+++++Blog dalam proses pembikinan semula....terima kasih... +++++++

Saturday, September 6, 2008

Perancangan berjalan lancar


matsamankati



Tinggal sepuluh hari lagi tetapi Anwar Ibrahim menyatakan keyakinanya untuk menumbangkan kerajaan pada 16 September akan menjadi kenyataan.

Beliau yakin akan mendapat sokongan sekurang-kurangnya 30 Ahli Parlimen dari Barisan Nasional – jumlah yang diperlukan untuk menumbangkan kerajaan Abdullah Ahmad Badawi.

Bercakap kepada pemberita selepas satu mesyuarat dengan sekumpulan ahli pemikir diJakarta, beliau memberitahu terdapat respons yang positif dikalangan Ahli Parlimen. “Kita melihat beberapa perkembangan positif tetapi kita juga telah melihat beberapa tindakan terdesak yang dibuat oleh kerajaan , ancaman dan penggunaan institusi kerajaan untuk menghalang mereka.”

Kerajaan Malaysia telah memaksa Ahli-ahli Parlimen untuk mengikuti satu lawatan keluar negara untuk menghalang Anwar daripada mengambil alih pada 16 September.

Mungkin kita terpaksa melakukannya pada 17 September. Kata Anwar.

Ditanya adakah beliau datang keJakarta untuk menemui mereka yang akan melompat menyertainya, Anwar berkata, “Saya tak mahu komen mengenai hal itu tetapi saya katakan lawatan ini amat baik.”

1 comments:

Unknown said...

Saya tak nampak pun lawatan tersebut sebagai menghalang MP BN untuk lompat ke PR. Ini adalah kerana hanya 49 MP saja yang pergi dan masih ramai lagi MP yang tinggal. Lawatan tersebut juga bukan paksaan. Jika benar ada antara mereka yang mahu melompat parti, mereka boleh tolak lawatan itu. Sekarang jelaslah bahawa Anwar semakin gusar dengan cita-cita beliau untuk menubuhkan kerajaan baru...

Carian dalam Tau Takpe

masukkan je apa-apa yg nak dicari

Tau takpe

Blog arkib berita dari pelbagai media dan blog-blog sebagai simpanan dan rujukan pemilik blog. Segala catatan pendapat dan pandangan adalah dari sudut kacamata dan tafsiran pemilik blog ini sendiri melalui pemerhatian dan kajian berkenaan isu dan fakta yang dikumpulkan. Anda dialu-alukan memberikan pendapat dan berkongsi idea dalam memantapkan blog ini.

- OrangKita (OK) -

Video mesti tengok!!!

| Web blog Tau Takpe dipaparkan sejak 20 Mac 2008 | Copyright 2007 © template by delang[at]delang-d.blogspot.com | Paparan terbaik dengan Firefox |