+++++Blog dalam proses pembikinan semula....terima kasih... +++++++

Wednesday, September 10, 2008

Negeri Sembilan akan bubar DUN

Utusan Online

SEREMBAN 9 Sept. - Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, beliau akan membubarkan Dewan Undangan Negeri jika terdapat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) melompat parti hingga membolehkan pembangkang menguasai negeri berkenaan.

Menurut Mohamad, tindakan itu diambil kerana beliau yakin Barisan Nasional (BN) mampu memperoleh lebih banyak kerusi jika pilihan raya diadakan.

"Jika ini berlaku, saya akan bertindak membubarkan Dewan Undangan Negeri dan saya yakin lebih banyak kerusi yang akan kita dapat kerana saya rasa rakyat sudah mula bosan dengan permainan pembangkang.

"Kita percaya tiga kerusi UMNO yang tewas kepada pembangkang di Paroi, Sikamat dan Ampangan akan dirampas semula," kata beliau di sini hari ini.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Penyampaian Dividen Rancangan Tanaman Baru Berkelompok (RTBB) serta program khas RISDA negeri di sini hari ini.

Hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Luar Bandar, Hal Ehwal Pengguna dan Kemudahan Awam negeri, Datuk Hasim Rusdi dan Timbalan Ketua Pengarah RISDA (Pengurusan dan Korporat), Wan Mohamad Zuki Mohamad.

Mohamad bagaimanapun yakin ADUN BN tidak mudah untuk dibeli oleh pembangkang.

Mohamad berkata, beliau optimis kerajaan BN yang ada pada hari ini cukup kukuh untuk mentadbir negeri dan negara serta tidak akan termakan sebarang hasutan walaupun dijanjikan imbuhan yang tinggi.

"Saya tidak fikir ada ADUN di negeri ini yang akan melompat dalam parti pembangkang atau dibeli. Berdasarkan maklumat, saya dengar ada yang ditawar dengan 'harga' yang begitu mahal," katanya.

Mohamad yang juga Pengerusi BN negeri menjelaskan, kerangka kerja BN peringkat akar umbi telah kembali digerakkan dan diperkemaskan melalui kewujudan Pusat Khidmat BN di semua kawasan termasuk yang dikuasai pembangkang.

Pada majlis itu, seramai 1,702 orang peserta RTBB menerima dividen berjumlah RM4.6 juta manakala 2,162 orang peserta TSK menerima dividen berjumlah RM4.1 juta. Purata setiap peserta menerima RM2,954.57.

Pada majlis yang sama, Risda turut memberi zakat kepada 50 orang fakir miskin yang telah ditentukan oleh Majlis Agama Islam Negeri Sembilan.

Pembayaran zakat sejumlah RM10,000 ini adalah sumbangan anak-anak syarikat Risda iaitu pada kadar RM200 seorang.

0 comments:

Carian dalam Tau Takpe

masukkan je apa-apa yg nak dicari

Tau takpe

Blog arkib berita dari pelbagai media dan blog-blog sebagai simpanan dan rujukan pemilik blog. Segala catatan pendapat dan pandangan adalah dari sudut kacamata dan tafsiran pemilik blog ini sendiri melalui pemerhatian dan kajian berkenaan isu dan fakta yang dikumpulkan. Anda dialu-alukan memberikan pendapat dan berkongsi idea dalam memantapkan blog ini.

- OrangKita (OK) -

Video mesti tengok!!!

| Web blog Tau Takpe dipaparkan sejak 20 Mac 2008 | Copyright 2007 © template by delang[at]delang-d.blogspot.com | Paparan terbaik dengan Firefox |