+++++Blog dalam proses pembikinan semula....terima kasih... +++++++

Wednesday, April 16, 2008

Foto lelaki 'di sebalik' projek babi

Malaysiakini

Apr 16, 08 11:46pm

Kerajaan Selangor mendedahkan foto-foto yang membuktikan pentadbiran BN sebelum ini berhasrat membangunkan projek ladang berpusat penternakan babi di Kuala Langat.

Exco kerajaan negeri Yaakob Sapari mendedahkan, antaranya, foto yang menunjukkan pemimpin Umno dan juga wakil rakyat Tanjung Sepat, Datuk Dr Karim Mansor, berdiri di luar petak ternakan dengan tangan menunjukkan lambang "bagus".

dr karim mansor german pig farm visit 150408Yaakob berkata foto itu diharapkan boleh menjelaskan kepada ahli-ahli Umno bahawa parti itu tidak menentang projek tersebut.

"Kita harap beliau (Karim) berhenti mempolitikkan perkara itu mulai sekarang," kata Yaakob petang semalam, selepas taklimat projek tersebut kepada wakil-wakil rakyat Pakatan Rakyat dari Kuala Lumpur dan Selangor.

Karim dan bekas menteri besar Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo antara ahli politik Umno yang lantang menentang projek itu yang didakwa diluluskan sejak pentadbiran kerajaan BN lagi.

Selepas seorang pemimpin MCA mendedahkan pembabitannya beberapa hari lalu, Karim - bekas setiausaha politik Dr Mohamad Khir - mengakui beliau terlibat dengan beberapa lawatan di luar negara, termasuk Jerman, untuk mengkaji sistem moden menternak babi.

Ketua biro pertanian tradisional MCA Datuk Dr Lee Chong Meng dilaporkan berkata sebuah syarikat bumiputera berhasrat membawa masuk teknologi Jerman untuk projek tersebut.

teresa kok modern pig farm 150408 yaakobKarim dilaporkan pernah berkata projek itu akan menyebabkan masalah kerana daerah Kuala Langat akan dikenali sebagai daerah penternakan babi.

Yaakob sebelum itu turut memberikan taklimat mendalam kepada wakil media tentang projek tersebut yang dijangka disiapkan dalam tempoh dua tahun.

Berbeza dengan laporan awal, Yaakob berkata kerajaan negeri tidak membiayai projek tersebut kerana ia dikendalikan oleh sebuah syarikat swasta, usahasama antara Persatuan Penternak Babi Kuala Langat dan sebuah lagi syarikat yang tidak dinamakan.

Yaakob berkata, syarikat itu - yang dijangka melabur R360 juta - akan dinamakan kemudian. Dalam projek itu, penternak-penternak akan melabur RM125 juta.

Beliau juga memberi jaminan ia tidak akan mencemarkan kawasan sekitarnya kerana ladang itu tertutup dan dilengkapi penghawa dingin, manakala sisa ternakan dikitar semula untuk kegunaan ladang.

Mengulas bantahan penduduk Melayu di daerah itu, Yaakob berkata ladang itu akan dialihkan ke tempat yang lebih jauh daripada lokasi cadangan asal.

Beliau juga berkata projek itu akan dibangunkan di kawasan tanah bukan Melayu dan jumlah haiwan yang diternak dihadkan kepada 250,000 ekor.

Ladang Tumbuk di Kuala Langat menjadi tumpuan kegiatan penternakan dan menerima rungutan penduduk sejak bertahun-tahun. Berita asal

0 comments:

Carian dalam Tau Takpe

masukkan je apa-apa yg nak dicari

Tau takpe

Blog arkib berita dari pelbagai media dan blog-blog sebagai simpanan dan rujukan pemilik blog. Segala catatan pendapat dan pandangan adalah dari sudut kacamata dan tafsiran pemilik blog ini sendiri melalui pemerhatian dan kajian berkenaan isu dan fakta yang dikumpulkan. Anda dialu-alukan memberikan pendapat dan berkongsi idea dalam memantapkan blog ini.

- OrangKita (OK) -

Video mesti tengok!!!

| Web blog Tau Takpe dipaparkan sejak 20 Mac 2008 | Copyright 2007 © template by delang[at]delang-d.blogspot.com | Paparan terbaik dengan Firefox |