+++++Blog dalam proses pembikinan semula....terima kasih... +++++++

Friday, April 10, 2009

PRK Bukit Gantang - Undi Melayu Kurang Empat Peratus

Buletin Online

Written by Editor
Friday, 10 April 2009 01:07

Pada kebiasaan sebelum ini, sekiranya berlaku peningkatan keluar mengundi dalam satu-satu pilihanraya, PAS akan kalah, tetapi keadaan ‘terbalik’ berlaku pada pilihanraya kecil parlimen Bukit Gantang (PRKBG), 7 April, Selasa lalu.


Peningkatan sebanyak 2.5% keluar mengundi, daripada 72.6% pada pilihanraya umum ke 12 (PRU12) Mac lalu kepada 75.1% pada PRKBG sebaliknya memberikan kemenangan kepada PAS.

Dalam pada itu, PAS harus mengambil perhatian dengan berkurangnya undi Melayu yang berlaku dalam PRKBG berbanding apa yang diperolehi pada PRU 12.
http://www.buletinonline.net/images/stories/berita3/nizarmenangpakatan.jpg
Sebarang proses ‘post-mortem’ menilai prestasi PRKBG, PAS wajib mencari jawapan mengapa hanya 43% sahaja undi Melayu yang diperolehi, berbanding 57% yang diraih oleh UMNO/BN.

Mengapakah pada PRU 12 lalu PAS berjaya menarik undi Melayu sebanyak 47%, dan dalam masa hanya setahun, apakah yang menyebabkan undi Melayu merosot sebanyak 4%.

Kontra kepada keadaan tersebut, undi Cina meningkat sebanyak 11% daripada 64% pada tahun lalu kepada 75% pada PRKBG.

Demikian adalah antara fakta awal PRKBG yang dibentangkan oleh Pengarah Opreasi PRKBG, Tuan Haji Asmuni Awi dalam sidang medianya di Markaz Air Kuning, semalam.

Antara butiran lain yang didedahkan oleh Hj Asmuni adalah, PAS menerima peningkatan undi yang lebih banyak daripada UMNO/BN.

Pertambahan tiga kali ganda berbanding UMNO/BN, PAS mendapat peningkatan sokongan sebanyak 1,845, manakala UMNO/BN meningkat sebanyak 600 undi.

PRKBG juga merumuskan prestasi PAS adalah baik dalam daerah mengundi yang mempunyai pengundi bercampur berbanding BN yang mempunyai prestasi lebih baik di kawasan penduduk Melayu lebih 70%.

Hj Asmuni, yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak PAS berkata pengundi Melayu di kampung-kampung luar bandar lebih memihak kepada UMNO/BN.

Menurutnya peningkatan sokongan dari kaum Cina membuktikan PAS memberi layanan yang adil kepada semua bangsa dan agama.
http://www.buletinonline.net/images/stories/berita3/AsmuniAwi.jpg

"Rakyat telah melihat bukti dalam masa 10 bulan pemerintahan Pakatan Rakyat di negeri Perak, kaum Cina tidak lagi curiga dan takut kepada PAS sekarang,”katanya

Keputusan PRK Bukit Gantang juga menunjukkan, PAS diterima baik di kawasan majoriti Cina di DUN Kuala Sepetang dan kawasan bercampur DUN Changkat Jering dan DUN Terong.

Dalam PRU12, DUN Changkat Jring dan Kuala Sepetang di menangi oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) manakala DUN Terong dikuasai oleh UMNO/BN.

Dalam DUN Kuala Sepetang, PAS memenangi 6 daripada 13 UPU berbanding hanya 5 tahun lalu.

Dalam DUN Terong, PAS hanya menang 5 daripada 14 UPU, menurun sebanyak 2 UPU berbanding 7 yang dimenangi pada tahun lalu.

Manakala dalam DUN Changkat Jering, PAS menang 7 UPU daripada 11, turun satu daripada 8 UPU yang dimenanginya pada tahun lalu.

Menurut Hj Asmuni, ia adalah disebabkan oleh faktor calon, Ismail Saffian merupakan anak tempatan.

Daripada 2000 pengundi luar, katanya, 700 telah pulang dan mengundi PAS.

Asmuni, juga sependapat dengan ahli parlimen Bukit Gantang, Dato’ Seri Mohammad Nizar Jamluddin yang menegaskan semalam, keputusan PRKBG adalah satu referendum rakyat Perak terhadap tindakan rampasan kuasa yang dilakukan oleh Perdana Menteri yang baru, Dato; Seri Najib Razak.

Last Updated on Friday, 10 April 2009 10:58

0 comments:

Carian dalam Tau Takpe

masukkan je apa-apa yg nak dicari

Tau takpe

Blog arkib berita dari pelbagai media dan blog-blog sebagai simpanan dan rujukan pemilik blog. Segala catatan pendapat dan pandangan adalah dari sudut kacamata dan tafsiran pemilik blog ini sendiri melalui pemerhatian dan kajian berkenaan isu dan fakta yang dikumpulkan. Anda dialu-alukan memberikan pendapat dan berkongsi idea dalam memantapkan blog ini.

- OrangKita (OK) -

Video mesti tengok!!!

| Web blog Tau Takpe dipaparkan sejak 20 Mac 2008 | Copyright 2007 © template by delang[at]delang-d.blogspot.com | Paparan terbaik dengan Firefox |