+++++Blog dalam proses pembikinan semula....terima kasih... +++++++

Monday, March 31, 2008

KDN tidak berganjak keputusan tahanan Hindraf

mstar online

31-03-2008 02:40:18 PM

KUALA LUMPUR: Kementerian Dalam Negeri (KDN) tidak akan berganjak daripada keputusan mengekalkan penahanan lima pemimpin pertubuhan haram Hindraf mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) walaupun Presiden MIC, Datuk Seri S.Samy Vellu mendesak supaya mereka dibebaskan.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar berkata Samy Vellu berhak menyuarakan apa yang diperjuangkan oleh MIC, namun tindakan terhadap golongan itu adalah berdasarkan proses yang diiktiraf undang-undang.

"Tugas saya ialah menentukan apa juga isu yang dibuat, bukan satu keputusan berasaskan keputusan saya, tetapi berasaskan proses-proses yang diiktiraf undang-undang dalam menentukan keselamatan dan ketenteraman awam sentiasa terjamin," katanya kepada pemberita selepas melawat Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia di Bukit Aman di sini, Isnin.

Ini lawatan pertamanya ke situ sejak dilantik menerajui kementerian itu pada 18 Mac lepas.

Ahad lalu, Samy Vellu berkata beliau akan bertemu Syed Hamid Albar dan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdulah Ahmad Badawi bagi meminta kerajaan membebaskan pemimpin-pemimpin Hindraf itu.

Ditanya adakah wajar Samy Vellu menyuarakan perkara tersebut, Syed Hamid beliau berkata sebagai ahli politik, Presiden MIC itu berhak untuk menyuarakan perkara itu.

"Tapi kita mempunyai tugas dan tanggungjawab untuk memberi perkhidmatan yang lebih baik," katanya. BERNAMA

0 comments:

Carian dalam Tau Takpe

masukkan je apa-apa yg nak dicari

Tau takpe

Blog arkib berita dari pelbagai media dan blog-blog sebagai simpanan dan rujukan pemilik blog. Segala catatan pendapat dan pandangan adalah dari sudut kacamata dan tafsiran pemilik blog ini sendiri melalui pemerhatian dan kajian berkenaan isu dan fakta yang dikumpulkan. Anda dialu-alukan memberikan pendapat dan berkongsi idea dalam memantapkan blog ini.

- OrangKita (OK) -

Video mesti tengok!!!

| Web blog Tau Takpe dipaparkan sejak 20 Mac 2008 | Copyright 2007 © template by delang[at]delang-d.blogspot.com | Paparan terbaik dengan Firefox |