+++++Blog dalam proses pembikinan semula....terima kasih... +++++++

Tuesday, March 3, 2009

DUN Perak ditutup, elak sidang tergempar

Malaysiakini

Mar 2, 09 12:27pm

Dalam tindakan mengejut - dipercayai untuk menggagalkan sidang tergempar Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dirancang esok - kompleks pentadbiran negeri yang menempatkan dewan itu akan ditutup esok.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh bahagian khidmat pengurusan, pintu utama Bangunan Perak Darul Ridzuan di Jalan Bukit Gantang Wahab akan ditutup.

perak state assembly building closed on 3rd march 2009 notice 020309Kakitangan yang menetapkan temujanji di bangunan tersebut esok diarah membatalkannya.

Notis tanpa tandatangan itu dari pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) menggunakan logo rasmi kerajaan negeri.

Manakala ketua polis negeri memberi amaran kepada orang ramai agar tidak berkumpul di kawasan bangunan tersebut.

Menurut Bernama, Datuk Zulkefli Abdullah berkata pentadbiran bangunan itu telah memaklumkan kepada polis yang sidang DUN tidak akan berlangung esok dan bangunan tersebut hanya membenarkan pekerja- pekerja pejabat SUK dan orang-orang yang mendapat kelulusan sahaja.

"Mengikut kenyataan Setiausaha Dewan Negeri yang diterima hari ini, sidang tergempar dewan negeri yang diadakan esok tidak sah kerana tidak mendapat perkenan Sultan Perak," beliau dipetik berkata.

Malaysiakini difahamkan beberapa trak polis pencegah rusuhan telah ditempatkan berdekatan bangunan tersebut dan sekatan polis diadakan di jalan menuju kompleks pentadbiran tersebut.

Sementara itu, sebagai reaksi segera terhadap keputusan menutup pintu utama Bangunan Perak Darul Ridzuan, bekas exco kanan Perak, Datuk Ngeh Koo Ham berkata semua 28 wakil rakyat Pakatan Rakyat termasuk Speaker akan ke bangunan tersebut esok.

Terdahulu, seorang exco kerajaan BN Perak ingin Speaker DUN V Sivakumar dihadapkan kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan dewan itu berhubung dakwaan salah laku.

Notis yang mengandungi laporan salah guna kuasa oleh Speaker, menghina DUN serta tidak taat setia kepada titah Sultan Perak itu diserahkan kepada setiausaha Speaker, A Basu di pejabatnya di Bangunan Perak Darul Ridzuan pada 11 pagi.

perak state assembly perak darul ridzuan administrative building 020309Mohd Zahir Abdul Khalid berkata notis itu juga berkaitan tindakan Speaker menggantung dan melarang Menteri Besar Perak Datuk Dr Zambry Abdul Kadir dan enam exco kerajaan negeri menghadiri persidangan DUN, lapor Bernama.

Tindakan ini dipercayai sebagai reaksi balas terhadap usaha Speaker memanggil sidang tergempar DUN jam 10 pagi esok bagi membahaskan usul-usul undi percaya terhadap Datuk Seri Mohamad Nizar Jamamaluddin, yang ditumbangkan oleh BN, dan membubarkan dewan.

Sementara itu, menteri besar dan barisan exconya menfailkan permohonan di mahkamah bagi membatalkan keputusan Speaker menggantung mereka daripada menghadiri sidang DUN.

Permohonan ini akan didengar di Mahkamah Tinggi Ipoh jam 9 pagi esok.

Ketiga-tiga wakil rakyat bebas yang menyokong kerajaan BN negeri - Mohd Osman Jailu (Changkat Jering), Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang) dan Hee Yit Foong (Jelapang) - pula menfailkan permohonan untuk membatalkan surat peletakan jawatan sebagai anggota DUN.

Baca laporan penuh I
Baca laporan penuh II

0 comments:

Carian dalam Tau Takpe

masukkan je apa-apa yg nak dicari

Tau takpe

Blog arkib berita dari pelbagai media dan blog-blog sebagai simpanan dan rujukan pemilik blog. Segala catatan pendapat dan pandangan adalah dari sudut kacamata dan tafsiran pemilik blog ini sendiri melalui pemerhatian dan kajian berkenaan isu dan fakta yang dikumpulkan. Anda dialu-alukan memberikan pendapat dan berkongsi idea dalam memantapkan blog ini.

- OrangKita (OK) -

Video mesti tengok!!!

| Web blog Tau Takpe dipaparkan sejak 20 Mac 2008 | Copyright 2007 © template by delang[at]delang-d.blogspot.com | Paparan terbaik dengan Firefox |