+++++Blog dalam proses pembikinan semula....terima kasih... +++++++

Wednesday, November 12, 2008

Menteri: Sajak Kematian tidak wajar

Malaysiakini

Nov 11, 08 5:25pm

Kementerian Pelajaran akan mengadakan siasatan berhubung penggunaan klip video 'Sajak Kematian' di sekolah-sekolah seperti dilaporkan.

hishamuddin husseinMenteri Pelajaran Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata beliau sama sekali tidak bersetuju dengan kaedah penggunaan klip video 'Sajak Kematian' di sekolah memandangkan ia tidak sesuai dengan tahap umur pelajar yang masih terlalu muda.

"Saya sungguh tidak bersetuju kerana kita hendak mendidik mesti secara berhemah dan pendekatan yang menakut-nakutkan lebih-lebih lagi terhadap anak-anak yang usianya cukup muda, saya rasa ia tidak akan membawa manfaat," katanya selepas
merasmikan Program Pertukaran Pelajar ASEAN (ASEP) 2008 di sebuah sekolah di Kuala Lumpur hari ini.

Media sebelum ini memaparkan penggunaan klip video 'Sajak Kematian' di sekolah, antara lain memaparkan babak seksaan kubur selepas jenazah dikebumikan.

Penggunaan klip video ini menimbulkan bantahan daripada sebilangan ibu bapa kerana dikhuatiri akan menjejaskan akidah apabila klip video itu turut memaparkan gambaran yang berlaku di alam ghaib.

1 comments:

Unknown said...

Sajak kematian wajar ditontonkan kepada pelajar sekolah rendah kerana pada tahap ini mereka boleh dibentuk berbanding peringkat remaja yang kuat memberontak... Lihat sajalah gejala sosial yang parah yang semakin menggila dilakukan oleh remaja kita pada hari ini...Takkan nak tunggu tahap umur remaja yang susah nak bentuk ni, baru boleh dipertontonkan?

Carian dalam Tau Takpe

masukkan je apa-apa yg nak dicari

Tau takpe

Blog arkib berita dari pelbagai media dan blog-blog sebagai simpanan dan rujukan pemilik blog. Segala catatan pendapat dan pandangan adalah dari sudut kacamata dan tafsiran pemilik blog ini sendiri melalui pemerhatian dan kajian berkenaan isu dan fakta yang dikumpulkan. Anda dialu-alukan memberikan pendapat dan berkongsi idea dalam memantapkan blog ini.

- OrangKita (OK) -

Video mesti tengok!!!

| Web blog Tau Takpe dipaparkan sejak 20 Mac 2008 | Copyright 2007 © template by delang[at]delang-d.blogspot.com | Paparan terbaik dengan Firefox |