan sebagai pakar bahan letupan C4, dan isteri Aziz, Norhayati, yang beliau katakan ialah pembantu khas (ADC) Rosmah.

Rosmah menjelaskan bahawa Norhayati bukan ADC beliau.

"Norhayati ialah pegawai yang melakukan semua program saya, dan kini beliau tidak lagi bekerja dengan saya. Beliau telah dinaikkan pangkat dan kembali bertugas di Kementerian Pertahanan," katanya. BERNAMA

0 comments:

Carian dalam Tau Takpe

masukkan je apa-apa yg nak dicari

Tau takpe

Blog arkib berita dari pelbagai media dan blog-blog sebagai simpanan dan rujukan pemilik blog. Segala catatan pendapat dan pandangan adalah dari sudut kacamata dan tafsiran pemilik blog ini sendiri melalui pemerhatian dan kajian berkenaan isu dan fakta yang dikumpulkan. Anda dialu-alukan memberikan pendapat dan berkongsi idea dalam memantapkan blog ini.

- OrangKita (OK) -

Video mesti tengok!!!

| Web blog Tau Takpe dipaparkan sejak 20 Mac 2008 | Copyright 2007 © template by delang[at]delang-d.blogspot.com | Paparan terbaik dengan Firefox |