+++++Blog dalam proses pembikinan semula....terima kasih... +++++++

Wednesday, April 8, 2009

Pakatan kuasai 2 Bukit, BN di Btg Ai


Malaysiakini

Apr 7, 09 5:14pm

10.50pm Maklumat rasmi. Calon PKR S Manikumar meraih 12,632 undi, meninggalkan calon BN Datuk S Ganesan dengan 10,229 undi.

keputusan pilihanraya kecil dun bukit selambau 070409Ahli perniagaan muda itu, yang bakal dilantik exco kerajaan Kedah, mendapat majoriti 2,403 undi, lebih 40 undi daripada majoriti V Arumugam yang melepaskan jawatan dan kerusi tersebut dengan alasan nyawanya diancam.

Kesemua 13 calon bebas hilang wang deposit - mencipta satu lagi rekod selepas kertas undi terbesar dalam sejarah Malaysia.

Senarai lengkap dan jumlah calon bebas (tiga terbanyak huruf tebal):

R Loganathan - 31
Tan Hock Huat - 78
Mohd Radhi Mat Lazim - 25
Mohd Fadzil Wahab - 83
Abdul Rahim Abu - 60
L Sarala - 49
A Jayagopal - 35
S Moganakumar - 46
Khamis Awang - 29
Husaini Yaacob - 257
Venason Michael - 32
Mejar (B) Anuar Abdul Hamid - 528
T Chandrarajan - 73

9.20pm Maklumat rasmi. PAS memenangi kerusi parlimen Bukit Gantang dengan majoriti 2,789 undi. Calonnya Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin mendapati 21,860 undi, manakala calon BN Ismail Saffian mendapat 19,071 undi.

Calon bebas mendapat 62 undi dan hilang wang deposit.

Keputusan ini bermakna PAS mengekalkan kerusi tersebut dengan tambahan majoriti, berbanding 1,566 undi pada 2008.

Kejayaan PAS itu disambut oleh para penyokongnya dengan membakar bunga api di kawasan padang dekat dewan penjumlahan undi.

keputusan kerusi parlimen bukit gantang 070409Tidak rasmi. Di DUN Bukit Selambau, calon PKR S Manikumar secara tidak rasmi menang dengan majoriti 2,375 undi.

Beliau mendapat 12,607 undi, manakala calon BN Datuk S Ganesan memperolehi 10,232 undi.

Manikumar menambah beberapa puluh undi sahaja berbanding majoriti 2,362 undi V Arumugam pada 2008.

Kesemua 13 calon bebas hilang wang pertaruhan.

8.52pm Tidak rasmi. PKR menang di Bukit Selambau, majoriti lebih kurang sama dengan yang dicapai oleh V Arumugam.

8.20pm Maklumat rasmi. PAS hampir mencapai kemenangan apabila mendahului di Bukit Gantang dengan majoriti 3,022.

PAS mendapat 18,881 dan BN memperolehi 15,859 undi.

Sebanyak 96 kotak undi telah dikira, kini tinggal 16 kotak lagi. PKR juga mendahului di Bukit Selambau.

nizar wins bukit gantang 070409 038.17pm Maklumat rasmi. PAS mendahului BN di Bukit Gantang dengan 2,691 undi. PAS 15,770 undi, BN 13,079 dan bebas 42 undi.

Setakat ini 81 kotak undi sudah dikira, tinggal lagi 31 kotak undi.

8.04pm Tidak rasmi PKR masih mendahului BN di Bukit Selambau dengan lebih 1,200 undi.

Ia kalah kepada BN di lima daerah mengundi, termasuk: Kampung Pokok Machang sebanyak 30 undi, Kampung Sungkap (150 undi) dan Taman Desa Aman (24).

batang ai counting of votes bn malcolm mussem lamoh won 070409 017.56pm BN menang di Batang Ai dengan majoriti besar - 1,854 undi.

BN mendapat majoriti 806 undi dalam pilihanraya negeri Sarawak tiga tahun lepas.

7.42pm
Tidak rasmi PAS mendahului BN di Bukit Gantang dengan 2,577 undi. PAS 14,720 undi, BN 12,143 dan bebas 32 undi.

7.36pm Tidak rasmi PKR masih mendahului BN di Bukit Selambau dengan lebih 1,000 undi.

Parti itu tewas di tangan BN di dua daerah mengundi, Bukit Lembu dan Kuala Sin masing-masing 33 dan 210 undi.

7.32pm PAS mendahului BN di Bukit Gantang dengan 2,380 undi. PAS 13,571 undi, BN 11,191 dan bebas 31 undi.

bukit selambau manikumar with azmin winner of election 0704097.26pm Sumber rasmi SPR: BN mendahului PAS di Bukit Gantang dengan 799 undi. BN 2,048 undi, PAS 1,249 dan bebas 4 undi.

7.22pm PAS mendahului BN di Bukit Gantang dengan 2,377 undi. PAS 11,375 undi, BN 8,998 dan bebas 29 undi.

7.21pm
PKR mendahului BN di Bukit Selambau dengan lebih 1,000 undi.

7.12pm
PKR mendahului BN di Bukit Selambau dengan lebih 900 undi.

7.00pm
PAS mendahului BN di Bukit Gantang dengan 1,776 undi.

6.44pm
PAS mendahului BN di Bukit Gantang dengan 1,768 undi.

6.34pm Menurut satu sumber MIC, persaingan "sangat, sangat, sangat sengit" antara calon BN Datuk S Ganesan dengan calon PKR S Manikumar di DUN Bukit Selambau.

6.30pm Penyokong BN dan PAS mula berkumpul depan Majlis Perbandaran Taiping untuk mendengar secara langsung pengumuman keputusan kerusi Bukit Gantang.

Maklumat SPR: Peratus keluar mengundi di Bukit Gantang 75.1 peratus, Bukit Selambau (70.28) dan Batang Ai (71.2).

keputusan pilihanraya kecil batang ai sarawak 0704096.23pm BN menang di Batang Ai dengan majoriti lebih besar. BN mendapat majoriti 806 undi dalam pilihanraya negeri Sarawak pada 2006.

5.56pm Para penyokong BN dan PAS dijangka berkumpul sebelah padang bandaran di depan Majlis Perbandaran Taiping untuk mendengar secara langsung pengumuman keputusan kerusi Bukit Gantang.

Hujan renyai-renyai. Belum kelihatan penyokong parti-parti berkenaan. Mereka kini sedang menikmati minum di restoran berdekatan selepas penat berkempen.

5.14pm Penat lelah merayu undi sepanjang hari ini berakhir jam 5 petang. Kini debaran para penyokong BN, PAS dan PKR bermula sementara menanti proses pengiraan undi di tiga kawasan pilihanraya.

Drama ejek-mengejek, membaling botol dan ketegangan sudah tamat, digantu dengan drama sewaktu keputusan diumumkan, paling awal kira-kira 9 malam ini.

Proses pengiraan di parlimen Bukit Gantang, DUN Bukit Selambau dan DUN Batang Ai dijadual bermula jam 5.30 petang ini.

Sementara bagi beberapa pusat pembuangan undi di Batang Ai yang ditutup jam 2 petang, kotak-kotak sudah dibuka untuk pengiraan mulai pukul 3 petang tadi di pusat penjumlahan undi.

Di Bukit Gantang, persaingan sengit antara calon BN Ismail Saffian dengan Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin (PAS).

Di Bukit Selambau, dua daripada 15 calon menjadi tumpuan utama - S Manikumar (PKR) dan Datuk S Ganesan (BN), manakala di Batang Ai, majoriti yang bakal diperolehi BN menjadi fokus utama.

bukit selambau counting of votes 070409 01Pengiraan kotak undi dari 14 pusat pengundian di Batang Ai. Ia bermula pada jam 3 petang di pusat perjumlahan di kompleks sukan Lubok Antu.

Berdasarkan pengiraan undi setakat ini, BN mendahului, dengan memperolehi 331 undi, manakala PKR mendapat 300 undi. Keputusan tidak rasmi adalah seperti berikut:

Ulu Engkari - BN 42, PKR 33
Bertik - BN 107, PKR 47
Sempang - BN 37, PKR 52
Delok - BN 86, PKR 21
Mengiling - BN 59, PKR 147

0 comments:

Carian dalam Tau Takpe

masukkan je apa-apa yg nak dicari

Tau takpe

Blog arkib berita dari pelbagai media dan blog-blog sebagai simpanan dan rujukan pemilik blog. Segala catatan pendapat dan pandangan adalah dari sudut kacamata dan tafsiran pemilik blog ini sendiri melalui pemerhatian dan kajian berkenaan isu dan fakta yang dikumpulkan. Anda dialu-alukan memberikan pendapat dan berkongsi idea dalam memantapkan blog ini.

- OrangKita (OK) -

Video mesti tengok!!!

| Web blog Tau Takpe dipaparkan sejak 20 Mac 2008 | Copyright 2007 © template by delang[at]delang-d.blogspot.com | Paparan terbaik dengan Firefox |