+++++Blog dalam proses pembikinan semula....terima kasih... +++++++

Saturday, April 4, 2009

Mahathir kembali sertai Umno serah Najib borang

Mstar Online

SERAH BORANG..Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali hari ini secar rasmi menghantar borang keahlian Umno kepada Presidennya, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak. Foto THE STAR Oleh AZMAN GHANI.

PUTRAJAYA: Bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad dan isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Ali menyerahkan borang keahlian kembali sertai Umno kepada Presidennya, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak pukul 12 tengah hari tadi.

Anak mereka Datuk Mokhzani turut menyertai semula parti itu dan menyerahkan borang keanggotaan berserta yuran keahlian RM2 kepada Najib.

Najib yang juga Perdana Menteri berkata, keahlian Tun Mahathir diterima tanpa syarat dan beliau percaya kemasukan bekas Perdana Menteri itu akan memberi rangsangan yang amat kuat dan dapat membantu mengkukuhkan Umno dan Barisan Nasional(BN).

"Saya mengalu-alukan dan mengucapkan selamat kembali kepada Tun kerana sanggup untuk bersama-sama meneruskan perjuangannya melalui Umno.

"Tun ambil keputusan ini kerana Tun akan turun padang pada kempen pilihan raya kecil di Bukit Selambau dan Bukit Gantang. Ini kerana Tun ingin berkempen sebagai ahli Umno dan penyokong BN," katanya.

Menjelaskan lebih lanjut Najib berkata, kemasukan Tun Mahathir membuka lebaran baru bagi Umno.

"Ini bererti satu episod dalam Umno sudah pun berkahir. Kita anggap ini sebagai satu pembuka tirai kepada hasrat kita untuk melihat pemimpin dalam Umno dulu dan sekarang bersatu untuk menegakkan Umno sebagai wadah perjuangan orang Melayu dan rakyat di negara ini," katanya selepas menerima penyerahan borang keahlian Tun Mahathir dan keluarganya di Seri Satria hari ini.

Najib turut mengalu-alukan kemasukan semula Dr Siti Hasmah kerana jasanya kepada Umno dan negara selama ini sudah tentu dapat membantu peranan wanita di masa hadapan.

Tun Mahathir keluar Umno pada 19 Mei tahun lepas setelah hilang keyakinan dan kepercayaan terhadap parti yang pernah dipimpinnya selama 22 tahun.

Sementara itu, Tun Mahathir berkata, walaupun berada di luar Umno hatinya tetap dalam parti itu.

"Walaupun saya berada di luar Umno, tapi hati saya ada dalam Umno," katanya.

Beliau menjelaskan, tegurannya kepada parti itu selama ini adalah krtikan yang membina dan bukan untuk menghancurankannya.

"Saya juga berasa gembira dapat kembali kepada Umno dan diterima oleh Presiden Umno sendiri bersama isteri dan anak saya Mokhzani," katanya.

Ketika ditanya beliau pernah masuk semula Umno di zaman Perdana Menteri kedua Tun Razak Hussein dan kini menyertai semula Umno di zaman Najib, anak Tun Razak, Dr Mahathir secara bergurau berkata: "Itu pakatan kekeluargaan yang tidak disengajakan".

Dalam pada itu, ketika ditanya sama ada Tan Sri Sanusi Junid akan menyertai Umno kembali, Dr Mahathir berkata: "Saya harap begitulah."

"Ada ramai juga terutamanya di Kedah yang keluar Umno. Saya harap mereka memohon masuk Umno semula dan parti akan terima mereka," katanya.

Dua lagi anak Dr Mahathir iaitu Datuk Mukhriz dan Datuk Mirzan turut hadir pada majlis hari ini.

Mengenai kesan kemasukan semula Tun Mahathir ke dalam Umno terhadap pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang di Perak dan Dewan Undangan Negeri Bukit Selambau di Kedah pada Selasa ini, Najib percaya tindakan Tun Mahathir itu akan memberikan perkembangan positif yang akan diterima oleh anggota Umno.

Najib berkata perkara itu dapat dilihat semasa perhimpunan agung Umno minggu lepas apabila para anggota parti memberikan sambutan yang memberangsangkan ketika Dr Mahathir hadir secara mengejut di perhimpunan itu.

Ditanya mengenai peranan yang akan dimainkan oleh beliau selepas ini, Tun Mahathir percaya beliau harus membantu dan bukannya berpisah daripada Umno.

"Daripada dulu pun saya telah menawarkan diri berkempen untuk parti jika diperlukan. Macam hari ini saya dimintak untuk berkempen masa pilihan raya kecil, saya bersedia kerana Umno adalah parti saya,"katanya.

Sementara itu ketika ditanya sama ada beliau akan tetap lantang mengkritik pentadbiran Najib sepertimana yang dilakukannya semasa pentadbiran Tun Abdullah Ahmad Badawi, Dr Mahathir berkata:

"Saya akan mengkritik setiap kali Umno melakukan kesilapan dan saya yakin beliau mampu membawa Umno ke tahap yang lebih baik seperti zaman ayahandanya Allahyarham Tun Abdul Razak.

Tun Mahathir berkata cabaran utama parti itu sekarang ialah untuk memulihkan imej parti itu yang telah terjejas dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

0 comments:

Carian dalam Tau Takpe

masukkan je apa-apa yg nak dicari

Tau takpe

Blog arkib berita dari pelbagai media dan blog-blog sebagai simpanan dan rujukan pemilik blog. Segala catatan pendapat dan pandangan adalah dari sudut kacamata dan tafsiran pemilik blog ini sendiri melalui pemerhatian dan kajian berkenaan isu dan fakta yang dikumpulkan. Anda dialu-alukan memberikan pendapat dan berkongsi idea dalam memantapkan blog ini.

- OrangKita (OK) -

Video mesti tengok!!!

| Web blog Tau Takpe dipaparkan sejak 20 Mac 2008 | Copyright 2007 © template by delang[at]delang-d.blogspot.com | Paparan terbaik dengan Firefox |