+++++Blog dalam proses pembikinan semula....terima kasih... +++++++

Saturday, August 2, 2008

Liwat: Pendedahan terbaru Saiful, ucap Anwar selamat bertanding

Mstar Online

02-08-2008 10:13:02 PM
Oleh G. MANIMARAN

(Mutakhir) KUALA LUMPUR: Sambil mengucapkan "selamat bertanding" kepada bekas bosnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim di kerusi Permatang Pauh, Mohd Saiful Bukhari Azlan (gambar) yang mendakwa diliwat oleh bekas Timbalan Perdana Menteri mendedahkan beberapa perkara baru - antara lain dia pernah keluar bersamanya tiga kali sejak Mei lalu.

Malah Saiful, 23, mendakwa sepanjang tempoh perkhidmatan dia pernah diberikan beberapa tanggungjawab oleh bekas majikannya, termasuk mengatur pertemuan sulit antara Anwar dengan Ahli Parlimen yang ingin melompat parti.

Dalam tulisannya itu, Saiful turut mendedahkan bahawa tugasan serta tanggungjawabnya ialah membantu Ketua Staf Anwar, Ibrahim Yaackob.

"Di sini, ingin saya terangkan tugas-tugas saya sebagai seorang coffee boy... membantu Ibrahim Yaacob iaitu Ketua Staf menguruskan jadual DSAI (Datuk Seri Anwar Ibrahim).

"Mengatur pertemuan sulit (sebagai contoh Ahli Parlimen yang hendak melompat parti, mesyuarat di Kondo Desa Damansara milik Encik Hassanudin yang juga seorang ahli/ketua cawangan PAS.

"Mengiringi DSAI ke Hong Kong awal Mei 2008, Bangkok hujung Mei 2008 dan Singapura 16 dan 18 Jun 2008," kata Saiful menerusi tulisan terbaru dalam blognya http://mohdsaifulbukhari.blogspot.com.

Blog ini dimulakan bulan lalu.

Tulisan kali ini yang bersifat mendedahkan "butiran mendalam" bertajuk "Tugas-tugas seorang bekas Coffee Boy kepada DSAI".

Dia menulis perkara selanjutnya akan didedahkan di mahkamah.

"Selanjutnya saya akan bongkar di mahkamah nanti. Diharap bersabar," katanya.

"Terpulang kepada pembaca untuk percaya atau tidak... atau cuba minta DSAI (Anwar) jelaskan sendiri sama ada benar atau tidak," katanya.

Saiful berkata, beliau berdoa agar Pejabat Peguam Negara dapat mengendalikan kes ini kerana mahu mendapatkan keadilan.

Dia juga menyentuh pendiriannya untuk bersumpah membuktikan kebenaran pihaknya.

"Buat saudara saudari sekalian, seperti yang dijanjikan saya akan melakukan sumpah dalam masa terdekat memandangkan siasatan kes saya ini seperti yang dimaklumkan telah pun selesai," katanya.

Baru-baru ini Saiful menerusi peguamnya Zamri Idrus berkata, dia akan membuat akuan bersumpah menggunakan al-Quran kerana siasatan polis terhadap kes liwat itu selesai.

Semalam, Zamri mengesahkan kepada mStar Online bahawa persiapan sedang dilakukan untuk menguruskan majlis itu.

Pada 28 Jun lalu, Saiful membuat laporan polis dengan mendakwa Anwar meliwatnya beberapa kali, termasuk kali terakhir di sebuah kondominium di Damansara dua hari sebelum laporan polis itu dibuat.

Dia kini dikatakan berada dalam perlindungan polis dan tidak pernah muncul di umum sejak itu kecuali dirakamkan pergerakannya ketika hadir di Ibu Pejabat Polis Brickfields.

Kelmarin, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar berkata, siasatan dakwaan itu telah selesai dan sudah dikemukakan kepada Peguam Negara untuk tindakan susulan.

0 comments:

Carian dalam Tau Takpe

masukkan je apa-apa yg nak dicari

Tau takpe

Blog arkib berita dari pelbagai media dan blog-blog sebagai simpanan dan rujukan pemilik blog. Segala catatan pendapat dan pandangan adalah dari sudut kacamata dan tafsiran pemilik blog ini sendiri melalui pemerhatian dan kajian berkenaan isu dan fakta yang dikumpulkan. Anda dialu-alukan memberikan pendapat dan berkongsi idea dalam memantapkan blog ini.

- OrangKita (OK) -

Video mesti tengok!!!

| Web blog Tau Takpe dipaparkan sejak 20 Mac 2008 | Copyright 2007 © template by delang[at]delang-d.blogspot.com | Paparan terbaik dengan Firefox |