+++++Blog dalam proses pembikinan semula....terima kasih... +++++++

Thursday, August 7, 2008

Dihadap ke mahkamah: Peluang Anwar dapat simpati rakyat lebih cerah

Harakahdaily

Salmah Mat Husain

Wed | Aug 06, 08 | 8:06:48 pm MYT

KOTA BHARU, 6 Ogos (Hrkh) - Peluang Dato' Seri Anwar Ibrahim memenangi pilihan raya kecil Permatang Pauh pada 26 Ogos ini lebih besar sekiranya beliau tidak dibenarkan ikat jamin pada sebutan kesnya di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pagi esok.

Beliau dihadap ke mahkamah berhubung kes dakwaan liwat yang dibuat bekas pembantunya, Saiful Bahari Azlan pada 28 Jun lalu.

Naib Presiden PAS, Dato' Husam Musa berkata, sekiranya Anwar tidak diberi peluang dijamin, Pakatan Rakyat akan memastikan beliau menang lebih besar pada pilihan raya itu.

"Sebaliknya kalau diberi peluang dijamin tiada sesuatu yang akan terjejas bagi membolehkan beliau bergerak bebas di Permatang Pauh.

"Namun kalau tidak pula boleh dijamin, undinya kemungkinan besar akan bertambah kerana beliau akan mendapat undi simpati rakyat.

"Peristiwa ini pernah berlaku ke atas Pak Nik Lah (Nik Abdullah Arshad), di mana dia tidak dapat hadir pada penamaan calon, dan hanya diedarkan songkoknya sahaja," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Exco di sini, hari ini.

Oleh itu kata beliau cara yang sama kemungkinan besar akan berlaku sekiranya Anwar tidak dapat dijamin. ���

"Diharap Datuk Seri Anwar dapat dijamin esok, jika tidak kita akan menggunakan songkok yang beliau pakai untuk kempen dalam pilihan raya kecil itu nanti,� katanya.

Husam juga berkata, sekiranya Ketua Umum KeADILan itu menang kes di mahkamah, kemenangan di mahkamah rakyat lebih bermakna lagi.

Beliau juga melihat ada kesilapan berlaku di pihak kerajaan untuk terus mengambil tindakan undang-undang terhadap Anwar.

Husam yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan berkata, Badan Perhubungan PAS Negeri akan menghantar anggota parlimen Kota Bharu, Dato' Wan Abdul Rahim Wan Abdullah meninjau perkembangan awal di Permatang Pauh.

"Kita akan mengatur strategi untuk membantu kempen calon Pakatan di Permatang Pauh.

"Kita juga berharap semua sayap parti Dewan Ulamak, Dewan Muslimat dan Pemuda turut membantu," ujarnya.

Beliau juga berkata, biar pun penamaan calon berlaku ketika muktamar PAS belum berakhir, namun ia tidak akan mengganggu perjalanan muktamar.

Beliau juga berkata, Umno dan Barisan Nasional (BN) tidak perlu meletakkan calon mereka pada pilihan raya itu memandangkan Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan, Tan Sri Annuar Musa berpendapat BN akan menemui laluan sukar untuk memenangi pilihan raya itu.

"Saya bersetuju kenyataan Tan Sri Annuar baru-baru ini, di mana katanya ada tiga sebab BN tidak perlu mengambil bahagian untuk bertanding," ujarnya.

Baru-baru ini, Annuar dilaporkan berkata, ada tiga sebab BN perlu boikot pilihan raya itu, pertama bagi mengelak kerugian wang rakyat, kedua BN tidak mengikut strategi Anwar dan pilihan raya tidak kecil tidak perlu diadakan kerana semuanya dalam keadaan baik.

Sehubungan itu, Husam mencadangkan Majlis Tertinggi Umno menimbang cadangan Annuar kerana ia begitu munasabah berdasarkan situasi sekarang bagi memberi laluan mudah kepada Anwar.

"Ini kerana Datuk Seri Anwar begitu penting untuk membantu negara dalam menghadapi beberapa masalah yang berlaku antaranya ekonomi, hubungan kaum dan hilang kepercayaan masyarakat terhadap institusi kehakiman.

"Kenapa kita perlu menghalang orang sepertinya untuk masuk dalam Parlimen bagi membela rakyat," ujarnya. - mj _

1 comments:

Unknown said...

Anwar telah dibebaskan ikat jamin sebanyak RM20,000 dan passportnya tidak di tahan.walaupun beliau di tahan atau tak,kemungkinan untuk beliau menang di Permatang Pauh amat tinggi.

cuma ada beberapa perkara yang masih menjadi persoalan.adakah beliau akan mendapat jumlah undi yang lebih banyak dari isteri beliau sebelum ini?.sekiranya beliau menang adakah Permatang Pauh akan lebih aman dan maju?kerana semasa Wan Azizah menjadi ahli parlimen di Permatang Pauh kadar jenayah agak tinggi.manakala siapa pula calon yang bakal bertanding menentang Anwar nanti?

Carian dalam Tau Takpe

masukkan je apa-apa yg nak dicari

Tau takpe

Blog arkib berita dari pelbagai media dan blog-blog sebagai simpanan dan rujukan pemilik blog. Segala catatan pendapat dan pandangan adalah dari sudut kacamata dan tafsiran pemilik blog ini sendiri melalui pemerhatian dan kajian berkenaan isu dan fakta yang dikumpulkan. Anda dialu-alukan memberikan pendapat dan berkongsi idea dalam memantapkan blog ini.

- OrangKita (OK) -

Video mesti tengok!!!

| Web blog Tau Takpe dipaparkan sejak 20 Mac 2008 | Copyright 2007 © template by delang[at]delang-d.blogspot.com | Paparan terbaik dengan Firefox |