+++++Blog dalam proses pembikinan semula....terima kasih... +++++++

Wednesday, November 12, 2008

Eurocopter: Kit Siang mahu laporan siasatan PAC diserah Isnin

Mstar Online

KUALA LUMPUR: Penasihat DAP, Lim Kit Siang mahu Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara, Datuk Seri Azmi Khalid supaya mengotakan janjinya untuk menyerahkan laporan siasatan berhubung isu pembelian Eurocopter EC-725 kepada Dewan Rakyat selewat-lewatnya Isnin depan.

"Azmi telah berjanji semalam untuk serahkan laporan tersebut dalam masa dua atau tiga hari... jadi saya harapkan laporan itu dapat dibentangkan pada hari Isnin minggu hadapan.

"Jika Azmi gagal berbuat demikian, beliau perlu menjelaskan sebabnya kerana beliau telah berjanji di Dewan dan juga di luar Dewan," katanya dalam sidang media hari ini.

Semalam Azmi memberi jaminan bahawa laporan siasatan tersebut akan siap dalam masa beberapa hari.

Alasan yang diberikan Azmi atas kelewatan menyerahkan laporan itu ialah ia dibuat dalam bentuk verbatim (sama seperti yang dicakapkan) mengikut kaedah yang diguna pakai dalam persidangan Dewan Rakyat.

Jelas Lim, laporan siasatan pembelian Eurocopter bernilai RM1.6 bilion itu perlu dibentangkan segera ke Dewan Rakyat untuk dibahaskan.

Lim berkata, tiada pertelingkahan antara beliau dan Pengerusi PAC itu, sebaliknya hanya mahu mandat yang diberikan kepada PAC dapat dilaksanakan dengan baik bagi mengelakkan penyalahgunakan wang rakyat.

Beliau menbuat kenyataan demikian bagi menjelaskan ketegangan yang berlaku semasa sesi perbahasan Dewan Rakyat semalam apabila beliau mendesak supaya PAC menyerahkan laporan siasatan itu secepat mungkin dan turut menggesa supaya Azmi meletakkan jawatan sebagai pengerusi jawatankuasa tersebut kerana didakwa gagal menjalankan tugas dengan sempurna.

Malah, beliau turut menawarkan bantuan yang diperlukan kepada PAC bagi memastikan siasatan yang dibuat dapat dijalankan dengan berkesan.

"Saya juga sentiasa bersedia untuk membantu mereka membuat siasatan malah ada mengemukakan beberapa cadangan kepada PAC untuk dijadikan panduan yang perlu diberi perhatian dalam siasatan mereka," katanya.

Tambah Lim, PAC juga perlu mendapatkan pandangan semua pihak termasuk daripada syarikat-syarikat pengeluar helikopter, pengendali helikopter Nuri dan juga bekas juruterbangnya.

0 comments:

Carian dalam Tau Takpe

masukkan je apa-apa yg nak dicari

Tau takpe

Blog arkib berita dari pelbagai media dan blog-blog sebagai simpanan dan rujukan pemilik blog. Segala catatan pendapat dan pandangan adalah dari sudut kacamata dan tafsiran pemilik blog ini sendiri melalui pemerhatian dan kajian berkenaan isu dan fakta yang dikumpulkan. Anda dialu-alukan memberikan pendapat dan berkongsi idea dalam memantapkan blog ini.

- OrangKita (OK) -

Video mesti tengok!!!

| Web blog Tau Takpe dipaparkan sejak 20 Mac 2008 | Copyright 2007 © template by delang[at]delang-d.blogspot.com | Paparan terbaik dengan Firefox |