+++++Blog dalam proses pembikinan semula....terima kasih... +++++++

Saturday, November 22, 2008

Sistem tertutup ternakan babi di Kedah

Malaysiakini

Nov 21, 08 6:37pm

Jabatan Perkhidmatan Haiwan Kedah mencadangkan kepada kerajaan negeri supaya membina kawasan ternakan babi termoden dengan menggunakan sistem ladang tertutup di negeri ini.

Pengarah jabatan itu Dr Abdul Razak Zailan berkata sistem ladang tertutup itu adalah sistem sehenti bagi projek pembiakan, penggemukan, penyembelihan, dan pembekuan daging babi.

Menurut agensi berita Bernama, beliau berkata menerusi sistem itu, daging babi yang keluar dari ladang termoden itu adalah daging yang telah dibeku dan siap dibungkus.

"Jadi tidak ada lori yang membawa haiwan hidup atau daging basah dari ladang itu," katanya hari ini.

moden pig farming 080408Beliau berkata air kumbahan dari ladang itu pula akan dikitar semula
selepas ditapis dan dirawat untuk digunakan semula di ladang itu.

Dr Abdul Razak berkata najis babi pula sentiasa dikeringkan dengan sistem keberkesanan mikro organisma dan tidak akan diganggu masalah lalat.

Beliau berkata jabatan itu akan segera berbincang dengan exco pertanian dan pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk mengenal pasti kawasan yang sesuai iaitu jauh dari penempatan penduduk bagi pembukaan ladang berkenaan.

Semalam, Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata kerajaan negeri membatalkan cadangan pembinaan sebuah pusat ternakan babi termoden di Bukit Selambau atas nasihat jabatan haiwan ekoran kawasan itu tidak lagi sesuai atas faktor alam sekitar dan jumlah penduduk yang ramai.

Cadangan pembinaan pusat ternakan babi itu diluluskan kerajaan negeri pada Disember lepas.

0 comments:

Carian dalam Tau Takpe

masukkan je apa-apa yg nak dicari

Tau takpe

Blog arkib berita dari pelbagai media dan blog-blog sebagai simpanan dan rujukan pemilik blog. Segala catatan pendapat dan pandangan adalah dari sudut kacamata dan tafsiran pemilik blog ini sendiri melalui pemerhatian dan kajian berkenaan isu dan fakta yang dikumpulkan. Anda dialu-alukan memberikan pendapat dan berkongsi idea dalam memantapkan blog ini.

- OrangKita (OK) -

Video mesti tengok!!!

| Web blog Tau Takpe dipaparkan sejak 20 Mac 2008 | Copyright 2007 © template by delang[at]delang-d.blogspot.com | Paparan terbaik dengan Firefox |