+++++Blog dalam proses pembikinan semula....terima kasih... +++++++

Tuesday, November 25, 2008

Sikap ‘Double Standard’ MAS terhadap Islam Amat DiKesali

Buletin Online

Ditulis oleh SM Noor
Monday, 24 November 2008

http://buletinonline.net/images/berita14/mas.jpg
Kuala Terengganu – Sikap ‘Double Standard’ pengurusan Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) terhadap perlaksanaan hukum-hukum Islam dalam syarikat penerbangan nasional itu amat dikesali.


MAS bersifat ‘talam dua muka’ dengan ‘mengharamkan’ pemakaian tudung kepala dikalangan kakitangan wanita, namun demikian berupaya pula memberikan khidmat peramugari yang memakai tudung untuk penerbangan Haji.

Malaysia yang mengaku sebagai sebuah ‘Negara Islam’ sepatutnya mencontohi Penerbangan Antarabangsa Pakistan (PIA) dan Penerbangan DiRaja Brunei (Brunei Royal) yang mewajibkan peramugari memakai tudung,


“namun MAS telah meletakkan peraturan ‘mengharamkan’ peramugarinya memakai tudung sebaliknya boleh pula dilaksanakan untuk beri khidmat kepada bakal-bakal haji yang naik kapalterbang untuk menunaikan fardhu Haji,”kata Pengerusi Lujnah Pendidikan PAS Pusat, Dato’ Abu Bakar Chik.

Beliau kesal dengan pihak pengurusan tertinggi MAS khususnya Ketua Pegawai Operasi MAS, Dato’ Idris Jala yang juga orang Islam sepatutnya mengetahui sensitiviti ini.

Menurutnya dengan menyediakan khidmat peramugari bertudung untuk penerbangan haji bermakna MAS berupaya memberikan khidmat selaras hukum Islam.

Katanya PIA dan Brunei Royal tidak menerima apa-apa kesan dari pelbagai bangsa dan ugama yang menaiki pesawat penerbangan tersebut walaupun peramugari mereka bertudung,

“ini menunjukkan bahawa ‘bertudung’ merupakan kod etika pakaian Islam yang diterima oleh universal,”katanya

Selain itu, perkara yang lebih buruk, kata beliau, MAS masih menyediakan ‘arak’ sebagai minuman yang ditawarkan kepada pelanggannya.

“arak boleh membahayakan bukan sahaja kepada orang yang minum, tapi kepada penumpang dan kapalterbang, bila minum arak, mabuk, macam-macam boleh berlaku,”kata beliau.

Katanya PAS sudah lama menyuarakan dan menentang perkara ini dan berharap Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Ahmad Zahid Hamidi mengambil tindakan sewajarnya.

0 comments:

Carian dalam Tau Takpe

masukkan je apa-apa yg nak dicari

Tau takpe

Blog arkib berita dari pelbagai media dan blog-blog sebagai simpanan dan rujukan pemilik blog. Segala catatan pendapat dan pandangan adalah dari sudut kacamata dan tafsiran pemilik blog ini sendiri melalui pemerhatian dan kajian berkenaan isu dan fakta yang dikumpulkan. Anda dialu-alukan memberikan pendapat dan berkongsi idea dalam memantapkan blog ini.

- OrangKita (OK) -

Video mesti tengok!!!

| Web blog Tau Takpe dipaparkan sejak 20 Mac 2008 | Copyright 2007 © template by delang[at]delang-d.blogspot.com | Paparan terbaik dengan Firefox |