+++++Blog dalam proses pembikinan semula....terima kasih... +++++++

Wednesday, September 10, 2008

Kes Anwar, campurtangan Gani Patail dipertikai

Harakahdaily

Irwan Muhammad Zain | Foto Wan Zahari Wan Salleh
Wed | Sep 10, 08 | 12:12:46 pm MYT

KUALA LUMPUR, 10 Sept (Hrkh) - Pasukan peguam Dato' Seri Anwar Ibrahim membantah perintah yang ditandatangani Peguam Negara untuk memindahkan kes tersebut ke Mahkamah Tinggi.

Pihak pendakwa telah mengemukakan perintah untuk memindahkan kes tersebut ke Mahkamah Tinggi.

Bagaimanapun perintah yang ditandatangani Tan Sri Abdul Gani Patail dipertikaikan kerana Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi sebelum ini memberi jaminan, Peguam Negara dan Ketua Polis Negara tidak akan terbabit secara langsung dalam kes liwat terhadap Anwar.

Selain itu Abdul Gani dan Tan Sri Musa Hassan sedang menghadapi siasatan terhadap laporan polis yang dibuat oleh Anwar berhubung membuat bukti palsu dalam kes-kes terhadap beliau 10 tahun yang lalu.

Pasukan Peguam Anwar turut mempertikaikan perintah tersebut yang didakwa ditandatangani oleh Abdul Gani bertarikh hari ini.

ImageHakim Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, SM Komathy Suppiah kemudiannya menangguhkan kes kepada 24 September depan.

Anwar dihadapkan di mahkamah yang sama pada 7 Ogos lalu atas tuduhan tersebut.

Hakim SM Komathy membenarkan Anwar dibebaskan dengan bon peribadi sebanyak RM20,000 tanpa penjamin.

Beliau juga menetapkan kes itu disebut pada hari ini.

Jika disabitkan kesalahan bawah Seksyen 377B Kanun Keseksaan, Anwar boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.

Pihak polis telah meningkatkan kawalan di Kompleks Mahkamah Jalan Duta. Sekurang-kurangnya lima trak Unit Simpanan Persekutuan (FRU) ditempat di situ.

Para wartawan pula diminta mendaftarkan di tiga tempat sebelum dibenarkan masuk ke kamar mahkamah untuk mengikuti kes Anwar. - mks.

1 comments:

Unknown said...

Ada kewajarannya juga camprtangan Gani Pattail dalam kes Anwar dipertikai kerana sebelum ini Pak lah telah memberi jaminan bahawa dalam kes ini tiada penglibatan secara langsung oleh Gani Patail dan Musa Hassan.. Apa pun mungkin ada sebab tertentu yang menyebabkan Gani Pattail terpaksa campur tangan dalam kes kali ini. Kita tak boleh buat sebarang andaian. Kita dengar jelah nanti kenyataan daripada pihak yang tersebut...

Carian dalam Tau Takpe

masukkan je apa-apa yg nak dicari

Tau takpe

Blog arkib berita dari pelbagai media dan blog-blog sebagai simpanan dan rujukan pemilik blog. Segala catatan pendapat dan pandangan adalah dari sudut kacamata dan tafsiran pemilik blog ini sendiri melalui pemerhatian dan kajian berkenaan isu dan fakta yang dikumpulkan. Anda dialu-alukan memberikan pendapat dan berkongsi idea dalam memantapkan blog ini.

- OrangKita (OK) -

Video mesti tengok!!!

| Web blog Tau Takpe dipaparkan sejak 20 Mac 2008 | Copyright 2007 © template by delang[at]delang-d.blogspot.com | Paparan terbaik dengan Firefox |